my guest

Sunday, 18 January 2015

Cerpen Lesbian : Cinta Pada Angin Lalu 9

Part 9 : Tak Bisa Memiliki.... [sedih , patah hati. ]

Apa maksud mereka ? Naz dan Riana pernah bersama ? Sekatil ? Satu selimut ? Atau sebantal ? Tak mungkin... Takkan sampai kesitu hubungan mereka ? Riana tak pernah cerita pada aku. Apa semua ini ? Apa maksud mereka ? 

Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Hancur hatinya membayangkan bagaimana orang yang dicintai bersama sahabatnya itu. Tapi dia cekalkan hati. Menyakinkan bahawa, Naz milik Riana ! Siapalah dia dalam hati Naz. Emi mendekati jendela bilik Naz, merenung keluar. Ingin sahaja dia lari dari situ, tak tahan melihat kemesraan mereka. Namun apakan daya, jika dia pergi pasti mereka berasa hairan. Sambil merenung ke luar jendela, Emi curi-curi pandang dengan ekor matanya, ternyata Naz masih bermesra dengan Riana, kekasihnya. Aduhai, mahu sahaja menitis airmata. 


''Harini, sayang jaga aby ya ?'' pelawa Riana.


''Tak payah susahlah. Aby tak perlukan penjaga. Aby cuma demam, bukannya kena langgar lori. Tadi baru makan ubat, nanti kebahlah demam ni.'' jelas Naz panjang lebar, nafasnya agak lemah dan tersekat-sekat. 


''Lebih baik sayang dan Emi pergi buat homework. Esok sekolah.'' 


''Hari ni tak ada homeworklah aby...'' jawab Riana, bernada manja.


''Korang, aku nak balik lah..'' terpacul juga ungkapan itu dari lidah Emi. Sudah tidak tahan.


''Kenapa ?'' Naz yang kehairanan meminta penjelasan.


''Aku...aku nak guna toilet. Ha.. tak tahan ni. '' 


''Rumah aku ni macam tak ada toilet plak kan ?'' 


''Tapi...''


''Guna aje lah toilet tu, macam tak biasa je kan ?'' sindir Naz. 


Emi akur. Nak atau tidak, terpaksalah. Dia berjalan malas ke toilet bilik Naz. Menangis. Mahu sahaja dia menendang pintu toilet itu. Sakit hatinya kian melarat. Terbayang-bayang wajah Naz dan Riana. 


'Kenapa mesti aku ? Kenapa, Naz ? Kenapa aku yang sukakan kau ? Naz, kau tak rasa ke perasaan aku ? Aku sayangkan kau... Ya Allah, bantulah aku untuk melupakan cinta terlarang ini. '  rintih hati Emi. Tangannya mengusap-usap dadanya. Seperti ada bilah-bilah pisau yang menghiris hati dan perasaannya. Sakit.! Kemudian, dia menghirup nafas panjang dan menghembus perlahan. Mencuci muka, tersenyum dan keluar dari kamar kecil itu. Riana kini sudah berbaring disebelah Naz. 


''Emi.. sinilah baring sekali.'' ajak Naz sambil menepuk ruang kosong disebelahnya. Emi menurut. Kini Naz ditengah. Dikepit oleh orang gadis yang menaruh hati padanya. 


Riana tertidur. Naz dan Emi masih berjaga. Naz lantas menggenggam tangan Emi seeratnya, merenung dalam-dalam mata Emi. Senyuman terukir pada wajah lembut milik Emi. Pandangan cinta antara mereka. Naz kembali merenung siling tetapi masih berpegangan tangan. Dia takut akan bau-bau kecurangan. Dia tidak mahu menghancurkan hati Riana. Hati gadis yang dia sayang, yang selalu menemani susah dan senang. 


***************


Masa berlalu begitu pantas. Hari ini hari yang amat penting untuk mereka bertiga. Penting untuk semua pelajar tingkatan 5 seluruh negara. Peperiksaan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia bermula. Dup dap dup dap. Denyutan jantung Naz laju, seperti baru sahaja menamatkan acara lari pecut. Nama Naz yang selalu mendominasi kedudukan teratas acara tersebut. Kini, berada diluar dewan peperiksaan mengembalikan rasa mengah, sesak, berdebar. Bukan dia sahaja, Riana dan Emi juga. Mereka tidak risau akan soalan yang menanti kerana mereka telah bertungkus lumus berlajar. Semua ada dalam kepala mereka, cuma mereka takut bila sampai masanya, fikirannya buntu dan blank. Mereka takut lupa. Sudah banyak ayat-ayat dibaca. 


