Part 11 : Orang Ketiga
Bibir mereka kuat berpaut. Hanyut dibuai perasaan masing-masing. Emi menolak perlahan tubuh Naz namun tidak sesekali melepaskan bibir Naz yang cukup sempurna pada pandangan dan perasaannya. Tubuh Naz rapat menyentuh dinding. Ciuman mereka makin hangat, Emi semakin handal memainkan peranan menerokai segenap ruang mulut Naz. Naz membiarkan sahaja, terlalu asyik dengan belaian dan kucupan Emi. Setelah puas dan kepenatan, Emi melepaskan bibir Naz.
''Wow ! Amazing ! Mana awak belajar ni ? Awak berlatih dengan siapa ? '' puji Naz dalam sindiran sambil tersengih.
''Ha jangan nak merepek. Saya belajar kat internetlah. First awak kiss saya, saya dah belajar tau :D Awak lah cikgu saya.'' balas Emi. Pipinya tampak kemerahan. Dia segera memeriksa kek lava itu. Ternyata sudah cukup masak.
Naz membantu Emi menghidangkan kek tersebut diatas piring kecil. Ibu Naz adalah seorang business woman yang membuka butik pakaian dan pengalamannya dalam bidang masakan telah membuatkan dia membuka bakery di Sarawak, tempat Naz sekolah dahulu. Di Sarawak makcik Naz yang menguruskan perniagaan itu dan Naz pula kerap menolong makcik dan pekerjanya membuat kek. Jadi Naz tahu akan selok belok perniagaan, teknik masakan , pastri dan hiasan. Tidak hairanlah jika Emi meminta bantuan Naz.
Naz menghias hidangan itu bagi menambah seri. Dia mahukan kesempurnaan dalam setiap perkara yang dia lakukan. Sentiasa kemas dan cantik. Tengok sahaja biliknya, sentiasa teratur dan bersih.
''Awak... Tak payah lah nak deco sangat kek ni. Kita je yang nak makan. Ayoyo awak ni.. '' tegur Emi lembut dan mencuit hidung Naz.
''Awak.. memanglah kita je nak makan, tapi bila kek ni cantik, kemas baru kita lebih berselera kan ? Come saya ajar awak deco. '' Naz memandang Emi dan menarik tangannya.
********
Emi membelek-belek gelang tangan pemberian Naz dahulu. Rasa rindu terhadap pengkid itu. Sudah jam 11 pagi. Lagi satu jam Naz akan pulang dari kelas silatnya dan mereka boleh bertemu. Naz mengambil keputusan untuk menghadiri kelas silat sebagai pertahanan diri. Dia mahu bersedia sekiranya diserang lagi seperti peristiwa Jimmy memukulnya. Jimmy sudah bebas sebelum peperiksaan SPM lagi. Naz risau akan keselamatan dirinya dan Emi jika Jimmy masih berdendam dengan dirinya.
Telefon Emi berdering, mematikan lamunannya. Pada skrin telefon terpapar nama Riana. 'Mahu apa dia ni ?' Hati Emi bersuara. Segera dia menjawab.
''Hello...'' jawab Emi malas.
''Hai kawan. Hhehe.'' suara lembut Riana mula kedengaran.
''Ye.. nak ape.?''
''Lah tak boleh aku nak call ? Dah lupa aku ke cuti panjang ni ? Dah lama kita tak keluar kan ?'' nada sedih Riana.
''Mana ada lupa. Aku lupa kau ke, kau lupa kitaorang ? Sejak ada boyfriend tak pernah pun jumpa kita orang. Lagi pun aku kerja. Kau yang tak kerja tu kemana ?'' sindir Emi.
''Hmm... Yelah.. Salah aku, aku minta maaf. ''
''Kenapa minta maaf kat aku ? Bukan aku yang kau sakiti.'' sinis Emi melontarkan kata-kata itu.
''Emi... aku dengan Taufik dah break up ...'' perlahan lontaran suara Riana.
'' Pulak dah ? Kenapa ? Aku ingat tu cinta sejati kau. Apa masalah sampai break ?'' Emi agak terkejut namun cuba mengawalnya.
''Aku.... Dia... dia cuba buat....huh... Aku silap langkah. Aku terlalu percayakan dia.'' tersekat-sekat bicaranya.
''Boleh tak kau straight to the point ? Tergagap-gagap kenapa ? Dia buat apa pada kau ?''
