my guest

Friday, 2 January 2015

Cerpen Lesbian : Cinta Pada Angin Lalu 5

Part 5 : Bibit Cinta Mekar 

Emi terjaga dari lenanya, angin pagi menerpa tubuhnya yang tidak berselimut. Dia membuka mata perlahan-lahan dan memerhati sekeliling. Satu ruang yang tidak dikenali, dilihat di sebelahnya, seseorang yang berbalut dengan selimut. Diamati. Naz !! Baru dia teringat dia dirumah Naz, menemani Naz malam tadi. 

Dia tersentak tiba-tiba. Teringat bibirnya yang berpaut dengan bibir Naz. Berdegup kencang jantungnya. Ya Allah! Apa yang aku buat ?. Hatinya bersuara.


Naz mengeliat dan bangun. Dengan selamba dia berjalan ke toilet. Jam menunjukkan pukul 6.05pagi. Naz segera mandi. Nasiblah ada pemanas air, jika tidak memanglah dia solat subuh sekadar memberus gigi dan mencuci muka kemudia berwuduk sahaja (weird). 


Selesai mandi dia terus keluar dan mengambil bajunya kemudian kembali ke dalam bilik mandi, malu hendak memakai baju depan Emi, walaupun ditutup dengan tuala. Setelah selesai dia keluar.


''Awak mandilah. Saya solat dulu. Nanti awak solat pula. Jangan lambat-lambat nanti tak sempat hehehe.'' kata Naz kepada Emi. Emi pun berlalu. 


Setelah selesai solat, Naz mengemas apa yang patut. Dia bersiap-siap untuk berjogging. Memang sudah menjadi rutinnya sebagai seorang atlet sekolah untuk mengekalkan stamina walaupun hari cuti. 


Naz menjenguk ke bilik dan mendapati Emi sedang duduk ditepi katil dengan wajah yang marah sambil memegang telefonnya. Biasalah, Jimmy. 


''Awak... okay tak ni.? '' sapa Naz.


''Okay saja...'' jawab Emi sambil menguntum senyuman manis. Tidak dibuat-buat.


''Okay cun.. hehe. Awak nak teman saya jogging tak then saya nak gi training, kalau taknak, saya hantar awak baliklah sebab nanti rumah ni tak ada orang sebab saya terus pergi sekolah. '' ajak Naz. 


''Nak nak nak.! heehee dah lama tak jogging.. '' Emi tanpa berfikir panjang terus saja mahu. 


Mereka memanaskan badan dan regangan otot supaya tidak alami kecederaan. Mereka berjogging bersama-sama hampir keliling kampung. Tidak sampai 15 minit, Emi sudah mula berasa mengah dan agak penat kerana dia sudah jarang berjogging. 


''Naz.....tunggulah Emi... penat ni... '' keluh Emi yang kepenatan sambil memandang Naz yang agak-agak enam langkah didepannya. 


Naz berhenti dan menoleh. Dia mendekati Emi dan memimpin tangan Emi tanpa berkata-kata. Naz meneruskan perjalanan mereka tetapi tidak berjogging tetapi berjalan pantas. Emi membiarkan saja. Dia gembira diperlakukan begitu walaupun agak penat. 


Mereka akhirnya sampai kembali di rumah nenek Naz.

''Penat sangat ke ?'' tanya Naz kepada Emi sambil membuang peluh pada dahi dan pipi Emi menggunakan tangannya. 

Mata mereka memandang satu sama lain. Tiba-tiba Emi bersuara.


''Awak, saya lapar... '' kata Emi sambil memuncungkan bibirnya. Comel sungguh anak Pak Zaki ni. 


''Lapar ye..? okay-okay jom kita makan kat kedai then saya nak pergi trainning.''  jawab Naz sambil menaiki motornya bersama Emi. 


Sesampainya dikedai makan, mereka membuat pesanan. Naz hanya memakan kuih-muih dan air suam. Dia memang tidak biasa mengambil makanan berat sebelum training. 



''Awak.. thanks sebab temankan saya malam tadi.. '' kata Naz.

''Oh okay, sama-sama. Saya teman je pon. heehee.'' jawab Emi riang.


''Awak... err sorry pasal malam tadi tu... Saya terlebih pula... hmm.'' tambah Naz lagi kesal dengan perbuatannya.


''Dahlah, anggap je tu tak pernah berlaku, saya taknak ingat dan saya taknak Riana tahu, nanti entah apa yang jadi kalau dia tahu. okay ? '' jawab Emi tenang. 


