my guest

Saturday, 2 March 2013

rojakpanas: Lahad Datu

Assalamualaikum semua..
korang sihat ? aku sihat alhamdulillah.. kita sama-sama sihat, jadi kita senyum tak perlu kata apa-apa.. hahaha =D have fun guys.. !

Tapi jangan suka sangat tau... Merujuk kepada tajuk entri kali ini, aku cuma nak bercakap tentang pencerobohan di Lahad Datu yang menggempar warga Malaysia. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina. 

Sekarang bukan itu yang mahu aku katakan. Aku ingin bercakap tentang Malaysian. Yes warga Malaysia sendiri yang suka menyampai-nyampaikan berita yang belum pasti kesahihannya. Dalam masa 24jam ada yang cakap 1 nyawa terkorban, ada yang cakap 2, ada yang cakap 5. Jadi mana 1 kita nak percaya. Cuma ikut sahaja saranan polis. Mereka tahu apa yang mereka lakukan, mereka berpengalaman. Kita sebagai warga Malaysia cuma mendoakan sahaja kesejahteraan pembela tanah air kita agar mereka terus berjuang pertahankan negara.

Tentang berapa nyawa terkorban mohon jangan diheboh-hebohkan. Kita tidak tahu apa bakal terjadi nanti. Apa yang mampu kita lakukan adalah berdoa, berdoa dan berdoa. Pastinya semua orang tidak mahu berasa terancam. Oleh yang demikian , bersatulah Malaysia dibawah payung setia terhadap agama,bangsa dan negara. Kita tidak mahu sejarah jajahan Tanah Melayu berulang kembali. 

Allahu'akbar..!! Subahan'Allah..!! Ya Allah, selamatkan bumi Malaysia. Amin Ya Rabb.

JANGAN SEBARKAN MAKLUMAT DI FACEBOOK ATAU DIMANA-MANA SEKALIPUN 

TENTANG APA YANG ANDA NAMPAK POLIS DAN ATM LAKUKAN DI SABAH. APA 

YANG ANDA NAMPAK ITU ADALAH RAHSIA PERTAHANAN NEGARA .

JIKA ANDA SEBARKAN, SECARA TIDAK SENGAJA ANDA TELAH MEMBOCORKAN 

MAKLUMAT KEPADA PENGKHIANAT NEGARA YANG SEDANG MEMERHATI KITA.

''RAHSIA NEGARA, AMANAH KITA''

ANAK SABAH, ANAK MALAYSIA, PERTAHANKAN SABAH, DOAKAN PASUKAN 

KESELAMATAN NEGARA.

NOTA : SEBARKAN INFORMASI INI ( highlight merah ) KEPADA SELURUH RAKYAT 

MALAYSIA KHUSUSNYA RAKYAT SABAH AGAR MENJADI PERINGATAN. 

sekian, 
Fy _ o8

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.