Sudah seminggu hari itu berlalu. Seminggu juga Emi mendiamkan diri. Panggilan dan pesanan ringkas dari Naz tidak diendahkan sama sekali. Masih terluka dengan perlakuan Naz pada malam keraian Naz yang menjadi pelajar cemerlang dirumah neneknya. Masih segar dalam ingatan Emi bagaimana Naz membiarkan sahaja dirinya sedangkan Naz sibuk bersama Aulea! Gadis sombong dan gedik !
Ketika itu Naz, Emi dan Riana rancak berbual tentang kemana hala tuju mereka selepas ini. Ada ketika mata Naz dan Riana berselisihan. Emi mendiamkan diri, membuang jauh-jauh cemburunya kerana tidak mahu hal kecil seperti ini menggoyahkan percintaan dia dan Naz biarpun tiada sesiapa yang tahu. Kereta BMW 6 Series metallic white, kepunyaan abang Aulea memasuki perkarangan rumah nenek Naz.
Naz menjemput Aulea dan abangnya serta beberapa lagi kawan-kawan sukannya kerumah kerana terlalu banyak hidangan yang masih belum disentuh. Lebih baik menjamu teman-temannya makan daripada dibuang sahaja esoknya. Aulea dan abangnya bersalaman dengan keluarga Naz. Matanya liar mencari susuk tubuh pengkid itu. Melihat dua beradik itu, Naz bingkas bangun.
''Hi.. Datang pun, ingat tak datang tadi. Hehe. Eh silalah ambil makanan. Jangan segan-segan.'' sambut Naz dengan mesra dan mempelawa Aulea Shakira dan Mohamad Aqil menjamu selera.
''Ye, ye... Terima kasih.'' sambut Aqil.
''Awak.. kita makan sama-sama ya ? '' pinta Aulea lantas menarik tangan Naz setelah mengambil makanan.
Masa yang sama Aqil sudah melabuhkan punggung ditempat Naz. Meletakkan makanannya tanpa meminta izin. Segak sekali dia malam ini.
''Bolehkan abang duduk sini ?''
''Dah duduk baru minta izin ? Baik tahun depan je minta izin. '' sambut Riana dengan nada gurauan dan meledakkan ketawa kecil.
Aqil juga ketawa. Namun tidak Emi, pandangannya ligat memerhati Naz bersama Aulea yang masih berdiri dekat dengan meja buffet. Aulea menggenggam tangan Naz, mulutnya terkumat kamit berbiacara, seperti meminta sesuatu.
''Ehem. Emi...Hello...'' Aqil melambai tangannya depan mata Emi, cuba menarik perhatian gadis itu.
''Eh. Ha ? Ye kenapa ?'' Emi tersedar.
''Adik pandang apa ? Jauh je termenung. Pelik ke abang handsome sangat malam ni. Hahahaha.'' Aqil mula perasan walhal dia menghalang pandangan Emi ke arah Naz dan Aulea.
''Eh tak da maknalah. Perasan je abang ni. abang buat apa sekarang ? Kerja mana sekarang..?'' soal Emi, menutup perbuatannya yang asyik memerhati gerak laku kekasihnya. Mereka bertiga berbual-bual.
Dari sudut pandangan Naz, Emi sedang berbual mesra dengan abang angkatnya. Mungkin sudah lama tidak berjumpa. Walaupun ada sedikit rasa cemburu dan kurang senang, dia memberikan ruang. Dia tidak mahu dianggap sebagai kekasih yang mengongkong. Naz menerima ajakan Aulea agar menemaninya makan. Tidak mahu mengganggu kemesraan Emi.
''Kau menenungkan apa ?'' sapa Riana dari belakang mematikan memori Emi tentang kejadian malam itu.
Dimata Emi kini, Naz seolah-olah mengabaikannya dan menggatal dengan perempuan lain, Aulea. Dia kini malas mengambil tahu urusan Naz. Walaupun jauh dalam sudut hatinya dia merindukan Naz, namun egonya yang setinggi gunung menghalang Emi dari menerima panggilan dan segala pesanan dari Naz. Tidak termasuk Whatsapp, Wechat, Viber, Twitter dan macam-macam lagilah.
''Mana ada termenung. Eh jadi tak nak keluar ? Kalau jadi boleh kita ajak Aqil, tumpang sekakilah kereta dia.'' nafi Emi lentas memberi cadangan.
