my guest

Monday, 5 January 2015

Cerpen Lesbian : Cinta Pada Angin Lalu 6

Part 6 : Episod tragedi berdarah


Perjalanan pulang ke rumahnya terasa jauh sekali. Badannya terasa penat walaupun hari ini dia hanya menghabiskan masa cutinya bersama Emi kesana kemari. Ponteng training semasa hari cuti bukanlah perkara biasa bagi dirinya tetapi Naz entah setan mana yang menghasutnya untuk ponteng pada hari itu. Walau bagaimanapun, bukan menjadi masalah kerana training tersebut tidak melibatkan guru, latihan itu hanya persendirian. Nak, pergi. Tak nak, tak payah. 


Naz menunggang motornya dengan perlahan, malas hendak laju-laju. Tiba-tiba ada sekumpulan motor yang keluar dari simpang terus mengekori Naz dari belakang dan memintas Naz. Naz yang agak terkesima dengan kejadian itu memberhentikan motornya. Nasib tak terbabas ke dalam semak. Geng motor tersebut rupa-rupanya geng mat poyo di sekolah mereka. Jimmy and the gang. pui. Suasana di jalan itu memang agak sunyi pada waktu petang-petang begini.


''Apa masalah kau ni ?'' jerit Naz setelah Jimmy berdiri dihadapan motornya. Hatinya sudah mula panas dengan lelaki itu.


''Masalah ? Hahahaha.. kau tanya aku masalah ?'' Jimmy dengan nada tidak puas hati dan berlagak macho depan kawan-kawannya. ''Hei pengkid.! Aku bagi kau amaran. Jangan berani dekat dengan girlfriend aku.! '' tambah Jimmy.


''Woi jantan.! Sejak zaman nenek moyang siapa aku rapat dengan gf kau ? Gf kau pon aku tak kenal.! '' jawab Naz dengan sedikit menengking kerana marah dia dituduh dan perkataan pengkid itu membuat dia bertambah baran.


''Eh buat-buat tak kenal pulak minah songsang ni... Aku tak nak tengok kau dekat dengan Emi lagi. Kalau kau dekat jugak...'' Jimmy tidak sempat menghabiskan ayatnya.


''Oh Emi gf kau. Eh jantan kau ingat aku hadap ke nak kawan dengan dia tu, tapi kalau aku  dekat-dekat pon dengan dia kau apehal ? Dia pompuan aku pompuan. Hahaha tercabar ke kau ?'' pintas Naz.


''Sial.! '' Jimmy dengan marah terus menarik baju Naz dan mengheretnya ke semak. 


Geng Jimmy mengelilingi Naz dan Jimmy sambil ketawa. Jimmy terus sahaja menumbuk muka Naz hingga Naz terjatuh. Naz yang marah bercampur sakit kerana bibirnya terkena giginya akibat ditumbuk. Darah mula mengalir dari bibirnya. Naz bangun dan menendang perut Jimmy. Jimmy yang kesakitan mengarahkan kawan-kawannya memukul Naz. Tujuh lawan satu. Kau rasa.?? choiii.!


Setelah puas dipukulnya pengkid itu Jimmy dan gengnya beredar.


''Ingat amaran aku, jangan dekat dengan Emi. Nahas kau, aku bunuh kau.! '' kata Jimmy sebelum pergi.


Naz terbaring disitu, hari mula gelap. Mujur jiran Naz kebetulan lalu disitu dan menolongnya membawanya ke hospital. Naz mengalami pendarahan yang teruk dikepala akibat dipukul dengan sebatang kayu dan disepak tanpa belas kasihan. Pergelangan tangan kiri Naz retak akibat dipijak oleh Amri, kawan Jimmy dari sekolah lain.


Neneknya yang sedih akibat cucunya diperlakukan seperti itu menelefon ibu bapa Naz, dan mereka membuat laporan polis tetapi keterangan Naz tidak dapat diambil kerana Naz belum sedarkan diri. Dia terpaksa menerima darah daripada ibunya kerana darahnya hilang dengan banyak.


Berita kemasukan Naz ke hospital cepat tersebar dalam kalangan rakan-rakan sekolah. Riana yang mendapat tahu perkara tersebut daripada facebook rakan-rakan Naz, berasa risau dan dia hanya menangis sahaja disana, hendak balik tidak boleh kerana dia baru 3 hari disana. Mamanya yang pelik melihat dia menangis cuba menanyakan mengapa.


''Sayang..anak mama kenapa menangis ni.? Ana ada masalah ? Tak suka ya kita holiday disini ? Semalam Ana okay saja ? '' tanya Puan Sufiah.


Riana hanya menggelengkan kepala dan terus menangis. Dia  terlalu risau akan Naz yang tiba-tiba sahaja dimasukkan dihospital, rakan-rakan yang lain masih tidak tahu perkara sebenar. Hanya spekulasi sahaja yang banyak. Ada yang mengandaikan dia di pukul, dia dirompak. haih macam-macam. 


