Sara memandu kereta kesayangannya, Honda Civic 2000 putih yang telah diubah suai enjin dan badannya, menjadi sebuah kereta drift. Ya drift, sukan permotoran kegemaran Sara. Aku ? Aku menumpang sahaja kemana-mana. Aku tak punya kereta.
Aku, Suzieana is a normal girl with an abnormal secret. Secret apa ? Nanti korang akan tahu. Aku berumur 21 tahun. Masih single sebab...atas sebab tertentu. Aku tak tinggi, tak pendek. Aku berasal daripada keluarga sederhana. Bisnes parents aku kecil-kecil sahaja. Normal kan kehidupan aku :D
Sara, kawan aku yang berasal dari keluarga berada. Umur sama dengan aku. Parentsnya sahaja yang berada, dia ? Kelakuannya yang kasar membuatkan parentsnya menghantar dia ke rumah aku, sepupunya alias kawan karibnya. Perangai aku yang sopan, lembut seperti perempuan melayu terakhir, membuatkan Papa dan Mama Sara yakin aku dapat membentuk Sara menjadi seorang yang lebih feminin.
Namun sejak 7 bulan lalu Sara kesini, dia masih seperti dulu, kasar, masih dengan pakaian lelakinya, sukan permotoran, lepak sampai tengah malam, merokok ( no wonder suaranya sedikit serak dan garau - sikit sahaja ) dan yang paling mengejutkan aku, dia ternyata seorang pengkid. Patutlah liat aku nak ajak dia berlembut. Dan sejak dia kesini, kemana-mana sahaja dia pergi, pasti aku ada. Itulah tugas aku, harus ikut dia kemana sahaja. Dalam diam, aku tak bekerja tapi mana aku dapat income ? Parents Sara lah , siapa lagi. Mereka beri aku wang saku kerana menjadi mata-mata mereka.
Tapi, aku khianat juga kepada mereka. Aku tak cerita pun yang anak mereka ni sebenarnya lesbian dan pengkid. Aku tidak beritahu kerana aku telah berjanji kepada Sara, atau mungkin bukan setakat janji. Aku juga lesbian ! Rambut Sara pendek tetapi panjang seperti ekor. Lebih kurang 5 inci sahaja ekornya.
Berbalik kepada cerita. Sara memandu kereta melepasi taman permainan dan terus memandu perlahan didepan kedai-kedai runcit disebuah perkampungan. Bunyi ekzos kereta Sara yang kuat memecah kesunyian kampung itu. Aku melihat jam. 11.55 pm. Patutlah sejuk.
Kami meneruskan perjalanan melepasi kampung itu dan masuk ke jalan yang dikelilingi hutan sehinggalah kami menjumpai papan tanda Jenny's Villa. Kami kesitu untuk menghabiskan waktu bersama dan antara sebab lain, Sara mahu berehat seketika daripada aktiviti permotoran. Sara park keretanya di halaman villa tersebut. Kami keluar dari kereta. Dingin menerpa. Suasana kampung dapat aku rasakan. Aku memandang Sara. Mata kami bertentangan. Dia menghadiahkan senyuman manis.
Sara lalu menelefon pemilik villa, menyatakan bahawa kami telah sampai. Kami memang sudah booking lebih awal cuma perjalanan keluar daripada bandar Kuala Lumpur melewatkan kami kerana jam. Yelah salah kami, keluar waktu puncak, berhenti makan, isi minyak -_-
Suasana kampung begini memang asing untuk aku. Pemandangannya memang indah cuma aku belum terbiasa dengan caranya. Well, aku lahir dibandar, membesar di bandar, bergaul dengan orang bandar.
''Orang tu datang kejap lagi.'' Sara memecah suasana sunyi. Dia menghampiri ku dan merangkul tubuhku. Mencium leherku.
''Janganlah... I seram ni. Lagipun kalau orang nampakkan susah. Ni kampung okay ?'' jelas aku.
''Seram ? Kampung ? Hmm yelah. '' Sara melepaskan tubuh aku. Aku bersandar di kereta. Berpeluk tubuh. Sejuk.
