my guest

Monday, 26 January 2015

Cerpen/Novel Les : Cinta Pada Angin Lalu 13

Part 13 : Penjelasan dan Dendam


Naz melangkah perlahan memasuki bilik itu sambil memegang tali beg yang tersandar rapi dibelakangnya. Anak matanya ligat memerhati sekeliling. Suasana yang cukup tenang dan dilengkapi pelbagai fasilitet. Seperti dirinya, Emi, Riana dan Aulea cukup senang dan gembira dengan bilik tersebut. Ruang yang besar, dilengkapi dua katil saiz permaisuri, pendingin hawa, kamar mandi yang bersih dan elegant serta tv dan sofa yang besar dan menarik.

''Aku patut panggil ni hotel ke apa ?'' Aulea mula bersuara, seolah-olah rumah penginapan mereka ini bertaraf hotel.

''Apa-apa pun boleh.'' jawab Emi acuh tak acuh. Sememangnya dia kurang senang dengan kehadiran Aulea, namun tiada apa yang dapat dia lakukan, sudah ajak abang dan naik pula keretanya, tak kan mahu melarang adik perempuannya ikut.

Naz melabuhkan punggung ke atas katil dan melepaskan beg yang sedari tadi melekat dibelakangnya. Tubuhnya dilempar ke atas katil, penat terasa dengan tekak yang kering. Mana taknya, sepanjang perjalanan kemari dia menyanyi atas permintaan adik empunya kereta, Aulea. Apa boleh buat. 

Dia merenung siling, kosong. Fikirannya berbaur. Memikirkan Emi yang acuh tak acuh melayannya, memikirkan kurang lebih seminggu sahaja dia di sini, di Malaysia. Sedang dia mengelamun, tidak sedar akan kehadiran Riana yang turut berbaring disebelahnya. Mindanya benar-benar melayang. 

''Awak fikir apa?'' Riana menyentak lamunan dengan menarik hidungnya. Naz menoleh, menyambut senyuman Riana dengan tampang terkejut.

''Err, tak..tak fikir apa-apa. Saya mandi dulu.'' jawab Naz lantas mencapai begnya dan mengeluarkan pakaian dan mandian. Mahu menjauhkan diri daripada Riana. Emi yang melihat hanya berdiam.

Setelah Naz berlalu, Emi pula melabuhkan tubuhnya sebelah Riana. Minyak wangi Naz yang mungkin terlekat dikatil itu, menusuk hidungnya. Harum dan menenangkan. Dia terbuai sebentar sebelum dia kembali sedar bila Riana membuka bicara.

''Dia dari tadi macam tak ada mood dengan aku. Dia masih marah ke ek ?'' tanya Riana yang kebingungan.

''Haih... '' keluh Emi. '' Entahlah.. Cubalah kau tanya dia. Yang kau ni tak habis-habis dengan dia. Tak penat ?'' 

''Aku tak pernah penat...'' 

''Tak pernah penat konon.. Pi gi da...'' 

''Suka hati kau lah. Aku nak mimpi kan dia kejap. Tak dapat dalam alam nyata, mimpi pon jadilah.'' lantas Riana memejamkan matanya. 

Emi bangun, melangkah ke balkoni. Bayu menyapa tubuhnya. Aulea asyik dengan telefonnya di hujung balkoni. Emi memandang gadis itu, serta-merta hatinya sakit. Teringat akan perlakuan gadis itu yang memeluk tubuh Naz ketika membonceng motor kekasihnya. Memorinya juga jelas akan adegan Naz makan bersama Aulea. Dia melemparkan pandangannya ke laut. Tidak mahu hatinya terus dihambat kesakitan memandang wajah itu. Melihat laut hatinya tenang. Mahu sahaja terjun terus dari balkoni itu dan masuk ke dalam air. 