Alhamdulillah hari pertama berjalan lancar hinggalah mereka selesai menduduki kesemua mata pelajaran yang dipilih. Kini mereka bukan lagi anak-anak SMK. Mereka telah keluar dari alam persekolahan, kini masanya mereka melihat dunia luar. Terlalu banyak pancaroba yang perlu mereka tempuhi dan cerna dengan sebaiknya.


Suatu hari, di taman. Sudah dua minggu sejak mereka habis menduduki SPM. Berbaring atas rumput, menghadap tasik. 


''Korang nak cari kerja atau duduk dirumah ?'' soal Emi.


'' Aku mahu pulang ke bandar. Duduk dengan parents aku. Nenek sudah bersetuju untuk ikut kami.'' jawab Naz, ada keterujaan, ada sedih. Dia sendiri keliru. 


''Aby....'' Riana tersentak. Ingin dia merungut, meraung namun lidahnya kelu, suaranya bagai tersekat di kerongkong, seperti ada yang menahan. 


Naz merenung langit nan biru. Bersikap tenang, dua pasang mata kini tertumpu padanya, dia menjeling pakai ekor mata. Menghela nafas panjang. Tak tahu sama ada mahu meneruskan ucapannya atau membiarkan seketika Emi dan Riana bermain dengan hati sendiri. Naz memilih untuk berdiam dan terus merenung langit. Riana dan Emi tidak melepaskan pandangan mereka dari Naz. Masih menunggu jawapan. Naz rasa bersalah.


''Sebenarnya... '' panjang benar dia mahu menghabiskan satu perkataan itu. Dia bingkas bangun. 


''Aku bergurau sahaja. Hahahaha.! ''Naz lari dari dua gadis itu, tahu mereka akan mengejarnya. 


Tekaan Naz benar, sebaik sahaja beberapa langkah diatur, Riana dan Emi mengejarnya. Geram dimainkan begitu. Tapi, itulah sikap Naz. Tak pernah serius dalam hal-hal begini. Ada sahaja elemen-elemen yang menyakitkan hati mereka berdua. Naz sudah jauh berlari. Malang tidak berbau. Asyik mengejar Naz, Riana tidak perasan akan kehadiran batu dihadapannya. Kakinya tersadung dan jatuh. Luka lututnya. Seorang lelaki lingkungan 20 tahun yang menjadi saksi kejadian itu berlari ke arah Riana dan menghulurkan bantuan. Larian Naz terhenti, mendapatkan Riana kembali. Lukanya tak parah. 


Emi terkejut, kaku. Dia dan Naz cuba membantu, namun lelaki tadi segera mengangkat Riana ke pondok berhampiran. 


''Awak okay ? Ada terseliuh mana-mana?'' cemas lelaki itu, tampangnya hensem, berkarisma.


''Sakit..'' itu sahaja ucapan Riana sambil memandang lututnya. 


Lelaki itu meminta izin untuk menyengseng seluar track milik Riana kerana mahu melihat luka. Naz dan Emi berpandangan satu sama lain. Melihat sahaja. Tiada apa yang mereka boleh buat. Lelaki itu mendominasi keadaan tersebut. Seperti hero dalam mana-mana cerita cinta. Lelaki tersebut meniup-niup lembut luka kecil itu. Riana terkesima dengan perlakuan lelaki tegap dan tinggi lampai itu. Inikah cinta ? Indahnya... Suara hati Riana. Lupa akan Naz. Akan siapa dirinya. 


''Luka awak ni kecil sahaja.'' lelaki itu bersuara sambil mengeluarkan sapu tangan kecil dari poket seluarnya. Penuh kelembutan dan berhati-hati dia menghapus darah yang keluar. Sedikit darahnya. Luka ringan.


Tanpa disangka, ada hati yang cemburu, pedih melihat apa yang terjadi. Namun berdiam jalan terbaik buat masa ini. Emi mendekati Riana, menenangkannya. Lelaki itu menghantar Riana pulang dengan kereta. Naz dan Emi ? Naz menunggang motornya, Emi menunggang motor Riana. Dia sudah ada lesen sekarang.