''Ha boleh juga. Kita ajak Naz and Aulea sekali, ramai-ramai baru syok. Rasanya muat kot lima orang.'' tambah Riana.
''Eh buat apa ajak diorang. Kita je dah lah. Lagi-lagi Aulea tu. Dah lah gedik.'' kutuk Emi, disulami rasa marah.
''Eh kau ni. Dah lah kau nak ajak abang dia, adik dia kau benci. Apa da...'' ujar Riana.
''Tak pun kita ajak Naz je, dah lama tak jumpa dia kan ? Rindu...'' tambah Riana lagi, riak wajahnya menjelaskan perasaannya.
Riana benar-benar rindu akan Naz, Emi perasan perubahan sikap Riana bila menyentuh soal Naz. Hati wanitanya sedikit bergoyah. Terbit sinar cemburu, namun dia cuba sembunyikan.
''Kau ni tak habis-habis Naz. Dia dah move on lah. Tu lah, dulu dah dapat, kau buat hal. Sekarang dah gila bayang. '' spontan perucapan Emi namun tidak sedikitpun membuat temannya itu tersinggung.
''Cepatlah, jadi ke tak ? '' tambah Emi lagi, mahukan kata putus temannya tentang cadangan bercuti ke Pulau Tioman dimana terletaknya chalet kepunyaan pakciknya.
''Jadi kalau ada Naz.'' ringkas jawapan Riana. Emi mengeluh, tak tahu apa lagi alasan mahu diberikan kepada sahabatnya itu.
Di rumah nenek, Naz tidak henti-henti memanggil Emi, namun Emi mematikan telefonnya. Dia sendiri tidak faham sebab mengapa Emi melakukan hal ini terhadapnya. Bukannya Naz tidak pernah ke rumah Emi minta penjelasan, namun setibanya dirumah, ibu Emi menyatakan Emi sudah keluar ke cafe. Bukannya dia tidak tahu dia dibohongi namun dia diamkan sahaja. Nak kata Emi masih bekerja, mereka berdua sudah berhenti kerana kontrak kerjanya dengan cafe itu hanya sampai mereka mendapat keputusan SPM sahaja.
Dia malas mahu menimbulkan kekecohan dirumah orang, dia berlalu pulang. Begitulah hari-hari berikut hingga semalam dia sudah penat. Kini hanya mengharap Emi menghidupkan telefonnya agar Naz dapat berbicara dengan Emi memohon penjelas. Tidak rela cinta mereka tergantung seperti ini.
Kenapa awak buat saya macam ni ? Apa salah saya ? Saya tak faham dengan sikap awak.. Apa lagi yang tak cukup ? - Naz meraup wajahnya perlahan. Tidak tahu apa lagi harus difikirkan untuk mengambil perhatian gadis kesayangannya itu. Pernah terlintas dalam mindanya bahawa Emi juga menduakannya seperti Riana dulu. Namun setelah bermacam-macam spekulasi bermain dimindanya, dia cuba buang jauh-jauh pemikiran negatif itu, dia sedar dia tak patut bermain dengan hati sendiri, dia harus mempercayai pasangannya.
Naz merebahkan tubuhnya ke atas katil. Kata-kata Encik Nazri iaitu ayah Naz masih terngiang di telinganya. Entah keputusan apa yang harus dia buat. Kerana hal inilah dia mahukan perbincangan dengan Emi namun segalanya tampak tak seperti dia harapkan.
''Ayah mahu adik melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pilih sahaja negara mana adik suka. Ayah tanggung semuanya. '' jelas Encik Nazri yang mahukan anaknya terus berjaya.
''Luar negara ??? Dalam Malaysia sudahlah ayah. Bukannya kos yang adik mahu tak ada disini.'' lantang Naz menyuarakan isi hati, tak mahu berjauhan dengan Emi dan kehidupannya disini.
''Adik sudah selesa disinilah ayah. Tak perlu pergi jauh-jauh.'' tambahnya lagi.
''Adik pun tahu betapa kami sayangkan adik. Kami cuma mahu yang terbaik untuk adik. Adik satu-satunya anak kami.'' sampuk Puan Julia pula.
Nenek Naz malas mahu mencampuri hal anak beranak itu. Nanti dia pula yang dileteri anak lelakinya itu, bukan dia tidak kenal Nazri yang keras kepala itu. Dia cukup arif dengan anak yang lahir dari rahimnya itu, degil dan tidak mahu beralah, tegas dan kata-katanya mesti dituruti.
