Tiba-tiba telefon bimbit Ina berdering tanda pesanan masuk. Ina membuka dan membaca pesanan itu. Mukanya tiba-tiba menjadi merah dan hatinya sangat marah. ''Kau tak payah nak tunjuk baik macam kau tiada salah. Jangan nak tuduh melulu, cakap aku curang. Aku tahu kau dekat dengan aku sebab nak kan harta aku saja kan ? tapi maaflah aku dapat tahu rancangan kau dahulu. Dan untuk pengetahuan kau, aku tak heran nak berbinikan engkau. Dasar mata duitan ! Perempuan murahan ! '' begitulah pesanan yang diterima Ina daripada Iwan. Perasaan marah bercampur sedih, bagaimana orang yang paling disayanginya sanggup menuduhnya mata duitan, dan yang paling menyakitkan apabila dia dicop 'perempuan murahan' . Tanpa disangka airmata Ina tiba-tiba mengalir deras dipipinya. Asya yang pelik dan tidak tahu apa yang berlaku, merapatkan tubuhnya dengan Ina. Ditanyakan mengapa Ina menangis, apa yang terjadi ? Siapa yang hantar pesanan tadi ? Apa yang orang itu mahukan ?
Bertalu-talu soalan yang ditujukan kepada Ina dan tiada satu pun jawapan Ina melainkan tangisan yang semakin kencang. Asya merampas telefon bimbit Ina dan dibacanya pesanan tadi. Hatinya tiba-tiba meledak bak gunung berapi hendak memuntahkan larvanya. Tapi mengenangkan orang yang dia sayang sedang bersedih dia melupakan hasratnya untuk berdepan dengan lelaki yang baginya tidak layak mendapatkan hati Ina. Tanpa berkata apa-apa, Asya terus memeluk tubuh Ina. Dibelai rambut dan digosok-gosok belakang badan Ina. Terasa nyaman dan kehangatan tubuh Ina, tapi Asya sedar apa yang harus dilakukan, untuk menangkan Ina ''Dah lah tu . Jangan menangis untuk orang yang tak pernah menangis untuk kita. Membazir je. Ramai lagi orang kat luar tu tunggu kau and kau jangan nak peduli apa dia cakap ok ? Dia tak kenal kau siapa. Bila dia kenal nanti, dia tahulah siapa mata duitan, siapa perempuan murahan. '' Asya melepaskan pelukannya dan mengelap airmata Ina menggunakan jari-jarinya.
''Hati aku sakit kau faham tak ?'' bentak Ina dan menepis tangan Asya. Asya yang terkejut dengan perbuatan Ina berasa sedikit tersinggung tapi demi kawan baik serta orang yang disayang dalam keadaan sedih, dia mengetepikan perasaannya. Asya menjauhkan diri sedikit dari Ina kerana tidak mahu Ina berasa kurang selesa. '' Aku tahu perasaan kau. Aku sangat faham situasi kau tapi kau kena ingat, bukan kau seorang sahaja yang mengalami masalah begini. Ramai lagi orang diluar sana yang kisah cintanya berakhir begini. Tidak dapat hidup dengan orang yang kita sayang.., '' Asya tunduk,lalu menyambung '' Tak semua yang di inginkan dalam hidup kita akan tercapai, sama juga macam cinta.'' Asya kembali merenung Ina yang dari tadi tertunduk, mungkin memikirkan kata-kata Asya ada benarnya. '' Tapi tak apalah, kalau kau rasa dengan cara kau menangis macam ni boleh buat kau fikir dengan baik, teruskanlah. Aku naik atas dulu.'' Asya berlalu meninggalkan Ina berseorangan diruang tamu.