Sara mengambil sweaternya dan memakainya ke tubuhku. Bajet sweetlah tu. Berlagak seperti hero lelaki yang selalu ada untuk menyamankan si gadis-gadis seperti dalam scene drama. Idea lapuk atau anak remaja kata 'cliche'. Apa-apa sahajalah. Tapi sebenarnya aku suka. Hahaha. Cara dia sweet. Kehenseman..opss kecomelan dia. Buat aku melting. Padanlah asyik tukar awek. Aku ? Aku...teman tapi mesra dia sahaja. Bila dia nak aku bagi, bila aku nak dia bagi. Kenapalah hidup aku macam ni. hahaha teruk kan ?
Tiba-tiba lagi sekali, aku nampak salah seorang dari mereka lagi. Aku tak tahu nak takut atau terkejut. Dia merenung ke mata aku. Aku mengalihkan pandangan aku. Tak mahu dia perasan aku boleh nampak makhluk sepertinya. Ya.. aku nampak. Aku ada sixth sense. Mula aku dapat 'kelebihan' ni, aku jadi macam nak gila. Susah untuk aku adapt dengan benda ni. But.. Sara. Ya, Sara. She trusts me and always supported me.
Aku membiarkan sahaja makhluk itu merenungku, bila ia sudah yakin bahawa aku tak boleh melihatnya, dia akan beredar sendiri. Pernah aku cuba menceritakan kepada rakan sekolah, tapi apa jawapannya ?
''Suzie, don't let that active imagination of yours go into overdrive.''
Pergh.! Dushh! Seperti satu tumbukan hebat terkena pada jantung aku. Dia ingat aku berimaginasi ke selama ni ? And bila lama-kelamaan dia tak tahan, and cakap aku selalu merepek dia pon bla. Kawan dengan orang lain. Time tu apa aku fikir ? My friend was gone. Just like that. Aku tersengih bila ingat tentang itu.
Bila aku sedar dari lamunan, aku pusing belakang. Sara dengan seorang perempuan yang agak tua. Dalam lingkungan 40-an. Mungkin dialah pemilik villa ini.
gambar hiasan
Aku tak faham apa motif Sara sampai nak duduk villa ni, kat pinggir kampung pula tu. Sewa rumah kecil sudahlah. Aku dengan dia sahaja. Hmm. Ala biarlah. Anak orang kaya memang macam tu. Hahaha. Bukan duit dia, duit papa mama dia. Aku hanya memerhati sahaja Sara deal dengan pemilik Villa itu. Entah berapa lama kami disini.
Tak lama lepas tu, aku agak dah selesai sebab perempuan tu dah masuk dalam kereta dan meninggalkan perkarangan villa itu. Aku dan sara mengeluarkan bag pakaian kami dan semua keperluan yang kami bawa.
''Come. Bag you. Biar I bawa.'' pinta Sara.
''It's okay Sara. I boleh. Tarik je pun.''
'' Kan I cakap jangan panggil Sara. Panggil Ar okay ? '' dia menegaskan lagi setelah beribu kali dia beritahu aku. Lantas bag aku diambil dan dia bawa. Degil budak ni.
Aku terus melangkah membuntuti Sara.. Opps. AR. Apa yang aku bawa? Hanya handbag ! Dekat kawasan terbuka, aku takkan tunjuk kemanjaan aku, kemesraan aku dengan Ar. Aku tak nak orang nampak aku sebagai lesbian walaupun memang kenyataan.
Pintu villa dibuka luas. Hiasan dalamannya kemas, teratur dan cantik. Ar menghidupkan suis lampu. Aku masuk lebih dalam dan lihat sekeliling. Terasa seram juga malam-malam dalam rumah besar tak berpenghuni. Tapi nak takut apa. Kan aku dah biasa nampak. Ar segera menutup pintu dan menguncinya. Dia datang pada aku dan merangkul aku daripada belakang. Hangatnya pelukan dia.! Aku terlayang sekejap bila dia peluk aku macam tu and main-main telinga aku pakai bibir dia.
''Naik bilik jom.'' ajak aku bila tersedar dari lamunan untuk beberapa ketika.
''Jom.''
Aku pegang erat tangannya dan menariknya menaiki tangga.
''Eh jap. Bag tinggallah.'' kata Ar. Dia berlari menuruni separuh tangga dan mengangkat bag dia dan aku sekali gus. Kuat betul dia ni. Dahlah bag aku berat. Terkontang-kanting juga aku tengok dia naik tangga bawa bag berat. Kesian.