''Tapi ibu.. adik belum tentu pandai bawa diri dinegara orang. Entah macam mana rupanya nanti.'' Naz memberi alasan lagi, berharap akan berjaya.
''Soal itu adik tak perlu risau, makcu Dina akan jaga adik disana. '' ujar Puan Julia dengan nada senang.
''Makcu ? Tapi kedai di Sarawak macam mana ?'' Naz kebingungan.
''Itu bukan urusan adik. Ibu dan ayah sudah selesaikan semuanya. Sekarang tinggal adik sahaja beri kata putus.'' jelas Puan Julia.
Naz tidak mampu lagi berkata apa-apa. Otaknya sarat dengan masalah. Macam-macam perkara bermain dalam fikirannya. Dia merenung siling lagi. Fikiran merewang entah kemana. Tirai matanya mulai layu, penat memikirkan itu dan ini akhirnya dia terlena.
*********
Dua hari berlalu, Naz berfikir untuk memberikan dirinya dan Emi ruang bersendiri. Jika benar ada masalah antara mereka, sudah tentu Emi akan berterus terang. Namun sudah seminggu Emi mengelak darinya. Mungkin Emi ada masalah lain dan tidak mahu diganggu. Naz akur.
Di sebuah rumah banglo yang terletak ditengah-tengah perkampungan maju itu, Aulea leka bermain dengan komputer ribanya. Aulea seperti biasa akan 'memantau' atau kata orang putih 'stalking' semua akaun sosial milik Naz, tidak kiralah facebook, twitter, ask.fm, blog dan sebagainya. Budak hot memang mempunyai pelbagai akaun sosial yang mampu mendedahkan diri mereka kepada bahaya.
Sebenarnya sudah lama Aulea menjadi stalker yang akan memerhati setiap gerak-geri dan aktiviti Naz. Sejak Naz masuk kesekolah itu sehingga menjadi atlet pujaan sekolah dan kini menjadi salah seorang pelajar terbaik sekolah. Aulea terlalu obses dengan Naz namun tidak berani berterus terang, takut dia ditolak. Dalam biliknya begitu banyak bingkai-bingkai gambar yang memaparkan gambar editan Aulea dan Naz. Dia akan marah jika ada sesiapa yang memasuki biliknya tanpa izin, termasuk papa dan mamanya.
Aulea adalah seorang pelajar IT yang mampu menggodam akaun sosial sesiapa sahaja namun dia tidak menggunakan anugerah itu sewenang-wenangnya. Walaupun dia berkelakuan gedik dan kurang menyenangkan, disebalik semua itu dia juga seorang yang ramah dan mesra serta gemar membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah.
Keasyikan Aulea dengan aktiviti stalkingnya membuat dia tidak sedar kehadiran Aqil, abangnya di permukaan pintu. Dia terlupa mengunci pintu bilik yang terbuka luas, cukup untuk menjelaskan apa yang sedang dilakukan olehnya.
''Kau ni lesbian ke, dik ? '' Aqil membuka bicara sambil berpeluk tubuh bersandar di jenang pintu.
Aulea terkejut dengan suara itu terus menutup komputer ribanya. Dia menoleh ke pintu. Malu mula menerpa dirinya. Tidak tahu apa yang harus dijelaskan demi menutupi fakta itu.
''Sejak bila abang dekat sini ? Kan adik cakap jangan masuk bilik adik.''
'' Lah.. bila aku masuk, aku berdiri je kan kat pintu ni ? Kau lesbian kan ? Kau jangan main-main dengan aku, dik. Aku hentak kau nanti.'' tegas Aqil, jelas terpapar sikap tanggungjawab seorang abang yang harus memastikan adiknya tidak tergusur ke lembah songsang.
Aqil membiarkan soalannya tergantung. Dia merasakan amaran yang dilontarkan kepada perempuan tunggalnya itu cukup untuk memberi peringatkan tentang kejadian dua tahun lepas dimana Mohamad Aamir, anak kedua keluarga itu telah dipukul dengan teruk kerana dilaporkan merokok dan berjudi di stor sukan sekolah. Nasib baik ketika itu Haji Abidin dan Hajah Maimunah ke luar negara.
Telefon bimbitnya yang sedari tadi berdering dari dalam bilik di capai. Nama Emi terpapar di skrin telefonnya. Segera dia menjawab panggilan daripada adik angkatnya itu.