******
Sudah 2 bulan Ina dan Iwan berpisah. Dalam masa yang sama hubungan antara Asya dan Ina semakin renggang disebabkan Asya masih terasa hati apabila Ina menepis tangannya yang membuat Asya berasa seperti orang yang tidak diperlukan didorong dengan kesibukan masing-masing dalam menyiapkan tugasan kampus. Pada malam itu, jam menunjukkan pukul 1.20 pagi. Bayang-bayang Asya belum lagi kelihatan. Ina yang sedari tadi menunggu mula risau akan kawan baiknya itu. Dalam fikirannya sering terlintas perkara yang tidak baik berlaku kepada Asya. Asya jarang pulang lewat, jika ada urusan yang perlu diselesaikan pasti dia akan memaklumkan kepada Ina. Ina mundar mandir di ruang tamu dengan televisyen yang terpasang.
Setelah lama menahan risau, Ina cuba menghubungi telefon bimbit Asya tetapi taliannya sibuk. Berulang kali dia mencuba tetapi hasilnya tetap sama. Ina semakin risau dan menghubungi rakan rapat Asya. Rakannya menyatakan bahawa setelah selesai bermain futsal, Asya terus pulang tetapi tidak tahu pula yang dia belum sampai. Ina semakin risau. Tidak pernah dia berasa risau terhadap seseorang seperti itu walaupun kawan rapatnya sendiri.
Ina masih menunggu. Fikirannya tidak henti-henti memikirkan hal buruk. Akhirnya setelah semua kekeliruan itu, Ina menjerit kecil lalu menangis. Ina duduk disofa dan berpeluk tubuh. Hampir 1 jam dia menangis memikirkan Asya hingga kering dan bengkak kelopak matanya. Beberapa kemudian dia terlena setelah penat menangis.
Kereta Asya memasuki ruang garaj. Asya memasuki rumah dengan perlahan-lahan agar tidak mengganggu lena Ina yang disangkanya di dalam bilik. Asya meletakkan begnya dan melihat televisyen masih terpasang. Asya pergi keruangan itu dan terkejut melihat Ina yang tertidur disitu. Asya kemudian mematikan televisyen dan mengambil selimut didalam bilik bawah dan diselimutkan Ina. Ina yang belum betul-betul lena terjaga dan membuka matanya. Apabila melihat sahaja orang yang ditunggu-tunggu berada didepan mata, terus di tarik dan dipeluknya. Airmata Ina mencurah lagi tapi ia adalah airmata gembira. Asya yang terkejut dengan perlakuan Ina sedikit janggal tapi boleh membiasakan diri. Asya membalas pelukan Ina dengan penuh sayu dan lembut. '' Kenapa ni ?'' Asya memecah hening setelah sekian lama mereka berpelukkan. ''I miss you'' jawab Ina. ''I miss you too. I miss you so much and I love you. '' tanpa berfikir panjang, perkataan itu muncul dibibir Asya.
Ina melepaskan pelukannya dan mengerutkan dahi. Asya mula tersedar akan ketelanjuran katanya. Dia tunduk kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan. ''Hmm.. aku naik atas dulu. Penat nak rehat.'' elak Asya. Tangan Asya ditarik dan di genggam kemas oleh Ina. '' Apa maksud kau ? Tu sebagai kawan atau apa ? Tolong jujur. Kalau kau jujur aku takkan marah.'' Ina menanti jawapan Asya dengan sabar. ''Er betul kau takkan marah?'' Asya sedikit gagap. ''Betul yang penting kau jujur.'' jelas Ina. ''Hmm... Sebenarnya sudah lama aku simpan perasaan ni. Aku sayang kau. Aku sayang kau lebih dari seorang kawan dan bukan sebagai seorang adik atau kakak. Aku cintakan kau. Aku tahu aku tak patut ada perasaan macam ni tapi aku terlanjur sukakan kau dan lepas ini jika kau menjauhkan diri, aku faham. Aku takkan ganggu dan paksa kau untukterima aku sebab aku tahu cinta aku pada kau salah. Aku minta maaf. Bukan aku sengaja,dah banyak kali aku cuba buang perasaan ini tapi...'' kata-kata Asya terhenti apabila Ina meletakkan tangannya di pipi Asya lalu mengucup bibirnya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.