So macam title di atas tu. Muslim and Non-muslim in Malaysia. Ha ? Apakah maksud saya tu ? So macam ni, Malaysian masih lagi ada yang kolot. Mengikut adat. Eh guys, please jangan campurkan agama dengan adat ? Boleh ? Oh tak eh ? >_<
Nak dijadikan cerita, saya pernah mendengar cerita tentang seorang berbangsa Cina, agamanya Buddha. Tapi dia bersekolah di sekolah agama. Sepanjang dia disekolah itu, dia telah menghafal beberapa surah seperti al-Fatihah. Tapi sampai sekarang dia tidak bertukar agama daripada Buddha ke Islam. why ? Mungkin Allah belum buka hatinya. Perhaps satu hari nanti pintu hatinya terbuka dan diberi hidayah. Insya Allah. So nampak tak ? Dalam Islam tiada paksaan. Walaupun si Cina tadi dah boleh menghafal surah tertentu, kita tak boleh paksa dia masuk Islam. Yang penting dakwah itu telah disampaikan.
Cerita seterusnya, tentang seorang Islam. Mungkin perkara ini agak memberi satu tamparan hebat kepada umat Islam tapi terima atau tidak, ini salah satu kenyataannya. Ok mulakan cerita, pernah tak anda lihat, sebuah kereta yang belakangnya dilekatkan sticker di bawah ini :
Ha ... kenapa dengan sticker seperti itu ? Ok, beri peluang saya jelaskan. Di cermin belakang kereta itu ada sticker itu dan menunjukkan dia seorang Islam, mungkin. Tapi tingkah lakunya seperti orang tiada iman. Mengapa ? Apabila jalan sesak sikit, sempit, dia mencelah-celah. Tekan hon selama yang boleh yang menunjukkan dia marah dan tak sabar. Itukah sikap orang Islam ? Tepuk dada tanya hati.
Sering kita melafazkan, ''Islam is the best religion'' tapi mengapa SEGELINTIR umat Islam bersikap tak matang begini ? Bukankah kalau kita mahu menunjukkan keindahan agama kita, kita harus menjadi contoh terbaik ? Tidak kiralah siapa kita.
Bagilah mereka yang bukan Islam mendekati agama kita untuk kebaikan dan mengetahui keindahan dan keistimewaan Islam itu sendiri. Soal mereka mahu tukar agama atau tidak, terpulanglah pada mereka. Ini tidak, belum apa-apa lagi, mungkin mereka baru menyentuh buku-buku bekaitan agama Islam, kita sudah melemparkan kata-kata kesat, seperti '' woi, kau bukan Islam mana boleh pegang buku tu ! '' atau '' eh, kau tak boleh baca ayat Al-Quran ! '' Kalau memang betul itu sesuatu yang salah, tidak bolehkah kita menegur mereka dengan cara yang berhemah ? Bukankah manusia sekarang sudah tahu tentang tamadun ? Atau masih ada manusia tak bertamadun ? Jadi renung-renungkan lah.
Saya mungkin tidak begitu pandai tentang hal keagamaan tetapi ini hanyalah pendapat saya. Maaf sekiranya terkasar bahasa. Assalamualaikum semua.
ORIGANAL,
FY_08


No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.