''Assalamualaikum. Ye adik.'' salam dihulur sebagai pembuka bicara mereka.
''Waalaikumussalam abang. Abang sihat ?'' lembut sahaja pertuturan Emi.
''Sihat, Alhamdulillah. Adik ?''
''Sihat juga, abang, adik call ni nak ajak abang pergi cuti-cuti ngan kitaorang, abang nak ?'' Emi langsung menyatakan hajatnya.
''Cuti kemana ? Boleh juga, abang pun tak ada buat apa dirumah lepas habis belajar ni.'' sahut Aqil gembira.
''Riana ajak pergi Pulau Tioman, ke tempat pakciknya. Kalau abang ikut, boleh lah naik kereta abang. hihi.''
''Pulau Tioman ? Oh. Dekat je. Oh ajak abang ni sebab ade manfaat lah ye, kalau tak, nama abang pun tak ingat kan ? Okay boleh je. Bila nak pergi.?''
''Hehehe janganlah fikir macam tu. Minggu depan kita pergi.Nanti Emi inform abang lagi ye. Assalamualaikum.'' setelah salam disambut, panggilan dimatikan.
Kini Riana hanya perlu memikirkan cara agar Emi mengajak Naz. Dia ingin sekali bertemu Naz, menjalin kemesraan seperti dahulu. Dia mahu menebus kesalahannya terhadap Naz. Namun dia tidak mempunyai keberanian untuk mengajak Naz sendiri, takut menerima kenyataan Naz sudah move on dan tidak mahu menerimanya lagi walaupun sebagai seorang sahabat.
Setelah segala pujukan Riana, Emi akhirnya mengalah. Lagi pula dia juga terlalu rindukan Naz, mungkin peluang ini harus digunakan atas nama Riana. Emi memanggil Naz.
''Hello.. Naz.. '' Emi memulakan bicara setelah panggilannya dijawab.
''Hello..'' jawab Naz, kurang bermaya.
''Saya ganggu awak ?'' ucap Emi, berlakon didepan Riana seolah-olah mereka jarang berhubung.
''Tak. Saya yang takut saya ganggu awak selepas berpuluh call dan sms saya tak berbalas.'' Naz menyindir. Mujur Emi tidak loudspeaker, jika tidak habislah dia mahu menjawab semua pertanyaan Riana nanti.
''Maaf. Awak, saya nak tanya sesuatu sebenarnya.''
''Tanyalah. Hmm saya rindukan awak, Emi. Kenapa mengelak dari saya ?'' Naz pantas meminta penjelasan.
'' Err. Sebenarnya saya call sebab Riana. Dia ada disini. Dia mahu ajak awak join percutian ke Pulau Tioman. Awak mahu pergi ?'' Emi sebolehnya memberi hint. Mujur Naz mengerti.
''Pulau Tioman ? Bila ?''
''Kalau jadi, InsyaAllah minggu depan.''
Naz berdiam sejenak. Berfikir. Inilah peluang terakhir sebelum dia bertolak ke luar negara bulan hadapan untuk persediaan memasuki universiti disana. Dia bertolak awal kerana harus menyesuaikan cara hidup disana. Dia tidak mahu nanti mengalami kejutan budaya.
''Okay, boleh. '' Naz memberi kata putus.
''Okay nanti saya inform lagi.''
''Awak. Nanti. Balaslah sms saya. Beri saya penjelasan.'' rayu Naz.
''Oh yela. Bye Assalamualaikum.'' Emi mematikan panggilan, masih dengan ego.
Naz hampa. Tanpa sedar air mata mula bertakung dikelopak matanya. Rindu masih belum dapat dilepaskan. Dia melemparkan pandangan ke meja tulisnya. Gambarnya, Emi dan Riana, tersusun kemas. Dia membayangkan bagaimana sekiranya Emi menjadi seperti Riana yang pernah melukakannya.
Naz tidak mahu kehilangan lagi, tak mahu terluka lagi. Naz bertekad percutian itu nanti, dia akan meminta penjelasan Emi dan perbetulkan segalanya jika kesilapan berpunca darinya.
Air mata emosi tidak dapat dibendung dari membasahi pipi. Dia menangis sepuasnya. Hati kerasnya tidak dapat menahan fitrah seorang perempuan. Dengan menangis sahaja dia dapat menenangkan hatinya yang sugul. Tiada teman mahu dia luahkan semua masalahnya.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.