my guest

Wednesday, 21 January 2015

Cerpen : Lesbian dan Paranormal 2

Aku merelakan lagi semua perlakuan Ar, lupa bahawa orang dihadapannya inilah yang selalu mewujudkan rasa sakit hati dan cemburu dalam hatinya dengan sikap player, perempuan keliling pinggang. Namun bila Ar yang dikecewakan, dia lupa aku yang selalu ada untuk dia ! Okay fine ! Salah aku juga sebab tak berterus-terang tentang perasaan aku terhadap Ar. Aku takut dia tolak aku mentah-mentah. Aku tiada apa. Aku tak setaraf dengan pangkat dia bergelar anak jutawan. Nak harapkan rupa ? Aku biasa-biasa sahaja. Tak terlalu cantik hingga boleh mencairkan setiap hati yang memandang, namun tidak jelek. Aku tak suka berdandan lebih-lebih, cukup dengan mengenakan pelembab bibir dan sedikit pelembab wajah sudah cukup untukku, agar tak kelihatan pucat. Aku lebih suka orang melihat aku dengan sebenar-benarnya aku. Natural beauty. 

Sedar tak sedar, tiada lagi pakaian pada tubuhku. Ini semua kerja Ar. Aku biarkan sahaja. Faham sudah aku dengan nafsu yang bernama Sara atau Ar.! Hampir-hampir dengan nafsu seorang lelaki sejati. Wakakaka.! Sorry Ar. :D


*********

Suasana dingin membuat aku menarik selimut sehingga menutupi seluruh tubuhku. Aku agak sudah jam 5 pagi. Kalau korang selalu bangun pagi, korang akan rasa dingin yang berlainan pada setiap jam 4 - 5 pagi.  Waktu dimana syaitan membisik dan menggoda umat Islam meninggalkan solat dan menyambung tidur. No wonder sejuknya lain. Dan kesimpulan aku, lebih selesa tidur pada waktu itu. Aku ? Solat ? Sudah lama aku tinggalkan kewajipan itu, sejak aku mengenali dunia songsang ini. Semenjak aku kenal rapat dengan yang namanya Sara ! 2X5 seperti aku. 

Aku membuka mataku perlahan. Suara yang bermain di telingaku membuatkan aku tak terasa mahu lena. Aku menoleh ke arah Ar. Nyenyak tidur, mungkin masih dibuai mimpi. Aku lantas memerhati sekeliling. Tiada sesiapa. Suara tadi sudah lenyap, bagai datang bersama angin lalu beredar. Baru sahaja aku mahu melelapkan mata, suara itu menjelma lagi. Namun masih tidak jelas perucapannya. Kedengaran seperti membisik, namun tidak pada aku. 

Aku ada sixth sense namun terhad hanya pada pengelihatanku. Sejak pertama kali aku menjadi anugerah ini, aku hanya dapat melihat mereka. Tidak pernah aku mendengarkan suara makhluk itu. Sekadar melihat sahaja. Ahh ! Mana mungkin benda tu ! Mereka tak pernah berkomunikasi dengan aku. Endahkan sajalah. - suara hati aku.

Aku ada juga membuat reseacrh tentang ilmu ini dan aku dapati aku tergolong dalam kumpulan clairvoyant iaitu kebolehan melihat atau mendengar sesuatu yang tersembunyi. Namun mengapa selama ini aku hanya melihat tanpa mendengar ? 

Aku lantas menuruni katil dan menghampiri bunyi dari mana ia datang. Aku mendekati bilik mandi, memetik suis lampu. Kosong. Tiada apa mahupun sesiapa. Tidak kelihatan tanda-tanda makhluk halus. Aku berundur keluar dan mematikan lampu. Namun ada gangguan lain yang menyapa gegendang telingaku. Bunyi yang datangnya dari luar rumah, bunyi seperti tapak kasut yang berseret dengan jalan raya, kedengaran sungguh jelas, seperti banyak orang sedang berjalan sebagai satu pasukan.

Aku memberanikan diri menapak ke arah jendela utama, aku memerhati keadaan diluar, suasana subuh yang sunyi dan dingin menaikan bulu romaku. Namun, sekali lagi, tiada apa atau sesiapa. Aku memandang sekilas jam besar yang tergantung pada dinding atas televisyen. Benar tekaan ku, jam 4.50 pagi, hampir jam 5. 

