Sudah seminggu Naz berada di hospital tersebut sejak dia sedar dari komanya. Hari ini dia dibenarkan pulang ke rumahnya setelah doktor memberi jaminan bahawa keadaan Naz sudah stabil dan semakin pulih dari kecederaannya, cuma tangannya yang retak masih bersimen dan berbalut. Nampaknya dia harus menunggu lagi sebulan untuk memastikan bahawa tangannya betul-betul pulih dan dapat digunakan seperti biasa.
Sesampainya dirumah nenek, Naz terkejut apabila sanak saudaranya masih disitu memberi kejutan. Naz melihat sekeliling rumah. Dihiasi belon dan reben, dah macam perti hari jadi. Dia betul-betul rasa terharu. Dia terasa dihargai dan merasakan dirinya tidak keseorangan tatkala ditimpa musibah. Riana dan Emi keluar dari dapur sambil membawa kek. Naz agak terkejut sekali lagi kerana tidak menyangka mereka berdua juga ada. Naz hanya berdiam diri tanpa menyedari airmatanya jatuh membasahi pipi. Riana yang menyedari pipi Naz dibasahi air mata segera meletakkan blueberry cheese cake kesukaan Naz diatas meja. Riana lap air mata Naz dan tersenyum.
'' Welcome home Naz. Kita orang rindu kat kau. '' kata Riana. Membahasakan dirinya sebagai aku dan Naz sebagai kau. Lakonan didepan yang lain. Biasalah. :D
'' Err.. yeke rindu ? Hahaha. Btw thanks. Eh siapa punya idea ni. Susah-susah jelah. '' kata Naz yang mula tersipu malu.
'' Idea ni semua idea kawan-kawan adiklah. Diorang beriye nak buat surprise untuk adik. '' kata ibu Naz pula.
'' Hahaha sebenarnya ni idea Emi. Dia cakap orang sakit ni kena happy-happy baru sihat. So Ana pon setuju aje lah hehe.'' balas Riana menerangkan semuanya.
'' Mana adalah. Memandai je kan ?'' kata Emi sambil menyiku perlahan tangan Riana.
'' Eleh malu pulak. Hahaha. '' seloroh Riana.
'' Err..... okay-okay tak kesah siapa punya idea. Btw thank you semua sebab buat semua ni. Adik hargai. Hehehe'' kata Naz, masih lagi berasa malu.
'' Banyak makanan ni. Jomlah makan. Adik lapar ni. '' tambah Naz lagi.
Selesai makan, waktu pun beransur petang. Saudara mara Naz meminta diri untuk pulang ke rumah masing-masing memandangkan esok para ibu bapa berkerja dan anak-anak bersekolah.
Ibu bapa serta nenek Naz mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian mereka hadir menziarahi Naz. Naz memang selalu menjadi tumpuan mereka, dari kecil hingga sekarang. Mereka menyayangi Naz seperti anak cucu sendiri. Sepupu Naz menganggap Naz sebagai adik mereka, al maklumlah Naz adalah cucu yang paling kecil. Naz menjadi tumpuan kerana kepetahan dan bijaksananya semasa kecil dan kecomelannya menjadi bonus.
****************************
Jam kini menunjukkan pukul 8 malam. Ibu bapa Naz sudah mahu berangkat pulang. Banyak pesanan ibu bapanya kepada Naz. Jaga diri, jangan lupa makan ubat, jangan nakal, belajar rajin-rajin, dengar cakap nenek dan bla bla bla...... Setelah bersalam-salaman, bercium-ciuman, ibu bapanya pun berangkat pulang. Sayu juga hati Naz melihat kereta BMW 5 series meninggalkan halaman rumah neneknya.
Dia menghapus kesedihannya dan melangkah ke dalam rumah. Riana dan Emi masih lagi disitu. Emi dari tadi mendiamkan diri. Seolah-olah mahu menjaga jarak dengan Naz. Naz biarkan saja. Dia sudah cukup terseksa dipukul dan harus menanggung sakit demi Emi. Naz melabuhkan punggungnya diatas sofa, duduk bersebelahan Riana. Nenek Naz didapur.