Naz keluar dari kamar mandi, rambutnya masih basah. Dia lantas mencari gel rambut yang disimpan dalam begnya. Sedang dia mencari, pandangannya tidak sengaja terlempar kearah Emi. Rindu merasuki hatinya. Sudah dua minggu dia tidak menatap wajah itu seperti yang selalu dia lakukan. Entah dimana silapnya, Emi juga tidak mahu menjelaskan kepadanya, membiarkan dia tergapai-gapai dalam arus kerinduan.

Dia tersedar. Segera dia melupakan gadis itu dan ke kamar mandi semula mengeringkan rambutnya. Seusai dia menyiapkan diri, segera dia mengemas barang-barangnya masuk ke dalam almari. Kemudian menghampiri Emi.

''Awak... Jalan-jalan jom kat pantai ?'' tuturnya lembut sambil memandang wajah polos itu. Berharap gadis itu menerima ajakannya. Dia mahukan penjelasan.

Emi merenung tajam mata Naz hingga membuatkan Naz melempar pandangan ke laut lepas dihadapannya. ''Okay, jom.'' jawab Emi ringkas setelah beberapa saat membungkam.

''Ha ? Apa ?'' tanya Naz lagi, seakan tidak percaya.

''Ha apa ?? Jomlah. ''

''Ha oh okay. Jom jom.'' Naz mengiyakan lantas tersenyum.

''Jom kemana ? Nak ikut.. '' sampuk Aulea yang sedari tadi memerhati.

''Ikut ke neraka. Nak ?'' sinis perucapan Emi lantas menarik tangan Naz meninggalkan gadis yang sedikit lurus itu.\

''Neraka ?'' tutur Aulea sendiri yang masih tidak faham. Dia lalu memuncungkan bibirnya.

Melangkah sahaja keluar dari bilik itu, satu susuk tubuh telah pun berdiri dihadapan mereka. Susuk tubuh yang cukup dikenali, lelaki yang membawa mereka ke sini. 

''Abang...buat apa kat sini ?'' ucap Emi yang sedikit kaget.

''Tak.. Abang ingat nak ajak korang pergi makan. Laparlah.'' balas Aqil sambil menggosok perutnya.

''Ha... adik awak dengan Riana ada kat dalam. Diorang memang lapar tu, malangnya kami berdua dah tiba-tiba kenyang jadi kami mahu jalan-jalan, bersiar-siar tengok pemandangan yang serba indah hasil ciptaan Tuhan ini. Jadi selamat bermakan. !'' Naz yang sedari tadi berdiam mula bersuara panjang lebar tanpa memberi peluang Aqil untuk memulakan bicara. Kini giliran dia yang menarik tangan Emi meninggalkan lelaki itu tercengang sendirian.

''Hey...! Sakitlah. Lepaslah..'' bentak Emi setelah jauh Naz menarik tangannya dari bilik sampailah ditepi pantai ini. Suasana mulai senja.

''Naz.! Sakitlah !'' bentak Emi lagi setelah protesnya tadi tidak diendahkan.

''Oh sakit ??? Hati saya sakit tak fikir ?'' protes Naz setelah melepaskan pergelangan tangan Emi.

Emi pantas mengusap perlahan pergelangan tangannya. Air mata bertakung di kelopak mata. Dia memang sensitif. Kulitnya yang putih dan sensitif mulai kemerahan dan berbekas. Naz yang melihat hal itu, terbit kasihan dihatinya.

''Saya... saya minta maaf.'' sambil cuba memegang tangan gadis itu.

''Jangan sentuh !'' keras perucapan Emi.

''Saya tak sengaja, saya teremosi.'' keluh Naz dan menunduk.

''Emosi ? Awak fikir awak punya emosi sampai saya yang jadi mangsa ? '' tutur Emi, ada nada marah dan geram.

''Maaf...''

Emi melempar pandang. Malas mahu menatap wajah sedih itu. Dia tidak mahu kalah kali ini. Jari jemarinya pantas menyeka air mata yang mula menuruni pipi. Hati kerasnya masih dihambat rasa cemburu. Cemburu dengan orang sekelilingnya yang mahukan Naz.