''Dia cuba rogol aku.. Aku sempat lari.. Hm aku malu dengan diri aku sendiri.'' teresak-esak Riana. Menangis mengingati peristiwa itu.
Mereka berbual panjang, bercerita tantang Riana dan Taufik. Namun tidak pula Riana menanyakan tentang Naz. Emi juga mengharapkan Riana tidak bersoal tentang Naz, dia tidak mahu Riana merampas Naz kembali daripadanya.
''Ambil result nanti kau pergi dengan aku boleh ?'' pinta Riana.
''Aku..aku tak boleh bagi keputusan sekarang. Nanti aku inform kau. Aku kena pergi ni. Ada kerja. '' Emi memberi alasan sebaik sahaja mendengar deruan motor yang amat biasa pada pendengarannya masuk ke perkarangan rumah besar itu.
''Oh okay. Jangan lupa inform aku. Bye. '' penggilan dimatikan.
Emi terkocoh-kocoh keluar mendapatkan Naz seusai bersalaman dengan ibunya. Naz hanya menunggu diatas
motor. Emi lalu naik motor itu dan mereka berlalu pergi.
Ramai orang di mall itu. Mereka sedia maklum kerana hari itu adalah hari minggu. Pastinya ramai yang datang menghibur diri sebelum kembali bekerja esoknya. Naz membeli tiket wayang. Masih ada setengah jam sebelum tayangan bermula. Emi pula membeli popcorn. Usai membeli tiket, Naz melabuhkan punggungnya di kerusi berhampiran dengan pusat tayangan, memerhati sekeliling.
Pandangan Naz tertumpu pada seorang gadis yang tidak asing padanya. Aulea Shakira. Antara gadis yang aktif dalam bidang kokorikulum, sama sepertinya. Aulea bersifat gedik dan suka merapatkan dirinya pada Naz. Membuatkan Naz agak geli untuk rapat dengannya dek sikap gedik yang terlampau.
''Hi.! Awak pun ada dekat sini ? Tengok movie ke?'' sapa Aulea bila perasaan akan kehadiran Naz.
''Err hi.. eh tak lah. Saya joging lah dekat sini. Hahaha.'' senda Naz.
''Awak ni suka main-mainkan. Hehe.'' Aulea meledakan ketawa kecil sambil menepuk tampar bahu Naz, teserlah kegedikannya.
Emi hanya memandang dari jauh dengan perasaan geram. Sangkanya Naz sedang menggatal. Dia pantas menghampiran. Naz yang perasan akan perubahan pada wajah Emi memerhati sahaja langkah gadis itu yang kian menghampiri dia dan Aulea.
''Eh ada Emi.. Korang datang berdua ke? Mana Riana ?'' tegur Aulea.
Kini giliran wajah Naz pula yang berubah. Mendengar nama itu terpacul dari mulut Aulea, serta merta fikirannya bagai memaparkan apa yang pernah dilihatnya dahulu. Sekali lagi hatinya remuk, bagai kaca jatuh ke batu. Emi pula memandang Aulea dengan pandangan yang cukup serious namun berlagak tenang.
''Dia tak ada. Tak dapat join.'' kata-kata itu tersembur dari mulut Emi lantas menarik lengah Naz yang masih berdiam.
Mereka mengambil tempat seperti yang tertera dalam tiket. Orang ramai memenuhi segenap penjuru bilik wayang itu. Cerita masih belum bermula. Naz masih berdiam diri. Emi memandang wajah Naz. Dia cukup tidak suka bila Naz mencuka begini. Hatinya mula panas dengan Aulea. Kalau tidak kerana perempuan itu, sudah tentu dia dapat bermersa dengan Naz sekarang.
''Sayang.. kenapa ni...'' Emi menggenggam tangan Naz.
''Ha ? Tak ada apa lah. '' Naz berlagak tenang.
''Kalau macam ni baik kita balik je. Tak de point pon duduk macam patung. '' rajuk Emi.
Naz menghela nafas panjang. ''Okay-okay. Sorry. '' Naz lantas mencium tangan Emi. Mata mereka bertentangan. Naz tersenyum.
Hari itu mereka menghabiskan masa bersama. Emi meminta izin Naz untuk pergi mengambil result dengan Riana. Emi menjelaskan bahawa hubungan mereka adalah rahsia jadi dia dan Naz tidak boleh dilihat selalu bersama jika didepan rakan-rakan. Naz tidak kesah cuma dia mahu Emi berjanji untuk setia padanya. Emi bersetuju dan berjanji tidak akan melukakan hati Naz.