'' Lepas ni aby tak payah risau okay ? Jimmy and kawan-kawan dia dah kena tangkap. Lepas ni kalau ada sesiapa yang kacau aby, bagitahu je kat sayang. okay ? '' kata Riana sambil mengusap rambut Naz.
''Jangan panggil macam tu... Nanti nenek dengar. '' bisik Naz sedikit risau.
'' Okay-okay. sorry. hehe '' Riana mengalah.
'' Bila dia kena tangkap ? Aku tak tahu pon ? '' Naz agak terperanjat. Sangkanya Jimmy masih lagi bebas.
''Macam mana dia kena tangkap ?''
'' Polis jumpa wallet kawanya..............bla bla bla. '' Riana menerangkan dengan panjang lebar. Emi hanya mendiamkan diri dan memandang ke arah tv sambil memegang erat glass ditangannya.
'' Oh macam tu.. '' jawab Naz sambil menjeling ke arah Emi.
Wajah Emi sedikit takut dan serba salah. Dialah punca Naz dipukul. Kata-kata rakan Jimmy yang tahu kejadian sebenar itu kembali terngiang-ngiang di telinganya. Aku punca semua ini.... Ya Allah bantulah aku. Rintih hati Emi.
'' Emi.. Jom balik..'' Riana tiba-tiba menegur Emi dan membuatkan glass yang dipegang jatuh kelantai dan pecah.
'' Ya Allah. Sorry-sorry aku tak perasan... '' Emi yang kelam kabut mengambil tisu dan membersihkan kaca tersebut.
'' Eh tak apalah. Nanti aku bersihkan. Biar sahaja. '' kata Naz yang agak terkejut dengan perlakuan Emi.
Emi terus sahaja membersihkan kaca tersebut. Rasa bersalahnya kian menebal. Sudahlah dia menyebabkan Naz dipukul, kini kaca pula pecah dalam rumahnya. Emi Emi... apalah nasib kau..
Setelah Emi membersihkan kaca tersebut, dia meminta diri untuk pulang. Mereka bersalaman dengan nenek dan Naz. Naz menghantar mereka hingga ke pintu pagar. Naz tidak terlupa mengucapkan terima kasih untuk semua kebaikan mereka terhadapnya.
'' Tuhan aje dapat balas jasa korang untuk aku. Thanks sayang. Muah. '' ciuman Naz hinggap dipipi Riana. Adegan tersebut menerbitkan rasa cemburu dan sakit hati dalam jiwa Emi. Dia hanya mampu menahan.
Mereka pulang menaiki motor yang di tunggang Riana. Riana menghantar Emi ke rumah dan dia terus pulang. Emi masuk ke biliknya dan menangis mengingati Naz dan Riana derta rasa bersalahnya. Bermacam-macam perasaan dalam hatinya. Akhirnya dia tertidur tanpa mandi dan solat isyak.
Tit...tit...tit... Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Emi terjaga, melihat sekeliling dan baru dia teringat dia belum solat isyak. Dia terkejar-kejar bangun lalu mandi dan menunaikan solat isyak dan apabila subuh masuk, dia terus bersolat.
Seperti biasa, selepas solat dia akan mendoakan kesejahteraan ibu bapanya, rakan-rakannya , guru-gurunya serta meminta keberkatan ilmu untuk peperiksaan SPM. Dia mendoakan Naz agar cepat sembuh dan meminta Allah menghilangkan perasaan cinta songsangnya terhadap Naz. Dia mahu berteman biasa sahaja dengan Naz.
***************************
Emi termenung sendirian. Mengelamun. Entah apa dalam fikirannya. Cikgu yang mengajar didepan juga tidak diendahkan.
'' Emilia, soalan 5. Sila selesaikan dihadapan. '' tiba-tiba suara Cikgu Kamelia menghentikan lamuannya.
Dia binggung dan terkejut. She was like.. '' haa ape.. haa?'' Dia memandang Naz disebelahnya.
