my guest

Friday, 16 January 2015

Cerpen Lesbian : Cinta Pada Angin Lalu 8

Jangan mainkan perasaan aku, Naz !....Riana bermonolog sendirian dalam hati. Apa yang dilihatnya di sekolah siang tadi betul-betul meranapkan hatinya dan membuahkan rasa cemburu yang menggunung.

''Hello ?'' suaranya yang serak-serak basah bersuara. Rindu benar Naz mahu mendengar suara Emi, sebab itu dia tidak dapat menahan tangannya daripada mendail nombor Emi.


'' Hai.. ada apa call ?'' suara Emi yang merdu dan agak lemah membuat gegendang telinga Naz bergetar. Menerima impuls.


''Tak ada apa. Saja nak tanya awak okay ke tak. Kat sekolah tadi awak macam demam je.'' Naz memberi penjelasan yang tidak bersangkutan dengan tujuan utamanya.


''Hmm...saya okay je. Kalau tak ada apa-apa yang penting saya nak letak ni..'' beritahu Emi yang sebenarnya mahu menjauhkan atau merenggangkan hubungannya dengan Naz.


'' Saya.... '' Naz terhenti. Diam seketika. 


''Awak...apa ? '' 


''Tak ada apa. Maaflah mengganggu awak. Awak rest lah ye. Assalamualaikum. '' panggilan dimatikan. Terkilan, terguris hatinya. Emi tidak pernah begitu. Naz cuba tersenyum. Entah kenapa lain benar goresan yang mencalar hatinya kali ini. 


Naz melabuhkan badannya diatas katil bersaiz queen itu. Merenung siling. Dia cuba memainkan pergelangan tangan kirinya. Auchhh.!! Sakit.!....  Naz mengadu kesakitan beberapa kali. Nampaknya tangan kiri itu belum dapat digunakan dengan cekap. Setelah sakitnya reda, dia kembali merenung siling. Fikirannya kosong. Merenung tanpa sebab, tanpa isi. Riana... satu nama yang tiba-tiba sahaja menerpa dalam kotak fikirannya. 



Riana...
Manja.. lembut tapi ada kasarnya. Cemburu mengalahkan aku ni laki dia. Aku dan dia takkan kemana. Wajahnya lembut. Putih kekuningan kulitnya mempersonakan mata-mata melihat....tapi kenapa dia pilih aku. ? Pilih jalan yang songsang ni... Hahaha apa kurangnya aku, kenapa aku dalam dunia ini ? Entahlah. Bukan aku tak cuba berubah. Kalau aku ni ibarat komputer, sudah lama aku programkan diri ini kembali ke fitrah asal. Tapi... naluri ini... kehidupan ini... ??? Ah ! Sudahlah. Diam sahaja kau, wahai hati. Aku tak mahu dengar lagi. 


*************************

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu subuh. Naz yang baru selesai mandi, mengenakan seluar dan memakai singlet terus menyarungkan telekung. Selesai solat dia menyiapkan diri untuk ke sekolah. Dia mencapai stokin dalam laci pakaian almarinya dan melabuhkan punggung ke atas sofa untuk memakai stokin. Nenek keluar dari dapur membawa bekal ditangan. 

''Nenek dah masakkan nasi goreng kesukaan adik. Adik bawa ke sekolah ye ?'' tutur Nenek lembut. 

''Ye nek. Nenek kat rumah hati-hati ye. Jangan buat kerja berat-berat pula.'' pesan cucunya yang satu ini yang kemudiannya tergopoh-gopoh bersalaman dengan neneknya dan menunggang motosikal.

Tintin.! Naz menekan hon motorsikalnya. Mana Riana? Selalunya jam begini sudah tunggu depan rumah. Tiba-tiba mama Riana muncul di pintu rumah. 

''Ana sudah pergi kesekolah dengan sepupunya.'' jeritnya tetapi tidaklah sampai kedengaran dek orang sekeliling.