''I love you, cik pendek !'' ucap Naz setelah membuka helmet untuk Emi.
''I love you too, monyet handsome. Hihi. Bawa motor hati-hati ye my dear ?'' pesan Emi sambil mencubit pipi Naz. Naz pulang.
******
Tiba hari yang dinantikan. Result SPM telah keluar. Naz bersiap-siap. Kali ini dia perlu memakai tudung. Takkan dia mahu menonjol diri sebagai seorang pengkid disekolah dan depan guru-gurunya, apa pula kata mereka nanti. Ayu wajahnya bila bertudung. Orang cantik pakai apa pun sesuai.
Naz menunggang motor, apabila masuk ke simpang sekolah, dia melihat Aulea berjalan kaki sendirian. Rumah Aulea dekat dengan sekolah. Naz memberhentikan motornya.
''Nak tumpang ? Jomlah. Nanti penat awak mendaki bukit. '' pelawa Naz.
''Okay. Terima kasih sayang. '' ucap Aulea sambil mengenyitkan mata terus membonceng motor Naz.
Naz terkesima sebentar, mereka meneruskan perjalanan. Deruman motor Naz yang kuat itu menarik perhatian ramai pelajar yang sudah berkumpul di dataran sekolah, tidak kecuali Emi dan Riana. Maklumlah motor baru, berkuasa tinggi hadiah daripada parentsnya. Hati Emi meronta. Sakit melihat Aulea memeluk tubuh kekasihnya.
What are you trying to do, bitch ?!! Yang pengkid aku ni pon satu. Melayan perempuan tu kenapa? Gatal betullah.! Aku ni tak cukup dah ke ? Suruh orang setia, dia ?! Ish ! - bentak hati Emi.
Riana memerhati Naz. Rindu akan Naz. Dia ingin kembali pada Naz. Namun bila melihat Naz bersama Aulea, dia sangka Aulea adalah kekasih baru Naz. Hatinya hancur. Dia merasakan inilah balasan kerana menyakiti Naz yang tulus menyayanginya dahulu.
Mata Naz dan Emi bertentangan. Naz mula risau Emi akan fikir bukan-bukan akan dia dan Aulea. Belum sempat Naz melarikan diri dari Aulea, gadis itu sudah erat memeluk lengannya. Naz menjeling ke arah Riana. Riana tersenyum namun hampa kerana Naz melemparkan pandangan kurang senang terhadapnya. Emi menarik tangan Riana masuk ke dewan sementara menunggu pengumuman.
Emi memberi SMS kepada Naz.
Sukalah ada awek keliling pinggang.- Emi.
Mana adalah.. Jangan fikir bukan-bukan. Saya tumpangkan dia je tadi.- Naz.
Tumpang ? Oh laju betul awak bawa motor sampai kena peluk rapat-rapat. Oh lupa takut awek kesayangan jatuh kan ? Faham dah. - Emi.
Awak.. Saya tak expect pon dia akan peluk saya macam tu. Saya ada awak sorang je lah. Percaya saya ? Please..- Naz.
Emi tidak membalas lagi. Kata-kata Naz tidak cukup untuk meyakinkannya. Naz, Emi,Riana dan beberapa orang pelajar lain memperolehi keputusan cemerlang. Naz, Emi, Syafiq, Ridhuan dan Chandran memperolehi straight A's dan dinobatkan pelajar cemerlang kerana berjaya dalam bidang akademik dan kokurukulum manakala Riana dan enam orang pelajar lagi sekadar memperoleh 9A sahaja. Riana tampak sedikit sedih kerana tidak dapat mengalahkan Emi. Masing-masing menelefon ibu bapa mereka yang tidak dapat hadir, tidak terkecuali Naz.
''Assalamualaikum. Hello ibu....'' nada Naz kecewa, dibuat-buat.
''Waalaikumussalam. Ye sayang. Dah dapat ? Lama ibu dan ayah tunggu adik call tau..''
''Hurm...dah...''
'' Kenapa sedih ni sayang ? Adik dapat berapa..'' tidak sabar ibu Naz mahu tahu.
''Maafkan adik.... '' Naz menekan suaranya, seakan-akan ingin menangis.