'Apa yang jadi dalam kereta tu? Macam-macam boleh berlaku. Dia akan berpaling? Cara dia memandang orang asing itu? Pandangan mereka ? Atau mata aku sahaja yang cemburu ? Ya.! Memang aku cemburu. Sudahlah Naz, dia berhak jika jatuh cinta dengan lelaki. Fitrah. Tarikan seorang perempuan pada lelaki. Begitulah sebaliknya. '


Sedar tak sedar sudah sampai di rumah Riana. Naz mendekati kereta lelaki itu. Memimpin Riana masuk ke rumah. Lelaki itu menemui mama Riana, menerangkan segalanya. Rupanya lelaki itu anak kawan papa Riana. Mendapat tahu hal itu, Naz sedikit keliru. Ini bukan drama! Bentak hati Naz. Emi hanya memerhati riak wajah Naz. Ada sesuatu yang tak kena dengan cara Naz. Emi terus ke bilik Riana. Membaringkan dia ke atas katil. 


'' Naz mana? '' tanya Riana.


''Ada kat luar. Nak aku panggil ?'' 


''Tak payah. Eh mamat tadi tu, kau tengok tak muka dia.?? Hensem gila kot. Chinese look.! Macam Na...... OMG.! '' Riana tersedar sesuatu.


''Aku still couple dengan Naz. Hmm. '' sambung Riana.


''Kau... jangan cakap kau dah berubah hati. Kesianlah kat Naz. Kau dah buat dia betul-betul sayang kat kau.. Kau tak ada niat kan ?'' duga Emi.


'' Aku... Entahlah... Tapi lelaki tadi.. Aku nampak sesuatu dalam diri dia. Jujur. Aku tak rasa apa-apa bila bercakap pasal Naz. Sebenarnya dah sebulan aku rasa macam ni. '' bisik Riana. Takut didengari oleh Naz. 


''Ana..!! Kau ni.. Jangan merepeklah. Kalau tahu dek budak tu. Tak fasal-fasal je nanti. '' tegur Emi, cuba mempertahankan Naz. 


Dia tidak bersetuju dengan perlakuan Riana kali ini. Apa kena dengan Emi ? Sepatutnya dia gembira. Sahabatnya mahu kembali ke jalan yang benar. But.... apa semua ini ?


''Kau jangan bagitahu dia okay. ?'' pinta Riana.


''Sampai bila kau nak rahsia. Jadi maksud kau tadi dah sebulan kau pura-pura sayangkan dia ?''


''Hmm entahlah. Kot. Aku tak tahu. ''


Naz masuk ke bilik Riana. Mereka berdua membisu tiba-tiba. Terkejut. Adakah Naz dengar perbualan mereka ? Wajah Naz biasa sahaja. Tersenyum. Dia menghampiri Riana. Duduk di tepi katil, menggantikan tempat Emi. 


''Sayang okay ? Sakit lagi ? Dah letak ubat ?'' tutur Naz lembut namun ada nada kerisauan. Dia membelai pipi Riana. Wajah kesayangannya. 


''Er.. okay. Jangan panggil macam tu. Kan kat rumah ni.'' Riana mengalihkan tangan Naz dari wajahnya. 


''Oh okay-okay. Sorry. Kau dah letak ubat ? Aku letakkan nak ?'' pelawa Naz. 


''Okay'' 


Emi memerhatikan Riana sementara Naz mengambil minyak gamat. Riana mengangkat bahu, mengisyaratkan bahawa memang tiada rasa langsung bersama Naz. Ada juga rasa bersalah dalam hatinya. Memikirkan Naz, namun dia merasakan inilah waktu yang tepat untuk dia berubah. Tapi... bagaimana mahu berterus terang dengan Naz. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan kejadian seminggu lalu. 


''Sayang, sebelum dunia kiamat, kita akan berubah ke ?'' soal Naz tiba-tiba. 


''Kenapa tanya macam tu.'' 


''Saja tanya. Sayang... Aby sayang kat sayang. Happy bila dengan sayang. Kita berdua. '' ucap Naz sambil memegang tangan, jari jemari Riana. 


Di sebuah cafe berkonsep klasik tetapi digayakan dengan konsep muzikal. Terdapat sebuah stage kecil pada satu sudut. Disitulah buat kali pertama Naz mempersembahkan bakatnya, bakat nyanyian. Asalnya dia hanya mahu mendedikasikan lagu untuk kekasihnya, Riana namun lain jadinya bila dipelawa menyanyi di cafe itu setiap hujung minggu. 