Sepupu ? Sejak bila sepupunya ada disini. ''Oh okay Aunty. Thank you. Naz pergi dulu ya.'' terus sahaja dia meluncur laju.

Naz menapak ke dalam kelas dan terlihat dua susuk tubuh manusia. Seorang itu tidak asing lagi dimatanya..Tapi siapa lelaki itu ? Sejak bila Riana sebegitu mesra dengan yang bergelar lelaki.? Pertanyaan demi pertanyaan menghujaninya sepanjang melintasi meja mereka dan duduk disebelah Emi. Emi pula diam dan tunduk, baca buku. Sejak bila dia rajin baca buku pagi-pagi begini. Hendak tegur, takut mengganggu, jadi Naz memutuskan untuk berdiam diri dan terus memerhati Riana dan lelaki itu. Pelajar barukah ? Siap seragam sekolah ?

Perhimpunan tiada kerana cikgu-cikgu ada mesyuarat mengejut. Guru kelas mereka pula tidak terlibat dengan mesyuarat itu jadi dia masuk ke kelas. Monitor memberi salam dan duduk, baca doa dan bla bla bla... Tiba saat yang dinantikan.

''Kelas cikgu kenalkan Afif, pelajar baru sekolah kita. Afif akan duduk dalam kelas kamu ya. Kenalkan diri kamu.'' jelas cikgu.

''Hai, nama saya Afif. Saya dari SMKTJ di ________ . Saya harap boleh berkawan dengan semua..dan saya sepupu Riana. '' dia menguntum senyuman manis. 

Sepupu ? Patutlah begitu mesra. Jadi aku tak perlu rasa risau. Hanya sepupu. Lagi pula dia telah berjanji setia dengan aku. Kalau pun dia mahu berubah pasti dia beritahu aku. Lagipula, dia sudah berjanji jadi aku harus percayakan dia. Bukan curiga. Ah ! Sudahlah, Naz. Lupakan hal itu. 

Cikgu meminta pelajar mengulangkaji sendiri, kerana sekarang bukan waktu dia. Hari ini pun tiada mata pelajaran yang dia ajarkan. Pelajar kelas itu menelaah pelajaran dalam kumpulan. Termasuk Riana, berlajar bersama sepupunya. Naz ? Emi ? Seorang diri. Selalunya Riana akan memanggil Naz ke tempatnya untuk mengulang kaji bersama. Hari ini ? Tidak. Entah kenapa. Sekali lagi, hatinya terkilan. Dia lalu memandang Emi. 

''Awak..'' Naz bersuara.

''Hm..'' jawab Emi. 

'' Belajar sama-sama jom. '' ajak Naz dengan nada sedikit ceria. 

'' Malas.'' Emi jawab acuh tak acuh, lalu memalingkan mukanya ke arah lain dan terus membaca lagi. Naz tunduk.

'' Cikgu, izinkan saya pergi ke tandas ?'' pinta Naz dengan tutur sopan.

''Okay.'' 

Dia berjalan longlai. Perlahan-lahan langkahnya diatur. Tandas sekolah itu agak jauh, di bangunan atas. Entah kenapa sekolah itu tiada tandas pada setiap blok. Tandasnya berkumpul pada satu blok. Sepanjang perjalanan terasa sunyi. Selalunya ada orang yang menemani, tak Riana, Emi. Kini kedua-dua mereka entah kenapa. 

Aku ada buat salah ? Ke diorang tak nak kawan aku lagi ? Aku jahat ke ? Mungkin Riana dah berubah tapi taknak bagitahu aku. Tapi... kenapa.? Semalam okay. Emi pula? Hmm.. Naz...Naz... Suka bermain dengan hati sendiri. 

