my guest

Tuesday, 20 January 2015

Cerpen Lesbian : Cinta Pada Angin Lalu 10

Emi meneguk saliva yang terkumpul dek rembesan kelenjar air liur itu. Tidak tahu apa yang harus diperjelaskan kepada Naz. Puas dia memikirkan alasan namun tidak satu pun muncul. Emi melemparkan pandangannya ke satu sudut. Rak yang memaparkan gambar-gambar Naz dan Riana. Tiba-tiba sesuatu bermain di fikirannya.

''Saya, sebenarnya saya kurang setuju dengan cara Riana. Walaupun dia nak berubah, dia tak patut biarkan awak terluka, biarlah korang berdua sepakat untuk merelakan. Bukan seperti ini. Dia gembira, awak macam ni. Sebab tu saya sokong awak.. Ha.. :D '' jelas Emi panjang lebar. Puas menyusun kata-kata.


''Hm.. yeke ? Tapi... dia kawan awak. Bff awak. Awak tak menyesal ?'' Naz masih ragu dengan penjelasan yang diberikan oleh Emi.


''Awak... saya nak menyesal sebab apa ? Awak ni banyak tanya, tak percayakan saya ke ? Sampai hati...'' riak sedih terpancar pada wajah Emi.


Naz merenung wajah Emi. Dia rasa bersyukur, masih mempunyai teman, tidaklah dia keseorangan di sini. Lagi pula dia memerlukan teman bicara, tempat untuk dia mencurah isi hatinya. Teman curhat. :D


''Ala... kenapa sedih. Saya dah happy sikit, awak pula sedih. Saya percaya kat awak. Terima kasih sebab sudi kawan dengan saya walaupun awak tak suka sikap dan perwatakan saya. '' ujar Naz. Terharu dengan sikap Emi terhadapnya. 


Naz tersenyum, kali ini senyuman indah, senyuman yang dulu. Seceria dulu. Senyuman manis itulah yang Emi nantikan, ketenangan mata itu yang selalu dirindui. Emi jatuh cinta ! 


Apa ? Jatuh cinta ? Perlukah aku menafikan lagi. Aku tenang bila berada dekat dengannya, terasa ingin selalu begini. Kini dia bukan milik siapa-siapa. Salahkah aku mencuba ? Namun...takkan dalam dunia songsang ? Mana mungkin ? - Emi


Riana kini pergi dari hidup aku, seperti Chacha. Menjadikan aku sandaran. Rasa  sakit itu benar-benar melemahkan aku. Meruntuhkan sinar kesetiaan, kecintaan dalam hati ini. Mungkin tiba masanya aku tutup hati aku untuk insan-insan seperti mereka. Serik rasanya. Lelaki perempuan ? Ahh sama sahaja. Tiada pendirian. Jikapun mahu kembali, jangan sampai meranapkan hati orang lain.! - Naz


''Awak.. malam ni awak tidur rumah saya boleh ? Teman saya ? Nenek tak ada. '' pinta Naz.


''Boleh. Dah-dah awak tidur ye ? Esok kerja kan ? Awak kena rehat. Artis mana boleh kurang rehat kan ?'' sindir Emi sambil meledakan ketawa kecil. Tampak bahagia.


''Tak mengantuk lagi. Macam mana nak tidur? '' 


''Awak pejam mata, lama-lama ngantuklah.''


''Tak mau.'' 


Emi mengeluh panjang. Masak dengan kedegilan Naz. Namun dia bersabar dan turutkan jua apa yang Naz inginkan atau harapkan. Perasaan sayangnya tak mampu menghalang dirinya menunaikan hajat Naz. Dia merenung Naz. Menghadiakan senyuman, tangan Naz kini erat digenggam. Sejuk. Perlahan-lahan tangan itu dibawa menyentuh pipinya yang halus, Naz hanya menurut. 


''Tangan awak sejuk.'' tutur Emi lembut.


''Aircondkan ? Lagipun dekat luar tu angin kuat, hujan. Best lah tidur malam ni. Hehe.'' senda Naz.


''Eh.. awak ketawa.! Ha macam ni lah kesayangan saya. Comel je.'' luar kesedaran pertuturannya itu membuat riak Naz berubah. 


Habis kusut rambut Naz. Gatal benar tangan Emi. Memang hebat benar gadis itu mengusutkan rambut Naz. Mengetahui bahawa pengkid itu seorang yang mementingkan kekemasan, lagi gemar dia memainkan rambut Naz. Naz muncung. Diam tanpa bicara. Emi faham. Di kemaskan semula rambutnya. Namun, Naz masih bersedih.