Tersentak dari lamunan. Naz sedang menyapu minyak gamat pada lukanya. Dia merenung wajah Naz yang khusyuk mengubati luka itu. Perlukah dia kecewaankan gadis...tomboy er pengkid dihadapannya ini. Bagaimana ?


Hari berganti hari, Emi sudah bekerja, di cafe tempat Naz menyanyi. Riana masih duduk dirumah. Malas mahu bekerja. Dia semakin rapat dengan Taufik. Ya. Taufik. Lelaki yang menolongnya ketika ditaman. Dia kini jarang bertemu Naz. Naz kini sibuk dengan nyanyian sepenuh masa di cafe. Riana sering keluar bertemu Taufik, menjelaskan lagi perasaannya ingin berubah. 


''Hello? Hai Taufik. Ada apa awak call ?'' 


''Eh tak boleh ke saya nak call awak ? Ada sesiapa marah ke ?'' duga Taufik. 


''Eh tak ada lah. Manalah tahu ada hal apa-apa. Hehehe. '' ceria Riana berbual dengan Taufik.


''Keluar jom. Saya tengah free. Kita pergi bandar. Tengok movie, makan-makan.'' pelawa Taufik.


''Keluar ek ? Okay boleh. Awak ambil saya ? '' 


''Okay lagi setengah jam saya ambil awak.'' jawab Taufik tanda setunggu. Panggilan dimatikan.



Yes! Dapat jumpa dia lagi.! - Riana teruja. Terus bersiap-siap. Setelah siap, dia duduk di sofa ruang tamu. Menanti kemunculan Taufik. Kereta Taufik masuk ke perkarangan rumah Riana. Taufik meminta izin papa dan mama Riana. Budiman sungguh lelaki ini. Membuat Riana dan keluarganya menerima lelaki ini dengan hati terbuka. Mereka ke bandar. Taufik bersetuju untuk layan movie dulu sebelum makan. Tak ramai yang menonton hari ini. Riana agak mungkin akan diapa-apakan namun Taufik tampak menghormatinya sebagai perempuan. Riana jatuh hati pada Taufik, cuma tidak meluahkannya. Tak kan perigi cari timba kan ? ERK.. diguna pakai lagi ke pepatah itu zaman moden ni ?


Mereka pergi shopping. Makan. Mengejutkan Riana, Taufik melamarnya menjadi kekasihnya. Tanpa berfikir panjang. Tanpa memikirkan Naz. Dia terima. Taufik menghadiahkan sekalung rantai silver kepada Riana. Dia mengalungkan ke leher gadis itu. Masih mentah, remaja sekarang. Dari jauh... Naz berdiri kaku. Bag kertas berisi bungkusan terlepas dari tangannya. Setitis air mata emosi jatuh dari kelopak matanya. Emi yang berada disebelahnya juga terkesima apa yang di lihat. Berkali-kali dia mengelipkan mata namun hasilnya tetap sama. 


Naz melangkah pergi, meninggalkan mall itu. Setiap langkah diiringi air mata, air mata dikhianati, disakiti, terluka. Terbayang apa yang dilihatnya tadi, saat Taufik mencium tangan Riana. Bagaimana Riana boleh membiarkan hal itu terjadi ? Emi memutuskan tidak mengejar Naz, sebaliknya mengambil bungkusan yang dibawa Naz. Dia berjalan menahan marah, tetapi ada ketenangan dalam matanya, menghampiran 'pasangan baru'. Bungkusan terus diletakkan atas meja makan tersebut. Melabuhkan punggungnya sebelah Taufik. 


''Wah ! Happynya ! Celebrate apa ? Tak ajak pun ?'' Emi menguntum senyuman yang dibuat-buat. Riana kaget.


''Eh hai Emi. You ada dekat situ juga ? Buat apa dekat sini ? Kita orang tak celebrate apa-apa. Cuma I baru melamar kawan you ni.'' jelas Taufik sambil memandang manis wajah Riana. Riana diam.


'' Wow. Melamar ? Bagus.! Tahniah. '' senyum Emi lalu memandang Riana dengan muka sindiran dan menghadiahkan sekuntum senyuman sinis.


''Ni hadiah harijadi kau. Naz bagi ! '' merah padam muka Emi menahan marah, telinganya bagai terbakar. 