Dia mencuci mukanya. Apabila air menyentuh mukanya, entah mengapa terasa ingin menangis. Tak kuat sendirian. Tangannya masih lagi sakit. Teringatkan waktu dia di hospital. Ada ramai orang. Ibu bapanya, nenek, saudara mara, sepupunya. Ada Emi... Riana. Kenapa hari ini aku rasa hilang semua itu ? Silapnya ada pada aku ? Naz merenung orang dihadapannya. Wajahnya, susuk tubuhnya, seperti dia sendiri. Cermin. 

Dia balik ke kelas dengan perasaan yang bercampur-baur. Menahan perasaan ingin menangis. Sesampainya dipintu kelas. Matanya menjadi saksi, hatinya tergores lagi. Kemesraan apakah seperti itu ? Normalkah bila dengan sepupu seperti itu ?

Dia berjalan dan terus ke mejanya, melabuhkan punggung dikerusinya. Hari itu diam sahaja. Waktu rehat makan asing-asing. Riana ada sepupunya. Emi memang ramai teman. Tapi Naz ? Kembali seperti mana dia baru masuk ke sekolah. Dia balik ke rumah dan melulu masuk ke bilik. Bagnya diletakkan kemas diatas kerusi belajar. Masuk ke bilik mandi dan membasahkan badannya, tanpa membuka pakaiannya. Tudungpun masih terlekat dikepalanya. Membiarkan pancutan air menyapa dirinya. Dalam curahan air, ada curahan cecair panas mengalir dipipinya. 


Malam menjelma, Naz mengurung diri dalam bilik selepas makan tengah hari. Malas hendak makan malam walaupun lapar. Dia leka menyiapkan kerja sekolah. Tidak mahu memikirkan apa-apa lagi. Handphone di matikan. Tidak mahu diganggu. 

******************

''Nombor yang anda dail......'' operator celcom. Sudah masuk 15 kali Riana mendail Naz sejak petang tadi. 

''Mana aby ni...'' rungutnya sendiri. Kerja sekolahnya telah siap. Kini dia leka melihat gambar-gambar Naz dalam phonenya. 

'Sorry aby...sayang tak layan aby harini... sayang sakit hati pasal semalam. Aby dengan Emi.. sayang silap. Emi dah terangkan kat sayang. Emi tak berapa sihat semalam. Sayang minta maaf...' dihantar. Pesanan ringkas itu dihantar. Hingga jam 1 pagi masih tiada jawapan. Riana lalu tertidur. 

Masa yang sama Emi membelek teddy bear kecil yang Naz belikan untuknya. Terasa rindu pada budak tomboy itu. Tak sangka gadis cantik, lembut, dan selama ini bencikan perhubungan songsang sahabatnya kini mula tertarik dengan pengkid sahabatnya sendiri. What a life ? 

Dalam biliknya kebanyakan barang mengingatkannya kepada Naz. Naz orang pertama yang berjaya menambat hatinya selepas dia dipermainkan dahulu sewaktu dia form 2 oleh seniornya form 5. Sejak itu dia serik dan tidak mahu ada hubungan lebih daripada kawan dengan sesiapa sahaja. Rantai tangan yang dipakainya sekarang adalah milik Naz, yang Naz beri kepadanya sewaktu bersiar-siar ketika Riana di Korea. Rantai tali sahaja. Biasa tapi bermakna baginya.



Dia menghempaskan badannya diatas katil empuk miliknya. Merenung siling, mengimbau kembali memori dimana Naz menciumnya. Emi senyum sendiri. Dia lantas melabuhkan tirai matanya. 

********************

Emi duduk sendirian ditempatnya. Naz masih tidak kelihatan. Riana mendekatinya. Duduk dihadapan Emi. Atas meja Emi. Emi bersandar di kerusi. Membelek gelangnya. 

''Naz mana ?'' pertanyaan yang terpacul dari mulut Riana seolah-olah tidak logik pada pemikiran Emi.

''Tanya aku pulak ? Kau gf dia, selalu pergi sekolah sama-sama.?'' Emi membuat memek muka keliru.

''Dia tak jemput aku pagi tadi, aku ingat dia dah pergi. Hm.. Dia tak pernah lambat macam ni. Mana kesayangan aku...'' Riana mula memuncungkan muka. Sedih dan rindu. 