''Ala... kenapa ni ? Maaflah, saya kan bergurau.'' ucap Emi.


''Teringat dia... Dia pernah kusutkan rambut saya. '' sayu perucapan Naz. 


''Awak.... tadi dah okay kan? Maafkan saya okay. Saya tak tahu perbuatan tu mengingatkan awak pada dia.'' kini giliran Emi memuncungkan mukanya.


Naz yang perasan akan perubahan mood antara mereka mula mengukir senyuman. Naz mengangkat dagu Emi. Menatap mata yang bersinar itu. Ada cairan hangat yang mula membasahi pipi Emi. Mengalir laju jatuh ke tangan Naz. Naz terkejut.


''Kenapa menangis?''


''Tak ada apa-apa.''


''Maaflah. Okay-okay saya ceria ni.''


Emi memberanikan dirinya memeluk Naz, membuatkan pengkid itu terkesima seketika. Jantung mereka berdegup laju. Bagai ada arus elektrik yang mengalir dalam darah mereka. Naz meleraikan pelukan itu lantas menarik tangan Emi keluar dari kamar dan menuju ke ruang tamu, melabuhkan punggung masing-masing ke atas sofa empuk milik neneknya. Emi duduk kaku memandang tv, sementara Naz mencapai remote control dan menghidupkan televisyen tersebut. Dia kemudian meletakan kepalanya ke atas riba Emi. Tampak seperti pasangan kekasih. 


Emi membiarkan sahaja. Belas melihat wajah kesayangannya itu keletihan, sembap dek menangis seharian. Dia mahu menghibur Naz namun tidak tahu cara apa yang patut dilakukan. Jam di dinding diperhatikan sekali lalu. 15 minit mahu menginjak ke jam 10 malam.


Mata Naz tak lekang dari televisyen, program kegemaran Naz malam-malam begini. Rancangan masakan yang memaparkan bagaimana sesuatu yang berkaitan dengan manisan dihasilkan. Rasa lapar menjengah perutnya namun dia diamkan sahaja. 


Tangan Emi kini bermain-main dengan bibir Naz, lembut menggeselkan jari-jemarinya ke bibir Naz, mahu mencuri perhatian Naz. Mahu dia diperhatikan. Kali ini dia berjaya, Naz menoleh dan mata mereka saling bertentangan. Jari jemari itu segera menarik hidung Naz yang sudah agak mancung. Emi ketawa kecil, geli hatinya membuli Naz. Dalam hatinya terdetik rasa gembira. 


''Awak.. laparlah.. saya nak goreng kentang. Teman jom ?'' tutur Naz manja. 


''Jom. Saya pun lapar hehe. Tapi.... Ada satu syarat.'' 


''Syarat apa ?'' Naz kebingungan.


''Awak kena dukung saya sampai dapur. Boleh ? Kalau tak boleh, saya taknak teman.'' tegas Emi sambil menjelirkan lidah seakan keanak-anakan, menjelaskan kemanjaannya. 


''Itu je syaratnye ?'' Naz tersenyum sinis lalu mendukung gadis itu ke dapur. 


''Berat jugak awak ni. hahaha'' tegur Naz apabila sampai di tengah-tengah ruang dapur. 


''Mana adalah.... Ala... jangan tegur.. malu itew. '' Emi hanya tersenyih. 


''Cepatlah kata lapar.'' tambahnya lagi. 


Naz menggoreng kentang manakala Emi menyiapkan pinggan. Mayonis dan sos cili dicapainya dan dihidangkan diatas pinggan. Idea nakal menerjah pemikirannya. Emi mencolek sedikit mayonis menggunakan jarinya. Dia memeluk Naz dari belakang dan menyapukan mayonis tersebut ke pipi dan hidung Naz. Menyedari hal itu, Naz cuba membalas dendam namun Emi lebih pantas meloloskan diri. Bermulalah adegan kejar mengejar keliling meja makan. 


''Mana nak lari ha ? '' kata Naz sambil meledakan ketawa jahat. Seakan-akan perogol bersiri menemui mangsa. 


''Awak nak buat apa kejar saya ni... Saya tak buat salah lah awak.. hehe. Dah-dah jangan kejar saya.  :D '' 


Naz terlalu pantas, tangan Emi sempat dicapai membuatkan Emi tak mampu melarikan diri lagi. Naz merangkul erat tubuh Emi dari belakang dan mencapai pinggan berisi mayonis itu lantas menyapu ke bahagian dahi dan hidung Emi. Emi membiarkan sahaja sambil memerhati kelakuan Naz, dia tidak melawan malah merelakan. Naz menyedari gadis itu tidak melawan, mata Emi kini ligat memerhati dirinya. Naz berhenti daripada aktivitinya. Wajah mereka semakin hampir. Nafas mereka dapat dirasakan antara satu sama lain. Namun adegan itu tergantung. Naz tersedar dari mimpi indah itu, bau hangit menusuk hidungnya.