Mana tak nya dia marah. Dia terpaksa lupakan perasaannya terhadap Naz kerana Riana. Tapi langsung tak dihargai. Kini Naz entah kemana. Membawa hati yang hancur. 


''Happy Birthday girl ! Bawa kegembiraan kau sampai syurga okay ! '' sinis ucapan Emi sebelum meninggalkan mereka. 


''What ? Hey you tak bagitahu I hari ini birthday you.'' Taufik agak terkejut dengan apa yang baru dilihatnya tadi. Dia hanya buat-buat faham apa yang terjadi.


''I...Hantar I balik. '' bingkas Riana dan mencapai bag kertas itu. 


''But...''


''Please, I rasa tak sedap badan.'' Riana mencari alasan. Masih tak tahu Naz sudah nampak semuanya. Dia mengambil keputusan untuk putus dengan Naz malam ini juga dan berterus terang. 


***********


Sudah berkali-kali nombor Naz didail, masih tiada jawapan. Diluar hujan lebat, Riana tidak dapat keluar ke rumah Naz. 


Dirumah Naz. Dia membasahkan dirinya dalam bilik air. Duduk bawah pancuran air. Sejak petang tak henti dia menangis.


Kenapa kau buat aku macam ni ? Bila hati aku hanya untuk kau, bila cinta aku aku serah semua hanya untuk kau, Riana ? Mana kau yang dulu ? Yang mula aku kenal ? Yang setia pada aku. !! Kau tahu aku sayang kau. Kau tahu ! Aku buktikan sayang aku pada kau. Tapi kau ? Kau anggap aku sampah ke Riana ?? Boleh kau pijak cinta aku ? Bila mahu kau datang, bila tak mahu kau buang. ! Aku bukan tisu ! Arghhh !!! 


Naz mengusap dadanya. Sakit. Luka yang pernah dia rasakan sebelum berpindah kesini berdarah lagi. Dia menumbuk-numbuk dinding marmar kamar mandi itu berulang kali. Nenek tiada dirumah, bermalam di rumah makciknya. Emi pula... meredah hujan ke rumah Naz. Kuyup.



''Assalamualaikum..'' Emi memberi salam, menggigil sejuk. 


Berkali dia memberi salam. Dia cuba memanggil phone Naz, tiada jawapan kerana Naz silent. Naz keluar dari kamar mandi, matanya bengkak. Banyak curahan cecair yang mengandungi prolactin keluar dari matanya. Dia memakai baju tidur. Lemah sahaja, hilang semangatnya. 


Handphonenya vibrate. Naz memeriksa. 41 panggilan tak dijawab. Nama Riana dan Emi terpapar. Dia mengendahkan Riana. Tawar hatinya kini. Dia mendail Emi. 


''Hmm'' hanya itu yang keluar dari mulutnya bila panggilan dijawab.


''Awak dekat mana ? Saya ada kat luar rumah awak..'' jawab Emi menggigil.


Naz berlari keluar. Alangkah terkejut Emi disitu, berdiri menggigil. Naz membawa Emi masuk ke biliknya. Lantai yang basah dibiarkan. Esok sahaja dia bersihkan. Naz mengambil tuala yang berlipat kemas dalam almari dan memberikan kepada Emi. 


''Awak pergi mandi.'' ucap Naz ringkas. Emi memandang mata Naz. Sayu hatinya. Dia lalu ke kamar mandi. Ada kesan darah pada dinding. 


Selesai mandi, Emi keluar hanya memakai tuala. Tatkala Naz menghulurkan baju tidur kepada Emi, dia perasan akan bengkak yang terkesan pada tangan Naz. 


''Awak buat apa ? Tumbuk dinding ? Awak janganlah macam ni. Semua masalah ade jalan penyelesaian lah.'' tutur Emi lembut sambil mengusap lembut tangan Naz. 


''Saya okay. Saya akan lupakan dia. '' jawab Naz terus melemparkan muka ke arah jendela. 


Angin bertiup kencang. Memaksa Naz mengunci jendela biliknya. Dia lantas menghidupkan suis aircond. Handphonenya vibrate lagi. Mesej diterima dari Riana. Naz tabahkan hati membuka mesej itu.