'' Cikgu suruh buat soalan nombor 5 dekat whiteboard. Pergilah. '' Naz menjelaskan lagi.
'' Oh err... okay..'' Dia berjalan takut-takut ke hadapan. Soalan apa ni ? Dah belajar ke tajuk ni ?
Emi terpingga-pingga melihat soalan itu. Hah padan mukanya. Semasa cikgu merangkan tadi, fikiran dan tumpuannya sedang melayang. Kini dia merasakan, dia pula yang akan melayang kena baling dari tingga 3 ke bawah banggunan ini.
'' Kenapa ?? Tak boleh ? Kan saya dah terangkan contoh tadi ? '' kata Cikgu Kamelia, guru Addmath sekolah mereka.
'' Ada sesiapa nak tolong kawan kamu ni ?'' tambah Cikgu Kamelia lagi, entah kenapa hari ini moodnya baik.
Selalunya apabila dia sudah penat menerangkan sesuatu dan pelajar masih juga tidak faham, darahnya akan cepat mendidih.
''Saya..'' kata Naz dengan pantas. Niatnya hanya mahu menolong Emi, tidak sampai hati melihatnya kena marah.
'' Okay Nazirah, mari ke depan. '' pelawa Cikgu.
Naz menyelesaikan soalan addmath itu dengan mudah sekali. No wonder. Budak elit. Selesai sahaja Naz menulis di papan putih, loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula. Cikgu Kamelia sempat meminta anak muridnya menyiapkan kerja yang diberi kemudian melepaskan mereka untuk ke kantin.
Riana memimpin Naz yang masih berbalut tangannya ke kantin. Emi awal-awal lagi sudah menghilangkan diri. Emi pergi ke surau seorang diri dan duduk disitu. Dia tidak terasa mahu makan mahupun minum.
'' Emi mana ? Tak rehat ? '' tanya Naz kepada Riana. Merasakan suatu kehilangan bila Emi tiada bersama mereka.
'' Entahlah. Lepas habis kelas tiba-tiba sahaja hilang. Dia pergi koop kot ( koperasi sekolah) . '' jawab Riana yang sendiri tidak tahu dimana sebenarnya Emi.
Habis sahaja rehat, semua pelajar masuk semula ke dalam kelas. Sudah 15 minit rehat tamat, Emi masih tidak masuk ke kelas. Riana duduk ditempat Emi, bersebelahan Naz. Mujur cikgu yang mengajar Pendidikan Kesihatan tiada hari ini, bolehlah Riana bersembang lagi dengan Naz. Tak lama kemudian Emi masuk ke kelas. Riana bangun dan memberi Emi duduk memandangkan muka Emi sangat pucat.
'' Kau okay tak ? Kau pergi mana ?'' tanya Riana.
'' Okay. '' jawab Emi sepatah.
''Bangun...'' ketua kelas bersuara. Pengetua masuk kekelas, memberi kata-kata motivasi untuk pelajar untuk terus berlajar, pelajar form 5 memang macam ni. Semua duduk di tempat masing-masing.
Memandangkan meja Naz dan Emi jauh dibelakang, pengetua tidak perasan bahawa Emi tidak memberikan tumpuan malah dia menangkupkan kepalanya diatas meja. Naz hanya memandang Emi. Kemudian Naz pun melakukan perkara yang sama tetapi sambil memandang Emi.
'' Awak okay tak ? '' tanya Naz dengan suara yang perlahan, tidak mahu didengari oleh pengetua mahupun rakan-rakan.
Emi yang terkejut, memandang pula Naz. Mereka kini saling berpandangan. '' Okay '' jawab Emi sepatah.
Naz merapatkan kerusinya dengan Emi. Mereka kini lebih rapat. Naz bersandar di kerusi dan menyandarkan Emi dibahunya. Emi terasa melayang bila Naz membiarkan mereka begitu sambil mengusap kepala Emi. Riana menoleh ke arah mereka. Riana CEMBURU.!
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.