''Nanti adalah tu. Dah tak mau sedih.'' Emi memegang tangan Riana dan mengelus lembut pipi Riana yang comel tu. Sayang benar dia pada sahabatnya itu.

''Mana ade sedih lah....'' jawab tapi masih tunduk dan muncung. 

'' Tak sedih ? Tu apa ? Tumbuk kang. '' 

''Tengok tu... Kasar kau ni mengalahkan Naz pulak. Sikit-sikit nak tumbuk. Baik kau pergi tumbuk si Jimmy tu. huh. ee geramnya aku kalau ingat kat budak tu. Apahal tah tiba-tiba pukul kesayangan aku. '' rungut Riana dengan nada geram.

''Err... ha yelah nanti aku tumbuk dia okay ?'' jawab Emi. Cuba sembunyikan rasa resahnya. Kembali teringang-ngiang kata itu. Kau yang punca....

''Bangun semua....!!'' cikgu masuk, pengajaran dan pembelajaran bermula untuk hari itu.

Riana tak memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas, dihujani pertanyaan. Mana Naz ? Begitu juga Emi. Dia rindukan Naz disebelahnya, walaupun bila ada Naz, dia buat acuh tak acuh, tapi jauh dalam sanubari, dia menginginkan belaian Naz seperti kelmarin. Nyaman rasanya. 

Waktu pulang Riana dan Emi berjanji akan ke rumah Naz. Mereka mandi dan bersiap. 

''Assalamualaikum.'' Emi yang memberi salam. 

Nenek Naz menyambut salam dan pelawa mereka masuk. Mengikut nenek, Naz deman dan sedang berehat dalam bilik. Emi yang terkejut, terus menghujani pertanyaan kepada nenek.

''Demam ? Sejak bila ? Naz dah makan ubat ? Dia macam mana sekarang ? Teruk tak nenek ? '' cemas Emi. 

''Woi, kau dah kenapa ?'' Riana yang hairan dengan perlakuan Emi, menegurnya. Kesian juga dia pada nenek. Terkejut beruk orang tua tu.

'' Amboi kamu ni. Pergilah tengok dia dalam bilik tu. Ada korang kat sini bolehlah teman dia. Nenek pun nak keluar hantar baju. '' kata nenek yang mahu hantar kain untuk dibuat baju kurung ke rumah jiran mereka. 

Mereka tanpa berlengah terus ke bilik Naz dan mengunci pintu. Riana dan Emi menghampiri Naz. Riana meletakkan tangannya ke dahi Naz, panas. Naz demam. Sayu hatinya melihat kekasihnya begitu. 


''Aby... sayang ni... muahh '' Riana mencium dahi Naz. Penuh kelembutan dan kasih sayang. 

Perlakuan tersebut menambahkan lagi duka Emi. Sudahlah tidak dapat dekat dengan Naz, kini depan matanya orang yang berjaya mencuri hatinya itu, dibelai oleh sahabatnya. Dia menahan cemburu itu, sakit itu. Dia harus sedar. Naz, Riana punya. 

Naz membuka matanya. Masih mamai. Masih merenung wajah Riana. Riana tanpa memikir panjang dan segan silu terus mencium bibir Naz. Naz tidak membalas. Tiada daya. Perlahan-lahan dia tolak Riana jauh darinya.

''Nanti berjangkit lah..'' tutur Naz lemah.

''Biarlah berjangkit. Aby sakit, sayang pun sakit. Baru sehati sejiwa hehe. '' seloroh Riana.

''Sayang sakit sape nak jaga aby nanti ?'' 

''Er.....ala... yela-yela. Aby kena sihat cepat tau. Sayang nak ajak aby jalan-jalan macam dulu. Nak rogol-rogol aby. hehehehe.'' 

Emi tersentak. Rogol-rogol ? Diorang pernah............. ?



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.