my guest

Thursday, 14 March 2013

rojakpanas: Andai hari ini aku pergi

Assalamualaikum semua. hye, korang sihat ? aku tak berapa sihat. rasa nak demam. hatipun rasa sedih. airmata mengalir tanpa sedar, aku menangis. tapi syukur alhamdulillah, aku masih boleh hirup udara segar di muka bumi ini.

Hari ni, tak ada  yang istimewa, sebaliknya hari ni aku macam kehilangan seseorang yang aku sayang. Aku rindu sangat kat dia. Walaupun dah lama aku sedar, aku takkan dapat curi hati dia, tapi aku tak tahu kenapa aku terus menunggu dan tetap  setia menunggu.

Hari ini, aku cuba jaga jarak dengan dia. Aku tak jalan dengan dia. Aku hanya jadi pemerhati bila dia dan kawan baru dia bersama. Jujur aku cakap, aku jeles tapi aku tak jumpa apa puncanya. Sedaya upaya aku tahan perasaan cemburu aku. Sampailah satu masa airmata aku gugur ke tanah.

Hari ini, aku tunggu dia tegur aku. Aku sangat rindukan dia. Aku nak sangat menatap wajah dia seperti biasa yang aku lakukan. Aku tersungkur tersandung ego. Setiap  aktiviti yang aku lakukan, aku ingat dia walaupun aku sangat sedar dia tak mengingati aku. Aku masih tunggu sehingga petang, tapi apa yang aku dapat. ? Kosong dunia tanpa senyumannya.

Hari ini, aku tunggu dia depan kedai. Aku harap boleh berbaik dengannya dan balik bersama-samanya. Tapi apabila seorang kawan aku bertanya padanya, '' Kau balik dengan fy ke? '' lantas jawapannya, '' Eh sorrylah aku nak balik dengan dia ! Tak ada masa ! ''........ Ya Allah, tuhan saja dapat baca perasaan aku waktu itu. Aku hanya diam menahan sakit di dada.

Hari ini, aku hibur diriku sendiri walau dihati masih menanggung sakit. Aku tak pasti bagaimana harus aku menjalani hari esok. Aku tak nak berhadapan kenyataan yang mungkin aku takkan berbaik semula dengannya.  Tapi aku masih berharap bila aku mati, dia akan mengingati aku walaupun cuma sekali pada hari kematianku.

Hari ini, aku terlalu rindukan dia. Paling kurang sebelum aku pergi, aku dapat dengar suaranya. Aku ingin sentuh tangannya. Aku ingin peluk dirinya. Tapi sayang itu semua hanya lamunan ku sahaja.

Semalam, apabila aku jatuh, dia orang pertama disisi ku. Hari ini, apabila aku lemas, aku hanya melihat dia membelakangi ku. Hari esok jikalau aku menutup mata, sudikah dia menyedekahkan al-Fatihah buatku ?

Salam sayang buat mu teman. Dirimu hanya satu yang pernah hadir dalam hidupku, tak pernah luput dari ingatanku, dan akan sentiasa segar dalam hatiku. Maafkan segala kelemahan ku yang aku tak tahu.

Fy_o8

2 comments:

  1. sabarlah,k...
    yg penting awk kne kuat hadapi dugaan nie

    ReplyDelete
  2. ye. Terima kasih. :) sekarang pun dah ok sikit :D

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.