''Kentang.!'' serentang perkataan itu terpacul dari mulut mereka.


Mereka saling berpandangan. Mata mereka serentak memandang dua cawan diatas meja. Menunggu maggi cup itu sedia untuk dimakan. Mata mereka bertentangan kembali. Naz tersenyum melihat muka Emi teruk dilumuri mayonis. Naz bingkas bangun dari kerusi dan mengambil tisu dari kotak dihadapannya dan melutut disebelah kanan Emi. Emi memalingkan tubuh menghadap Naz. 


''Comotlah awak ni, pendek !'' senda Naz sambil membersihkan muka Emi.


''Awak ni nakallah, sayang..'' tutur Emi manja lantas mencapai tisu dan melakukan perkara yang sama.


''Sayang ? Yeke sayang ? Sayang ke cinta ?'' senda Naz lagi.


''Cinta !'' jawab Emi ringkas, meneruskan aktivitinya.


''Hahaha okay.'' Naz meledakan ketawa kecil. Sangkanya itu semua hanya gurauan.


Emi hanya mendiamkan diri. Lembut melakukan usapan pada pipi Naz, tidak mahu menyakiti jika dia memberi tekanan ketika membersihkan mayonis itu. Naz melakukan perkara yang sama. Mereka makan bersama. Selepas makan mereka mandi lagi kemudian tidur berpelukan.



*************

Selesai sarapan, Naz masuk ke bilik dan mengemas barang-barang berkaitan Riana masuk ke dalam kotak, lantas menyimpannya di atas almari pakaian. Emi hanya menjadi pemerhati. Seusainya Naz melakukan perkara itu, dia duduk bersebelahan Emi di birai katil. Tunduk ke lantai kemudian merebahkan badannya diatas katil empuk miliknya. Dia merenung siling. Emi menurut jejaknya. 

''Naz.!! '' jerit Emi, tidak kuat namun mampu mengisi kesunyian kamar itu.

''Astagfirullah'aladzim. Awak ni, terkejut saya tau. Ada apa ?'' Naz mengusap dadanya lalu melemparkan badan mengadap Emi. 

''Awak tu termenung. Entah fikirkan siapa. '' pertanyaan bodoh. Sudah tentu Riana ! - jawabnya kembali didalam hati.

''Fikirkan awak. '' Naz berseloroh lantas mencium pipi Emi. Dia tersengih.

''Awak ni.... gatal tak habis-habiskan ? Ada je yang awak nak buat.'' marah Emi namun terukir senyuman malu diwajahnya. 

''Eleh, tapi ada orang tu nampaknya suka bila saya cium.'' Naz ketawa terkekeh-kekeh.

''Eee... perasannye dia !'' satu cubitan manja singgah di bahu Naz. 

Naz tersengih. Gelagat bersama Emi membuat dia lupa akan masalahnya, sakit hatinya, kelukaannya. Naz tidak terasa mahu keluar bersiar-siar, dia menunggu masa untuk ke cafe. Meneruskan kerjanya. Dia tidak mahu hal peribadinya mengganggu konsistensi sebagai seseorang yang bekerja. Dia bingkas bangun mengenakan jaket dan cermin mata hitam.

''Jom, nanti nak singgah rumah awak lagi, awak nak bersiap lagi.'' ajak Naz, yang menyedari masa semakin mencemburui untuk mereka bergurau senda.

''Okay.'' Emi menurut.

Mereka memulakan hari itu dengan kegembiraan. Saling menyenangkan hati masing-masing. Naz pula bertekad tidak mahu lagi terserempak atau bertemu dengan yang namanya Riana atau Taufik atau...apa-apa sahaja yang mengingatkannya kepada pasangan itu. Dia tak mahu terluka lagi. Biarlah dia gembira dan meneruskan hidup. Sementara Emi melayan tetamu yang datang dan mengambil pesanan, matanya tak lekang dari menjeling-jeling Naz. 

Naz mendendangkan lagu Chomel, seorang artis yang bermula dari youtube kini telah mengembangkan sayap muziknya ke Malaysia. Ubahlah Sikapmu, sebuah lagu yang benar-benar menggambarkan perasaannya terhadap Riana. Mungkin ini kali akhir dia mengingati Riana. 