''Kenapa awak jauhi saya sejak kebelakangan ni ?'' tutur Naz sedih sambil memandang Emi, mengharapkan jawapan yang jelas.

Emi mengeluh panjang tidak tahu apa yang harus dia katakan. Tak kan mahu berterus terang. Sudah hampir seminggu dia memikirkan jawapan kepada pertanyaan Naz, namun tak juga dia mampu memikirkan jawapan yang wajar. Dia sepatutnya percaya akan Naz namun dek terlalu ikutkan perasaan dan ego, dia kini terlanjur perbuatan. Mahu undur sudah terlambat.

''Tak ada apa-apa.'' itu sahaja yang mampu terhambur dari mulut Emi.

Mendengar jawapan itu membuatkan semangat Naz kian luntur. Namun demi pertahankan hubungan mereka, dia cuba mengukir senyuman dan bersabar. ''Kalau saya ada salah kat awak, cakaplah terus terang dengan saya. Saya tak sanggup kita berdiam saja macam kelmarin.'' ucap Naz lembut, memujuk hati Emi dan hatinya sendiri.

''Awak cakap je apa perlu saya buat untuk kita macam dulu. Happy. Cuma... please jangan minta saya lupakan awak atau apa-apa sahaja yang boleh buat hubungan kita terputus.'' jelas Naz lagi. Sedaya upaya dia mahu pertahankan kesetiaannya pada Emi.

Emi memandang Naz. Mendongakkan wajah Naz yang mulai menunduk. Air mata mula bertakung di kelopak mata pengkid itu. Sayu hati Emi, kalah dengan egonya melihat gadis tomboy didepannya, gadis yang disangka semua orang kuat dan tegas kini menangis demi dia. Lantas Emi memeluk tubuh Naz, rapat serapatnya.

Naz hanyut. Terbuai indah dalam pelukan penghuni hatinya. Naz membalas pelukan Emi sambil jari-jemarinya lembut mengusap rambut ikal milik Emi. Terasa dekat benar dia dengan gadis itu. Rindunya terluah kini. Angin senja menambahkan lagi suasana bahagia. 

''Naz.. saya minta maaf kerana cemburukan awak dan Aulea. Hati saya menangis, sakit bila awak rapat dengan dia.'' Emi mula membisik dalam pelukan itu.

''Cemburu ? Aulea ?'' Naz agak terkejut mendengar perucapan Emi. Apa yang dia buat sampai perlu Emi cemburu. Otaknya masih memproses akan hal itu.

''Ya.. saya tak suka awak rapat sangat dengan perempuan lain. Please... Saya tau awak setia tapi.. hati manusia berubahkan ?'' tambah Emi lagi, air mata kini terbit dari matanya, melunjur laju dipipi.

Naz memeluk tubuh Emi semakin rapat, mahu memberi keyakinan dengan kata-katanya, '' Percayakan saya, saya setia dengan awak seorang. Saya dan Aulea hanya kawan. Awak pun tahu dia classmate kita and dia juga team sukan saya. Tapi cuma sekadar tu. Tak lebih. Saya tak rapat dengan orang lain pun. Kalau awak tengok saya berkawan, saya cuma kawan. Yang istimewa, tetap awak seorang.'' tutur Naz panjang lebar.

''Kenapa awak biar dia peluk awak ? Kenapa tinggalkan saya dan pergi kat dia malam tu ?'' 

''Peluk ? Bila ?'' otak Naz cuba memproses laju. '' Masa ambil result ? Kan saya dah jelaskan, saya tak expect dia akan peluk saya. Lagi pula saya tengah bawa motor, takkan saya nak tepis-tepis tangan dia, motor saya tu berat, yang ada nanti saya accident. Awak nak ? Ha lagi satu , maksud awak saya tinggalkan awak dan pergi kat dia ?'' jelas Naz namun masih binggung.

''Hm... malam kat rumah nenek awak...''