Aku berpeluk tubuh didepan jendela. Aku melemparkan wajahku memerhati tubuh yang sedang berbalut dengan selimut diatas katil. Tiada tanda-tanda Ar sudah terjaga, penat barangkali memandu seharian semalam. Aku kembali memerhati keadaan di luar. Alangkah terkejutnya aku bila melihat bagai sepasukan askar sedang berkawat di halaman rumah, lengkap dengan senjata dan pakaian seragam jepun kuno. Ada diantara mereka yang sudah tidak berkepala. Darah tersembur bagai pancutan air ditengah-tengah bandar. 

Ingin aku menjerit sekuat hati, namun lidah dan mulutku bagai terkunci dan kaku. Tiada daya ingin meluahkan rasa takut dan terkejut. Aku memilih untuk memejamkan mata serapatnya dan membelakangkan jendela. Waktu itu jantungku berdenyut laju selajunya. Tanganku kini sudah berada disisi, aku menggenggamnya kuat. Ketakutan seperti kucing dibawakan lidi. 

Setelah beberapa ketika aku memberanikan diri untuk membuka mata. 

''Argh ! '' jerit aku sekuat hati.

Satu susuk tubuh dengan bungkusan putih, hanya kepalanya sahaja yang terjojol dari balutan itu. Dalam hati dan fikiran menerpa itu adalah hantu pocong. Apa perlu aku takutkan sedangkan aku biasa melihatnya ? Ya memang aku sering melihatnya namun tidak sedekat ini. 

''Hey ! Hey ! Kenapa menjerit ni. ??!! Ni I lah. Hey...!!'' suara Ar kuat, sambil menggoncang-goncang tubuhku. Aku pengsan.

Aku terbaring dalam satu ruangan kosong, gelap namun disinari cahaya samar-samar, entah dari mana datangnya. 

''Ar ? Mana you ? Kenapa gelap ni ? Kita kat mana ?'' aku agak risau dan takut. 

''Ar ? '' panggilku lagi. Aku berdiri dan memerhati sekeliling berbekal cahaya yang hidup segan mati tak mahu. Tiada apa disitu. Gelap. 

Tiba-tiba satu suara menyapa, memanggil nama aku dari belakang. Aku terkejut namun tidak sanggup menoleh. Aku memejamkan mata. Menarik nafas panjang dan hembusnya perlahan. 

''Suzie.....''

Suara itu memanggil lagi kali ini terasa lebih dekat. Memanggil seperti orang sedang merayu, membuat aku makin gelisah. Aku memberanikan diri.

''Kau siapa ? Aku kenal kau ?'' jeritku namun tidak terlalu kuat.

''Tolong aku...Tolong kami... Kami sakit...Sakit...! '' suara itu teresak-esak menangis meminta aku menolongnya.

''Tolong ? Tolong apa ? '' aku yang kehairanan berkata dan pusing ke belakang. 

Kering darahku dan kecut hatiku. Sekumpulan makhluk berjubah hitam datang menghampiriku, aku berundur dan terjatuh. Tidak dapat aku pastikan apakah atau siapakah mereka. Tidak aku amati satu persatu, aku ketakutan. Aku merayu untuk tidak diapa-apakan. Mereka semakin hampir dan hampir menekam. Aku menjerit sekuat hati.

''Tolong !!!! '' aku terjaga. Rupanya aku tadi aku terjaga dalam lena. 

''Hey. U kenapa ni ? Tadi jerit sampai pengsan, sekarang dah bangun jerit lagi ? Are you having a nightmare ? Come. Let me hug you.'' risau Ar yang sedari tadi duduk dan memerhati aku. 

''I takut Ar. Diorang kenal nama I. Diorang nak bunuh I tadi. Ar kita balik please ? '' pinta aku yang lemah dalam dakapan Ar. 

''Balik ? Kenapa ? You tak selesa dekat sini ? Jap-jap. Maksud you diorang tu siapa ? '' Ar kebingungan mengerutkan wajahnya.

''Dioranglah... Benda yang selalu I nampak. You tahu kan ? '' aku renung ke wajah Ar, berubah. 

''Maksud you...hantu ?'' 

''Shut... Dia ada, dia dengar kita cakap. Terlalu banyak disini. I tak boleh adapt dengan semua ini. I takut tak boleh kawal diri I macam dulu. '' nadaku sedih. 

''I ada dengan you. You jangan risau I dah call Mas, nanti dia datang sini.'' 

''Mas ? You ajak dia kesini ? Kenapa tak bagi tahu I ?''

''I risaukan you. You meracau tadi. At least kalau ada dia, dia boleh nasihat you. Dia juga macam you kan ? Dan.. dia lebih arif tentang hal ini. '' jelas Ar. Aku akur. 




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.