Naz menyanyi dan menghiburkan pengunjung cafe itu dengan menyanyikan kebanyakan lagu permintaan pelanggan-pelanggan atau sesiapa sahaja dalam cafe itu. Emi mendekati Naz dan membisik sesuatu.

''Saya nak request. Lagu Dalam Diam Ku Mencintaimu. hehehe '' bisiknya lembut, dan tajuk lagu itu sengaja ditekankan, menggambarkan hatinya terhadap Naz.

''Wow, layan lagu lama ek ? haha okay boleh. Tapi tanya lah band, boleh main ke tak.''

''Diorang dah standby lah. Awak je lambat. hihihi.'' jelas Emi.

Naz menyampaikan lagu itu dengan emosi yang mendalam. Sesekali anak matanya berselisihan dengan anak mata kepunyaan Emi. Dia dapat membaca sesuatu, namun menafikannya. Dia seorang gadis straight, Naz ! Tegas hatinya.

Sebelum pulang, Naz mengajak Emi ke taman yang sering mereka kunjungi. Menikmati keindahan dan kedamaian taman yang dikelilingi pokok-pokok dan bunga, di sinari lampu taman. Mereka menikmati minuman koko panas dari cafe mereka sambil duduk berduaan merenung tasik. Emi melentokkan kepala ke bahu Naz, berpegangan tangan. Ada sesuatu yang tak kena. Naz terasa sesuatu yang pelik dalam diri Emi, sementara Emi gembira berada dekat dengan Naz. Di sudut lain, Naz terasa amat ganjil, tidak pernah dia dapat melupakan ex nya dalam masa sehari.

Ini gila.! Cukup gila ! Jangan kata aku jatuh hati apa dia... Emi !

''Naz... saya sejuk. Balik jom.'' bisik Emi ke telinganya sambil tangan menggosok perlahan pehanya.

''Sejuk ? Kenapa tak cakap awal-awal ?'' Naz segera menanggalkan jaket kesayangannya dan menyarungkan ke bahu Emi. Kerisauan jelas terpancar diwajahnya. 

''Jom balik.'' tambahnya lagi.

Naz menunggang motor dengan perlahan, tidak mahu kedinginan angin malam membeku tubuhnya dan Emi. Emi memeluk Naz erat. Hangat tubuh Naz mendamaikannya. Terpesona dengan cara layanan baik yang diterima oleh pengkid kategori pertama itu. Dia ada semua perkara yang dapat menarik hati-hati gadis songsang jatuh hati padanya. Kata orang full package. 

Naz menghantar Emi ke rumah. Sempat dia mencium nipis dan sekali lalu pipi dan bibir Emi, membuat Emi tersipu malu. Emi juga memberanikan diri menghadiahkan ciuman di dahi Naz. Dia lalu pulang. Nenek masih belum pulang. Dia seorang lagi dirumah. 


Selesai mandi, dia terus menelefon Emi, berbual panjang hingga kedua-dua mereka tertidur tanpa menamatkan panggilan itu. Sehinggalah Emi tersedar jam 3 pagi dan mematikan panggilan itu, namun sempat merakam suara Naz yang mengigau, cakap merapu. 

*************

Sebulan bulan berlalu, Naz kini telah melupakan Riana sepenuhnya. Dia kini lebih senang rapat dengan Emi. Emi juga telah meluahkan perasaannya kepada Naz. Mereka pasangan kini, namun tidak diketahui sesiapa. Pada mata masyarakat dan keluarga, mereka hanyalah teman akrab. Sangat akrab !


Lagi beberapa hari, keputusan SPM akan keluar. Mereka berdebar menunggu keputusan. Masa banyak dihabiskan berdua. Tengok wayang, makan, main boling, joging dan sebagainya. 

Teringat satu hari Emi meminta bantuan Naz membuat kek lava coklat, mengidam katanya. Mahu homemade kek. Jadi memang menjadi namun dapur penuh dengan lambakan tepung, mana taknya, sementara menunggu kek dimasak, mulalah perangai nakal satu sama lain. Mengusik. Bila sorang kena usik, lagi seorang sudah tentu tak akan berdiam diri. Nasib baik ketika itu ibu bapa Emi ke utara Malaysia atas urusan bisnes keluarga. Jadi mereka bermaharaja lela dirumah Emi.

''I love you, pendek.! '' seru Naz sambil mencampakan tepung kepada Emi. 

''I love you too, monyet handsome ! '' balas Emi dan mereka berciuman dibawah hujanan tepung. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.