my guest

Saturday, 2 March 2013

rojakpanas: Harlem Shake

Assalamualaikum... Tak jawab dosa tau.. Jawab dalam hati pun tak pe kan, kan, kan ??
ok.. korang sihat ? aku sihat Alhamdulillah...

hari ini aku nak cakap fasal satu  fenomena. Sebelum ini dunia dikejutkan dengan fenomena tarian Gangnam Style.. semua tahukan apa itu Gangnam Style.. ? oklah, bagi yang tak tahu Gangnam style adalah sebuah tarian yang dicipta oleh seorang penyanyi Korea iaitu dikenali sebagai PSY. Tarian tersebut merupakan gerak berkuda [ eh betul ke ayat aku tu ] apa pun, tarian kuda itu telah mencetus fenomena dengan mencapai 1 billion view di youtube. okay cukup fasal gangnam style kini kita beralih kepada tujuan sebenar aku. Macam tajuk entri ini, HARLEM SHAKE. Haa ? Apa itu harlem shake ? 

HARLEM SHAKE adalah tarian gerak bebas dimana korang hanya perlu menggoyangkan bahu,pinggang dan tangan dengan pantas. Kalau nak diikutkan sejarah terciptanya tarian Harlem Shake ini, ianya merupakan satu tarian dari tahun 80an dari kawasan bernama Harlem di New York dan digunakan dalam video muzik. Pada tahun 2011, nama Harlem Shake ini digunakan sebagai tajuk lagu muzik eletronik yang dihasilkan oleh Baauer dan pada tahun 2013, lagu itu menjadi lagu tema video popular tarian Harlem Shake.




Video viral pertama tarian ini telah dimuat naik pada 30 Januari 2013 dimana sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake. Sehingga kini terdapat banyak video tarian Harlem Shake telah dimuat naik dengan lebih 44 juta view di YouTube. Haha dan kalau korang nak tahu, caranya tarian ini bermula dengan seorang penari memulakan tarian dan diikuti dengan penari-penari lain. Tarian ini di tarikan dengan gaya yang sama seperti penari pertama tadi dan biasanya video tersebut dimuat naik dalam 30 saat. Wow... 




Jadi apa pendapat korang tentang fenomena sebegini ? Bagi aku lah kan, fenomena sebegini hanya menyebarkan pengaruh negatif sahaja. Sekarang, mana-mana aku pergi kalau tak ada benda yang berkaitan Gangnam style atau Herlem shake, memang tak sah. So macam mana ? Fikir sendiri baik buruknya. 

sekian,
Fy _ o8

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.