''Oh... hmm...saya cakap awak jangan tersinggung. Sebenarnya, waktu saya jemput diorang makan, dia ajak saya makan dengan dia, tapi saya tolak. Saya dah cakap saya makan dengan awak, tapi...bila saya tengok awak, Aqil, abang kesayangan awak dah ada ganti tempat saya, so takkan saya nak pergi kat dia suruh dia bangun, dia tetamu saya. Lagi pula... saya fikir awak dah lama tak jumpa dia, mungkin banyak perkara yang awak nak bualkan. Saya tahu saya patut perjelaskan lebih awal, tapi dengan keadaan Aulea yang memaksa, apa saya nak fikir lagi ? Hm.. Mungkin awak fikir saya mengarang cerita tapi itulah yang saya rasa, walaupun saya juga cemburu tengok awak mesra dengan Aqil, saya fikir balik, awak dah janji setia dengan saya. Saya percaya awak. tup tup awak berdiam diri. hm...'' Naz mengeluh panjang setelah merasakan ucapannya cukup jelas untuk Emi memahami.

''Awak.... Laju betul awak cakap... Awak, awak cemburukan saya dengan Aqil ? Hmm, cemburu tanda sayang. Awak memang sayang saya kan ? Hehe'' terukir juga senyuman di wajah polos Emi, dia tahu Naz tak kan menipunya.


********

''Okay, malam ni kena pilih partner dengan katil. Hehehe.'' ucap Riana. Dia sudah merancang awal-awal mahu sekatil dengan Naz.

''I dengan Naz.'' ucap Aulea selamba.

''Eh kenapa kau plak dengan Naz ?'' protes Riana kurang setuju.

''Eh biarlah. I yang pilih dulu. ''

''Aku yang bagi cadangan lah !'' tutur Riana sedikit menekan.

''Sudah-sudah. Yang bergaduh sebab aku ni kenapa ?'' tutur Naz lembut, cuba meredakan keadaan. ''Aku satu katil dengan Emi. Fair kan ?'' ucap Naz lantas mencapai gitar dan bernyanyi selamba. 

''So maksud you, I kena satu katil dengan dia ?'' tanya Aulea yang memang sudah tahu jawapannya. Dia menjeling ke arah Riana. '' Huh.! Gedik!'' 

''Sapa gedik ?? Kau yang gedik ! Sapa suruh ikut ?! '' geram Riana dengan sikap Aulea. 

Emi lantas menenangkan Riana. Naz yang baru sahaja mahu memetik gitar kesayangannya, terhenti dek perbalahan kecil itu. ''Korang ni macam budak-budak. Perangai macam ni nak ajak aku tidur sekali ?'' sindir Naz keras perucapannya. Dia melangkah ke balkoni, melayan perasaannya sendiri.

Telefon Emi berdering. Nama Aqil jelas terpapar di skrin. Tanpa berfikir dia menjawab sahaja panggilan itu. ''Hello?'' 

''Assalamualaikum..''

''Err waalaikumussalam.'' jawab Emi. Malu sendiri.

''Apa yang bising-bising tadi ? Sampai sebelah dengar.'' tanya Aqil agak risau sesuatu terjadi.

''Tak ada apa-apa. Bunyi tv kot. Terpasang kuat tadi.'' Emi sekadar memberi alasan. Malas mahu menceritakan soal itu. Dia memandang Riana sambil menjongket bahu apabila Riana mempamerkan riak tidak percaya rakannya itu berbohong kepada Aqil.

''Oh okay lah. Adik tidur baik-baik ya ? Jangan nakal-nakal. Hehehe.'' 

''Err okay. Ada apa-apa pesanan untuk Aulea ?'' 

''Er.. cakap 'goodnight' kat dia... Adik plak jangan lupa pakai selimut, nanti sejuk sakit pula.''

Eh dia ni. Aku adik kandung dia ke Aulea, pesal lah pesan kat aku. Emi berdialog dalam hati. ''Oh okay, assalamualaikum'' cepat-cepat panggilan dimatikan.