Emi yang mengetahui hal tersebut terus ke hospital untuk melihat sendiri keadaan Naz bersama abang angkatnya. Sesampainya di hospital ramai juga saudara mara Naz yang terdekat datang tetapi meraka hendak pulang ke rumah nenek Naz. Emi mendapatkan nenek Naz selepas bersalaman dengan ibu Naz.


''Nenek.. kenapa dengan Naz ? '' tanya Emi.


''Nenek pun tak tahulah Emi.. Jiran kami tiba-tiba telefon nenek katanya Naz ada di hospital, tu yang terus kami kesini. Naz pun belum sedar lagi.. Doktor syak dia dipukul. Tapi.. entahlah.. '' sebak nenek Naz bercerita. 


Air mata Emi deras mengalir dipipinya. Kenapa dengan awak, Naz. Siang tadi awak okay je. Bangunlah cepat. Rintih hati Emi. Tidak lama kemudian ibu bapa Emi datang dan memberi kata-kata semangat untuk keluarga Naz. Keluarga Emi dan Naz memang kenal akrab. 


Malam semakin tua, saudara mara Naz dan pelawat yang lain sudah beransur pulang ke rumah nenek Naz dan bermalam disana. Emi berkeras tidak mahu pulang kerana mahu menemani Naz tetapi hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk menunggu Naz. Emi akur kerana Naz masih ada seorang ibu yang boleh menemaninya. Dia pulang dengan perasaan sedih. Keadaan Emi samalah dengan Riana tidak tidur, tetap menangis sepanjang malam. 



***********************************************************

Keesokan harinya polis melakukan siasatan di tempat kejadian. Motor yang ditunggang Naz telah di bawa ke balai polis sebagai bukti. Kalau sudah polis lakukan siasatan, senanglah. Pihak polis menemukan wallet Amri yang mungkin tercicir. Polis segera ke rumah Amri mengikut alamat icnya dan info dari penduduk sekeliling. Amri ditahan dan dibawa ke balai untuk disoal siasat. 

Amri yang pada mulanya tidak mengaku perbuatannya itu, akhirnya akur dan mengaku setelah digertak untuk menahannya lebih lama jika terbukti dia terlibat. Tetapi mulut manis seorang polis, mengaku... sama sahaja hukumannya. Polis mengenalpasti suspek yang didedahkan oleh Amri dan kesemua mereka ditahan. Jimmy yang cuba lari dari rumah setelah tahu Amri ditahan, tidak berjaya melarikan dirinya kerana pihak berkuasa lebih pantas. Apalah budak 17 tahun boleh buat ?? Lainlah kalau ada otak genius yedok ? wakaka


****************************

''Apa ??!! Jimmy ?? '' terkejut Emi mendengar nama lelaki itu keluar dari mulut nenek Naz yang menyatakan Naz telah ditahan dan dipukul oleh mereka. 

''Tak guna punya jantan.!! '' marah Emi lagi. Nenek Naz cuba menenangkan Emi dan minta dia bersabar. 


''Puan, Nazirah dalam keadaan stabil sekarang tetapi mengikut keadaannya, dia masih koma. Jadi saya harap puan bersabar menunggu ya.'' kata Doktor Chan  kepada ibu Naz dalam masa yang sama. Sudah hampir seminggu Naz asyik terbaring sahaja dan tidak sedarkan diri.



Riana yang baru sampai dirumah terus meminta papanya untuk ke hospital ******. Dia mahu melihat keadaan Naz. Sepanjang perjalanan pulang dia hanya mendapat perkembangan daripada Emi sahaja. Sesampainya di hospital Riana terus ke wad Naz, dia cuba belagak sabar. Selesai bersalaman dengan nenek dan ibu Naz, dia terus memeluk Emi. Kemudian dia merapati Naz dan terus saja hatinya sebak hingga tidak tertahan airmata. Keluarga mereka berdua sayu melihat Riana dan Naz. Dalam fikiran mereka, Riana, Emi dan Naz adalah sahabat baik mungkin kerana itu apabila Naz jadi begini mereka berdua menangis macam hilang anak. Baru mamanya faham mengapa Riana menangis sahaja semasa di Korea. 


Menjelang malam, waktu melawat habis dan Riana tidak mahu pulang tetapi setelah dinasihatkan oleh mamanya, dia akur dan mamanya berjanji esok akan datang lagi. Lagi pula esok harinya sekolah akan bermula semula. Riana mengajak Emi tidur dirumahnya dan membawa pakaian sekolah dan buku-bukunya. Riana meminta Emi menemaninya untuk beberapa hari. Emi bersetuju demi menenangkan perasaan sahabatnya itu walaupun kadang-kadang hatinya sakit melihat Naz dan Riana. Tetapi dia harus sedar, Naz milik Riana. 


Mereka ke sekolah bersama. Emi dan Riana tidak banyak cakap. Mereka masih dalam kesedihan. Rakan-rakan sekolah sibuk bercerita apa sebab Jimmy memukul Naz, Jimmy ditahan, ada juga yang mulut celupar mengejek Naz pengkid perampas memang patut dipukul begitu. 


