my guest

Friday, 1 March 2013

rojakpanas: Cinta Terlarang 1

       Malam itu langit tak seperti biasa. Bulan tidak kelihatan, bintang tidak bertaburan. Dalam kesamaran cahaya lampu, Ina menatap gambar bekas kekasihnya, Iwan. Air matanya deras mengalir sederas hujan di luar rumahnya. Ina dan Iwan baru sahaja putus kerana Ina dapat menghidu perbuatan curang Iwan semasa dia dan sahabat baiknya,Natasya pergi menonton wayang. Mereka terserempak dengan Iwan dan skandalnya semasa hendak makan di cafe. Terjadi pergaduhan besar disitu antara Ina, Iwan dan Nadia,skandal Iwan. Natasya hanya berdiam melihat telatah mereka tapi akhirnya bertindak meleraikan pergaduhan mereka apabila Iwan lebih mempertahankan Nadia. Natasya dengan sikap tomboy dan kasarnya menyentap tangan Nadia apabila Nadia nyaris menampar sahabatnya. 

''Kau jangan nak tunjuk belang eh perempuan. Kau tu cuma skandal si jantan tak guna ni saja! '', kata Natasya kepada Nadia sambil menuding jari pada Iwan yang hanya berdiam kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan.

''Jom balik. Tak de guna kau bergaduh demi jantan macam ni.'', Natasya lalu menarik tangan Ina yang menangis teresak-esak.

Dalam perjalanan pulang, Ina  hanya menangis tak berhenti sementara Natasya memandu kereta suzuki swift hadiah dari papa kesayangannya. Natasya ialah anak tunggal  papa dan mamanya.Dia lebih selesa dipanggil Asya. Dengan sikap tomboynya yang kasar dan panas baran, dia juga cenderung meminati wanita daripada lelaki. Perasaan sebegitu hadir tanpa dia sedari sampailah satu masa dia tersedar apabila dia menaruh perasaan terhadap Ina sahabat baiknya,malahan rakan serumahnya dan mereka belajar di universiti yang sama tetapi berlainan kos tetapi dia tidak pernah menyatakan perasaannya terhadap Ina kerana tidak mahu merosak pesahabatan mereka.Natasya ialah anak manja dan dilimpahkan dengan kesenangan dan kemewahan. Ina pula ialah anak kepada salah seorang rakan kongsi papa Natasya. Seperti Natasya, Ina juga seorang yang manja dan mudah terasa. Sifatnya yang lemah lembut dan baik sangat disenangi oleh sesiapa yang cuba rapat dengannya.Ina adalah seorang wanita normal yang hatinya tertarik pada lelaki. 

Pintu bilik diketuk dan dibuka, Natasya sambil membawa segelas air susu dan beberapa keping roti untuk Ina .

''Na, makanlah. Dah dua jam kau berkurung dalam bilik ni. Makan pun kau tak nak. Aku risau kau sakit nanti.'', tegur Natasya sambil meletakkan dulang diatas meja bersebelahan katil Ina.

Ina hanya menggeleng dan masih menangis. Natasya melabuhkan punggungnya disebelah Ina dan menggenggam tangan Ina. 

''Janganlah macam ni. Tak guna kau menangis untuk jantan macam tu, mungkin nanti kau akan jumpa lelaki yang lebih baik daripada dia. Lagipun kau dengan dia belum ada ikatan apa-apa lagi kan ? '', kata Asya sambil mengelap airmata Ina dengan jari-jarinya.

Ina merebahkan kepalanya ke bahu Asya seraya berkata ''Aku sayang dia. Kau tahukan dia dah janji nak kahwin dengan aku. Macam-macam aku buat untuk dia.Sakit hati aku bila dia buat aku macam ni.''

''Dahlah tu, benda dah jadi kan? Now kalau kau betul-betul Ina yang aku kenal, yang kuat,semangat, baik kau makan dulu. Lepas ni kita cerita lagi. Kau nak lepas geram kat aku pun tak apa. okay, budak manja ?'' kata Asya yang cuba menghibur hati orang dia sayangi itu.

''Erm nak kau suapkan. '' rengek Ina sambil membuat memek muka kanak-kanak yang manja.

''Kalau aku tak nak cuapkan?'', gurau Asya,sengaja mahu melihat kecomelan Ina bila merajuk.

''Tak nak tak pe lah ! '', Ina melepaskan genggaman Asya lalu baring dan menutup mukanya dengan bantal.

''Eh.Ala jangan lah merajuk budak manja. Aku geletek nanti baru tahu.'', Asya cuba memujuk kembali taip tak dihiraukan.Melihat Ina tiada respon, Asya terus menggeletek pinggang Ina. Ina cuba menahan tapi tidak boleh kerana Ina tidak tahan geli. Ina berpaling dan mengadap Asya lalu membalas geletekan Asya. Mereka saling bergurau senda dan memukul-mukul dengan bantal sehingga kekabunya keluar. Setelah letih mereka berdua terbaring.Asya melihat Ina dan gembira kerana dapat menghibur Ina walaupun untuk jangka masa yang singkat. Asya bangun dan mangambil roti untuk diberi kepada Ina tetapi roti tersebut telah dicemar oleh bulu-bulu kekabu itu. Asya mengajak Ina turun untuk makan tetapi Ina tidak mahu. Hanya selepas dipujuk barulah Ina mahu turun untuk makan.

Di dapur, Asya membuat makanan kesukaan Ina iaitu sandwich 3 lapis. Asya menyuap Ina seperti menyuap seorang anak kecil. Mereka menyuap sesama mereka.. Malam itu Ina dapat melupakan kejadian siang tadi kerana Asya yang tak putus-putus cuba menghibur hatinya.



#sambung lagi nanti

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.