Naz yang duduk sendirian diluar sekadar mendengar sahaja. Dia lantas mengendahkan hal tersebut dan bermain gitar. Aulea menghampiri lalu melabuhkan punggung di kerusi rotan sebelahnya. Naz membiarkan sahaja dan meneruskan nyanyiannya.

Emi yang melihat Aulea sebagai lawannya, tidak membiarkan perlakuan Aulea. Tidak mahu kekasihnya di 'ngorat'. Emi lantas menarik tangan Riana dan duduk sekali dengan Naz dan Aulea. Lampu dinding dengan cahaya samar-samar menerangi wajah Naz. Cair hatinya melihat Naz dengan suara yang merdu menyanyikan lagu kenangan mereka. Kenangan terindah.

Sesekali mata Emi dan Naz berselisihan, namun cepat-cepat dilarikan oleh Emi, takut-takut Riana perasan akan tatapan mata itu. 

''Darimu, ku temukan hidupku...Bagiku...kaulah cinta sejati..huuuu'' merdu suara Naz mengalunkan lirik itu.

Dalam keasyikan itu, sepasang mata sedang memerhati dari jauh. Matanya tajam merenung Naz. Terbit rasa tidak puas hati terhadap pengkid itu. Pengkid itu yang telah menghancurkan hidupnya. Dendam yang selama ini tersimpan kini terbit kembali.

Usai Naz menyanyikan beberapa buah lagu, Emi mengajak Naz masuk dan meninggalkan Riana dan Aulea berdua. Mata Riana tepat kearah Aulea, malas hendak memulakan pertelingkahan, dia bingkas bangun dan masuk ke dalam. Emi dan Naz sudah kemas berada diatas katil mereka, cemburu pula terbit dalam hati Riana. Ini semua angkara Aulea, jika bukan sebab dia, pasti Naz setuju sekatil dengannya. 

Malam semakin larut mengejar hari esok. Aulea masih diluar, membelek-belek telefon. Sedang memuat naik foto-foto dan rakaman video curi Naz sedang menyanyi ke laman blog, akaun youtube dan twitternya. Sebelum ini, video nyanyian Naz yang dimuat naik petang tadi mendapat sambutan dari rakan-rakan twitter dan pembaca blognya yang ramai. Budak hot, no wonder. Apa yang dimuat naik pasti menjadi perhatian.

Video dan gambar itu semuanya hasil editan dan tangkap curi. Memang itulah hobi Aulea, mengumpul apa sahaja tentang Naz. Terlalu obses dengan pengkid berwajah kacukan itu. Namun, dalam keasyikannya tiba-tiba seorang yang memakai nama Mr. AA memberi komen pada video yang dimuat naik ke blognya. 

Mr. AA : Dasar pengkid lakhanat ! Aku hancur sebab kau ! Kau akan terima padahnya ! 

Komen tersebut benar-benar membuat Aulea marah. Jika benar pun Naz berurusan dengan si Mr.AA rasanya tidak perlu berkata seperti itu. Aulea lantas membalas.

Cik Aulea Shakira : Eh saudara, tak perlu rasanya mengeluarkan kata-kata kesat, saya upload video ni untuk tatapan umum bagi orang menilai suara bukan campur hal peribadi. Lagipula awak ni siapa dengan si dia ? Awak kenal ?? Saya tak rasa dia pernah buat perkara yang tak elok kepada sesiapa.! Saya cukup kenal dengan dia ! Assalamualaikum. !

Aulea yang mulai marah, cuba mententeramkan dirinya sendiri. Dia lantas bangun dari tempat duduknya dan melangkah masuk. Sejenak dia menatap wajah Naz, tidak berapa jelas kerana terhalang oleh rambut Emi. Naz memeluk Emi dari belakang. Sakit juga hatinya namun dia biarkan. Aulea masuk tidur. 


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.