''Kau sabarlah ok ? Kita sama-sama tunggu Naz sedar dari koma. Doktor pun dah cakapkan keadaan dia stabil, cuma dia koma. Kita doakan banyak-banyak untuk kesihatan dia ok.? '' kata-kata Emi kepada Riana sambil berpelukan dalam tandas sekolah setelah Riana menyuarakan kerisauan yang teramat sangat kepada Naz.


''Aku tak tahu nak fikir apa lagi. Kenapa plak Jimmy nak pukul dia sampai macam tu. Naz tak de pun pernah cari pasal dengan dia. ! '' Riana mula rasa tak puas hati kekasihnya diperlakukan begitu. 


''Kau relax okay? Aku kenal kawan-kawan Jimmy yang lain. Nanti aku selidik okay ? '' Emi yang juga mula curiga cuba meyakinkan Riana.


''Thanks Emi.. Kau selalu ada bila aku happy, aku sedih. Aku tak tau macam mana nak balas kebaikan kau.'' Riana bersuara, cuba gembira walaupun sedang bersedih. 


Maafkan aku, Ana. Jauh di sudut hati aku, aku dah mula sayangkan Naz lebih dari seorang kawan. Maafkan aku. Emi bermonolog dalaman. Dia serba salah. 


''Dah...Jom balik kelas, rehat dah habis ni. Balik nanti kita pergi jenguk Naz okay ? Kelas tambahan dibatalkan sebab cikgu-cikgu kita ada juga nak melawat Naz.'' terang Emi. 



***************************************************

Dalam komanya....Naz bermimpi bertemu dangan seorang lelaki bertubuh sasa. Lelaki tersebut memakai baju putih dan membawa obor-obor. 

''Kembalilah kau kejalan lurus. Jalan yang diredai Tuhanmu. '' kata lelaki itu. 

Naz memandang sekeliling gelap. kemudian lelaki itu hilang. Yang ada hanya sebuah pintu yang bercahaya. Dia berlari ke arah pintu itu tetapi seolah-olah dia berlari pada tempat yang sama kerana selaju mana dia berlari, pintu itu tetappada jarak yang sama darinya. 

Suara lelaki itu sentiasa terngiang-ngiang di telinganya, dia ketakutan dan menjerit.

***************************************************

Naz terjaga dari komanya setelah hampir seminggu. Dia cuba membuka matanya perlahan-lahan. Bagai cahaya yang begitu terang menyuluh tepat ke arah matanya. Apabila matanya sudah mampu terbuka, dia melihat banyak orang. Ada yang dikenalinya, ada yang tidak. 

''Ibu......'' Naz memanggil dengan nada yang sangat perlahan dan lemah.

''Ye sayang.. Ibu ada kat sini. Syukur anak ibu dah sedar.'' dikecupnya dahi anaknya perlahan-lahan. 

''Nak air....'' Naz meminta air kerana tekaknya terasa sangat kering.

Riana dan Emi hanya melihat Naz dengan perasaan gembira dan menunggu Naz mengenali mereka. Tiba-tiba Naz bagai dirasuk, ketakutan.

''Ibu... ada orang nak bunuh adik... adik takut... '' kata Naz ketakutan tetapi masih dalam keadaan lemah. 

''Tak..tak.. adik jangan fikir bukan-bukan ya ? Ibu ada dengan adik, nenek ada, ayah ada, kawan-kawan adik.. Riana, Emi. Cikgu adik pon ada. Jangan takut ya ? '' ibu Naz memeluk Naz dan menenangkannya. 

Setelah beberapa ketika memberikan ruang untuk Naz dan keluarganya, Riana mendekati Naz, tatkala yang lain sedang berbual-bual dengan doktor dan guru-guru. 

''Aby...i miss you.. '' Riana mula bersuara dan sedaya upaya menahan tangisnya. Emi hanya memerhati.

''I miss you too sayang. Seronok pergi cuti ?'' Naz cuba mengubah situasi, dia tidak mahu bersedih didepan Riana.

''Tak best... Risau kat aby.. '' tunduk Riana. 

Naz menyentuh pipi Riana dan merenungnya. Tangan kirinya masih lagi berbalut simen. Naz hanya tersenyum, kemudian Riana meletakkan kepalanya ditepi katil dan memegang tangan Naz. Naz membiarkan saja dan matanya kini hanya memandang Emi. Dia akan menjauhkan diri dari Emi. Dia tidak mahu kejadian ini berulang lagi. Naz juga tidak tahu bahawa Jimmy telah diberkas. Jimmy- bertindak tanpa fikir akibatnya. hahaha (seorang yang bodoh)

Emi mahu merapati Naz, paling tidak berbual sahaja dengan Naz tetapi bila melihat Naz bersama Riana, dia berundur. Dia terus sahaja pulang ke rumahnya menaiki  teksi. Sedih hatinya mengingati Naz. 

Saya rindukan awak. Emi terbayang adegan ciumannya bersama Naz dirumah nenek Naz. Dia juga teringat akan waktu mereka bersama di taman, bahagia bersama Naz. Sementara sebelum Naz dipukul pada sebelah petangnya. Saya akan cuba lupakan awak, walaupun saya sayang awak. Hati saya sudah tertutup untuk orang lain, Naz. 




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.