'Assalamualaikum, Naz. Kenapa tak jawab ? Naz.. Saya mahu putus. Saya minta maaf. Sebelum awak terluka, lebih baik saya berterus terang. Hati saya sudah terpaut pada lelaki. Saya mahu keluar dari dunia songsang ini. Saya sedar sekarang. Saya harap awak faham dan kita masih boleh berkawan. Terima kasih untuk hadiah awak... cantik.. maafkan saya sebab buat awak macam ni. saya tak mahu bohongi diri sayang dan bohongi awak. Saya terharu awak beri saya hadiah crystal music box yang sangat saya inginkan. Kenapa awak buat semua tu ? awak tahu kan benda tu mahal ? saya tak minta apa-apa dari awak. maafkan saya sebab buat keputusan ini. ' 




gambar hiasan



Hancur hatinya sekali lagi. Ingatannya pada hari Riana jatuh ditaman dan bertemu Taufik, Naz dapat rasakan hal ini akan terjadi. Hatinya remuk buat pertama kali bila mendengar perbualan Riana dan Emi dibilik. Dia menelinga sebalik dinding. Sejak itu dia cuba bertahan dengan Riana. Namun kejadian siang tadi amat membuat dia terluka. Dia give up. 


'Waalaikumussalam. Putus ? Baiklah. Semoga bahagia dengan dia. Saya okay. :D Jangan risau. Hadiah tu saya beli ikhlas untuk awak. Biarlah hadiah tu jadi hadiah terakhir dari saya untuk awak. Awak bukan untuk saya, saya faham. Saya tumpang gembira awak jumpa hidayah awak. :D Tahniah. ' mesej dibalas. Gugur lagi air mata Naz. Luluh hatinya, tak seperti ucapannya. 


Naz mencampakkan telefonnya ke atas meja belajar dan berpeluk tubuh dilantai. Tak dapat menahan tangisan. Emi yang baru sahaja selesai memakai baju terkejut dengan apabila Naz mencampakkan telefonnya. Dia menghampiri Naz. Memeluk Naz, menenangkannya. Emi menggosok-gosok belakang badan Naz tanpa berkata apa-apa. Dia faham perasaan Naz kerana dia telah merasakan. Membelai-belai rambut Naz membuatkan Emi terasa dekat dengan Naz. Di satu sudut lain, Emi gembira. Naz tidak lagi terikat dengan mana-mana gadis. Mungkin dia harus menggunakan kesempatan ini untuk mencuba nasibnya. 


''Awak... sudahlah... Kalau awak perlukan teman bicara, awak boleh luahkan pada saya. Saya selalu ada untuk awak. Okay ?'' tutur Emi perlahan seakan membisik. Masih membelai Naz.


Naz merenung Emi. ''Dia...saya sayangkan dia... Kenapa dia buat saya macam ni...kenapa saya..?? '' esak Naz. Tersedu-sedu menahan tangis. 


Sayu hati perempuan Emi melihat Naz seperti itu. Emi menghapus air mata Naz berulang kali menggunakan jari jemarinya. Malam itu Emi lah tempat Naz meluahkan semua terbuku dihati. Emi meminta maaf kerana tidak berterus terang bahawa dia telah tahu lebih awal. Emi tak mahu menjadi penyampai. Takut menimbulkan salah faham.


''Tak apalah.. Awak memang dah tahu. Saya dengar perbualan awak dan Riana.'' terang Naz.


''Awak...Awak tahu ?? Tapi....'' Emi sedikit tergamam. 


''Sudahlah lupakan. Mulai malam ini saya mahu lupakan dia. Saya pernah dilukai, saya pernah melupakan. Kali ini pasti saya boleh melupakan lagi. '' Naz cuba tersenyum, namun senyumannya tampak hambar sekali. Tidak seceria selalu. 


''Ya.. saya akan selalu sokong awak.'' Emi meyakinkan Naz.


''Sokong saya ? Awak... kenapa awak ada kat sisi saya sedangkan Riana sahabat karib awak, bukan saya. Dia dah berubah sekarang, itukan impian awak ? '' Naz tunduk. Malu dengan kata-katanya. Dia bila nak berubah ? Dia kini sedar. Dia kembali seperti dahulu tanpa kawan. 


''Saya.....'' lidah Emi kelu. Tidak tahu bagaimana mahu menerangkan perasaan sebenarnya pada Naz. Serba salah antara impiannya satu ketika dulu dan perasaannya sekarang. 


**bersambung**


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.