''Alala anak ibu. Jangan nangis ye sayang. Tak apalah.. Adik dah berusaha kan ? Bagitahu ibu sayang dapat berapa.? Ibu takkan marah pun.'' Puan Julia cuba menenangkan dan memujuk anaknya itu.
''Adik... adik dapat.... hurmm malu nak cakap... adik dapat straight A je ibu... hehehe''
''What ?? Oh my God anak ibu! Straight A je ??? Main-mainkan ibu ya ? Alhamdulillah. Ayah, adik dapat semua A. '' dapat Naz dengari ibu menjerit gembira kepada ayah.
''Adik... '' suara ayah menerjah telinga Naz. '' betul ke? Alhamdulillah. Tak sia-sia anak ayah belajar ye ? Adik cakap je adik nak apa, nanti ayah belikan. You mention it. Whatever you want. '' jelas Encik Nazri kegembiraan.
''Ayah dan ibu mungkin sampai sana malam. Nanti adk cakap adik nak apa. Ayah beli. ''
Setelah berbual panjang dengan perasaan gembira, Naz mematikan panggilan kerana ibu dan ayah ada kerja yang perlu diselesaikan.
Emi yang melihat Riana agak muram cuba memberi dorongan agak tidak putus asa dan menasihati Riana agar bersyukur. Markah mereka cuma dibezakan dengan 1A sahaja. Naz menghampiri mereka.
''Hi. Tahniah. '' Naz menyapa Riana dan menghulurkan tangannya untuk bersalam.
''Terima kasih. Tahniah, awak hebat Naz.'' Riana menyambut tangan Naz. Emi tenang.
''Naz... saya minta maaf sebab...'' Riana tidak sempat menghabiskan ayat nya.
''Lupakan lah. Saya okay. :) '' ujar Naz.
''Hi Naz sayang... congrate! Gila hebat awak ni, dah lah comel. Hihi. Cair saya dengan awak. '' Aulea menyapa.
'' Er terima kasih. Saya bukan hebat sangat, ramai lagi kawan-kawan kita yang hebat. Emi pon hebat juga, Riana pon. Awak pon hebat tau.. Kita dapat atas usaha kita. '' Naz merendah diri.
Naz pulang ke rumah. Hari ini neneknya masak bermacam-macam lauk kesukaan Naz. Dari luar sudah terbau masakan nenek. Gagah lagi orang tua itu menyediakan pelbagai hidangan. Naz menapak masuk ke rumah. Jam didinding dipandangnya sekilas. Hampir jam 5 petang. Lama betul dia di sekolah. Ramai yang menemu ramahnya. Orang yang dulu tidak pernah menegurnya, tadi paling ramah dan macam-macam lagi ragam rakan-rakan sekolahnya itu.
Dia ke dapur. Nenek hampir siap masak. Pelbagai hidangan. Cuma yang belum tersedia adalah air minuman. Dia terfikir untuk membuat minuman dari resipi makciknya yang ada di Sarawak.
''Nek, nanti air biar adik yang buat ya ? Nenek rehat je. Penat masak banyak-banyak. Hehehe. Adik pun nak buat puding untuk desert. Hehe. '' ujar Naz.
''Ye lah. Tahniah cucu nenek. You've made us proud of you. '' nenek memuji. Nenek memang fasih berbahasa inggeris kerana dahulu dia bersekolah di sekolah inggeris semasa Tanah Melayu dijajah British.
Menjelang malam, dalam jam 8.15 pm ibu dan ayah Naz sampai. Naz menolong mereka mengangkat bag dan makanan.
''Fuyo.. Banyaknye beli ? Nenek masak punyalah banyak. '' Naz terkejut bila ibunya menyuruhnya membawa masuk plastik berisi kfc, satay dan pizza hut itu. Terkocoh-kocoh Naz membawanya sekali gus. Berat. Terlalu banyak.
''Kita boleh ajak kawan-kawan adik, siapa tu? Emi dan Riana. Ha suruh bawak keluarga sekali. Jiran-jiran pon adik boleh panggil.'' ujar ayah Naz. Lalu menbantu anak kesayangannya itu.
Naz mengajak Emi, Riana dan rakan-rakannya, sesiapa yang berkelapangan untuk datang kerumahnya malam itu. Nenek Naz juga mengajak jiran mereka. Naz makan bersama Emi dan Riana.
credit to Cik Es [klik disini] kerana membantu saya dalam menjayakan hasil penulisan remaja ini. Terima kasih Cik Es :D Happy Birthday !