''Meh bag you. You bawa bag I, I bawa bag you. Bag you kecil. Ringan sikit. hehe'' tanpa dia berkata apa-apa terus aku capai dan bawa naik ke atas.
''Hmm. Banyaknya bilik. Mana satu nak tidur ni haha.'' kata ku bila sampai diatas.
''Kita pilih bilik domain je lah.''
''Okay, Ar sayang...'' jawabku lagi sambil mencium pipi Ar.
Kami masuk ke sebuah bilik utama. Besar dan elegant. Bila diterangi cahaya lampu, tampak romantik untuk sepasang kekasih. Tapi...aku kat sini dengan siapa ? Bukan kekasih aku. Teman tapi mesra je. Bukan sepenuhnya milik aku. Sedih ! Pedih ! :(
Aku meletakkan bag Ar disebelah almari, begitu juga dia. Aku melabuhkan punggung diatas katil dan terus menghempas badan diatas katil king tersebut. Terus aku memejam mata. Sedapnya dapat tidur.
''Hey terus tidur ? Mandi lah dulu. Tak pun tukar baju ke. Cuci kaki dulu lah..'' rungut Ar kepadaku.
''Hm...... penat lah... '' jawabku lemah.
''Nak I tukar kan baju you ke ni ? '' Ar separa menyindir.
''Yelah-yelah I tukar.'' aku terus mencapai bagku dan mengeluarkan pakaian. Aku terus ke kamar mandi, mandi. Nasib baik ada water heater. Tak lah sejuk mandi tengah malam ni.
Dari dalam bilik mandi aku dengar suara Ar sedang berbual. Aku tutup shower dan menelinga. Sah.! Tengah gayut dengan scandalnya. Yang mana satu, aku tak pasti. Keliling pinggang.! Menyampahnya.! Menyampah sebab dia tak pernah declare dengan aku walaupun aku dah bagi dia macam-macam yang dia minta. Eeee! Sumpah sakit hati.! Aku basahkan diriku lagi dibawah shower. Sengaja aku mandi lama-lama biar nanti aku keluar, dia dah habis gayut. Malas aku dengar dia bermesraan dalam phone.
Bila aku sure dia dah habis gayut aku keluar dari bilik mandi dengan memakai towel. Aku pakai baju depan Ar. Tshirt longgar dan seluar seluar kecil. Aku tak pakai bra kalau tidur. Ada apa-apa masalah ? Haha.
Aku lepaskan rambut aku yang panjang ni. Ar pandang aku. Terkesimalah tu. Jarang tengok aku lepas rambut. Aku malas layan dia malam ni. Ngajuk. Lagi pula aku penat. Ar pula mandi sekarang. Aku pula hanyut dibuai mimpi. Lepas aku tidur aku tak tahu apa jadi. Aku bermimpi, mimpi yang sama macam seminggu sebelum aku ke villa ini. Seorang anak kecil memanggil aku dan memimpin aku ke sebuah tasik. Dan budak itu hilang. Aku tersedar dalam pukul 3 pagi bila aku rasa ada tangan menjalar atas badan aku. At first aku ingat aku masih dibuai mimpi. Aku biarkan sahaja tapi bila dah makin ligat merayap kat dada aku, aku ingatkan siapa. Terus aku bangun. Rupa-rupanya tangan Ar. Bertuah punya budak. Aku pandang muka Ar. Dia tak tidur lagi.
''Kenapa tak tidur?''
''Baru habis gayut.''
''Okay.'' aku cuba sembunyikan rasa cemburu dan geram. Aku hanya tersenyum.
Aku merenung siling. Sekali lagi, aku nampak benda halus tu. Aku pandang Ar. Dia senyum. Aku pusingkan badan aku menghadapnya dan peluk Ar.
''Benda tu...'' ucapku perlahan dan sedikit manja.
''Okay..'' Ar faham dan membalas pelukan aku. Dia membelai rambut aku.
''Tak takut?'' soalku kepada Ar, membisik.
''Takut. Tapi... cool je lah. Bukan boleh buat apa. Janji tak kacau kita.'' jawab Ar tenang.
Ar mencium dahi aku berulang kali. Mata aku, hidung aku, pipi aku, satu per satu dia cium dan berhenti dibibir aku. Part tu lama sikit. Ambil feel, main sedut lidah. Normal bagi kami.
************bersambung*************

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.