''Okay awak.'' mereka menghabiskan sarapan mereka dan Emi bersetuju untuk mengikut Naz training kerana dia fikir jika dia dirumah pun pasti bosan. Tiada mood untuk belajar walaupun dia bakal menjadi mangsa SPM. (hahahaha amik kau..aku dah lepas...eh tapi result??? alamak...)



******************************************************
Dua minggu sudah berlalu. Sejak dari Emi temankan Naz, mereka mula rapat, selalu bermain ws, sms dan otp, tetapi apabila di sekolah, mereka menjaga jarak hubungan mereka kerana tidak mahu Riana melihat kemesraan mereka kerana Emi masak benar dengan perasaan cemburu Riana yang tinggi menggunung itu, walaupun Naz rapat dengan junior-junior di tingkatan dua. -_- 

Tetapi semasa waktu rehat, mereka bertiga akan makan bersama. Banyak juga waktu yang mereka bertiga habiskan bersama. Kadang-kadang timbul perasaan cemburu apabila Riana yang terlebih manja dengan Naz didepannya. Sejujurnya, dalam hati Emi telah mula timbul 'bunga-bunga cinta' terhadap Naz. Ececehh >_<


Setiap malam, selepas otp dengan Riana, Naz akan menelefon Emi dan mereka berbual hingga pagi. Pernah sekali Emi menangis meluahkan masalah yang dihadapinya kerana sering sangat diganggu oleh Jimmy dan rakan-rakannya. Dia  takut akan diapa-apakan oleh Jimmy walaupun dia mempunyai seni mempertahankan diri.


Naz juga pernah berjanji untuk menjaganya. Semakin hari Emi semakin jatuh hati pada Naz, kecomelan Naz (hensem..persoalan hensem ke) , ketinggian, badan atlet, pandai, and.....sweet talker ! hahahaha


Pada cuti panjang pada penggal pertama, Riana terpaksa mengikut keluarganya ke Korea, (family day katenye...choyy). Kini tinggal lagi Naz dan Emi berdua sahaja jika kemana-mana. Ke taman, makan aiskrim tu ha rutin hari dah kot. mentang-mentang awek jauh. >_< hahaha


''Awak... nape comot ni... hehehe '' Naz menegur Emi yang comot dipipi akibat terkena aiskrim. \


'' Hah??!! Mana mana ?? '' mula gelabah si Emi. 


''Ni ha... '' Naz mendekati Emi dan mencium pipi Emi yang terpalit sedikit sahaja aiskrim vanilla itu.


Emi agak terkejut tetapi membiar sahaja. Hatinya suka sebenarnya. Orang yang lalu lalang di taman itu, melihat mereka seperti pasangan kekasih songsang.! OMG.! Tapi hakikatnya, cinta tidak kesampaian. Emi tidak mahu digelar perampas tetapi sebelah hatinya, dia sayangkan Naz tetapi takut untuk berterus terang dengan Naz yang juga sudah wujud rasa senang dan sayang dengan sikap dan layanan Emi terhadapnya. Walaupun Emi tidak semanja dan selembut Riana, tetap dalam kerasnya Naz cukup selesa dengan perwatakan Emi. Hamboi... choyyy.!


''Emm awak ni.. terkejut saya.. '' kata Emi.


''Eleh tapi suka kan... ha baik ngaku..'' jawab Naz selamba.\


''Eh.. err merepek lah awak ni... tumbuk kang..'' pintas Emi. 

Kemudian mereka menaiki motor untuk pulang. Diatas motor Naz sengaja bermain brek, (choyy kesedapan dalam kesempatan) hahaha . Sesekali Emi menepuk bahu Naz jika Naz berbuat begitu. (sebenarnya sukalah tu). Semenjak rapat dengan Naz, Emi semakin tahu tentang dunia nikmat menikmati ni. haha..Lama kelamaan Emi sengaja membiarkan badannya rapat dengan badan Naz. Sesampainya di rumah Emi, Naz menolongnya membuka helmet.


''Macehh awak..sedap hehehe..'' sindir Naz kepada Emi.


''Awak tu memang gatalkan.? Ni baru dengan saya, kalau dengan Ana (Riana) tu entah apa lagi..'' kata Emi seolah-olah ada bibit-bibit cemburu. 


''Alalala... awak cemburu ye ? hehe mana ada saya buat apa-apa dengan dia.. hehe. okay lah saya balik dulu, nanti malam saya call awak. bye'' pesan Naz dan terus berlalu.


********bersambung***** penat dah hahaha



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.