my guest

Thursday, 28 March 2013

Cinta Terlarang 5

Beberapa minggu selepas kedatangan Aunty G ke rumah mereka, Asya dan Ina mengambil keputusan untuk pulang beberapa hari ke tempat kelahiran Asya. Di samping ingin mengisi cuti, mereka juga ingin berjumpa dengan Uncle Razak, papa Asya.

Pagi itu, Asya dan Ina bersiap-siap untuk pulang ke rumah ibu bapa Asya yang terletak di Cameron Highland. Mereka berdua begitu teruja untuk pulang kerana sudah lama tidak merasa dan menghirup udara segar dan nyaman.  Mereka bertolak pagi itu dengan perasaan yang sungguh gembira. Dalam kereta, mereka asyik berbual tentang tanaman-tanaman yang mereka tanam dahulu. Kali terakhir mereka pulang ke kampung adalah lebih kurang 3 ke 4 bulan lalu. 

Asya memegang tangan Ina sambil sebelah tangannya memegang stereng kereta. Diciumnya tangan kekasih terlarangnya itu. Ina hanya tersenyum dengan tindakan Asya itu. Baginya itu cuma perkara biasa yang dilakukan mana-mana pasangan kekasih. Ina duduk mengiring sedikit menghadap Asya. Ina mencuit-cuit hidung Asya dan memainkan rambut Asya. Ina kelihatan seronok berbuat begitu manakala Asya merasa seperti dibuli. Pasangan itu memang suka bergurau begitu.

Lama perjalanan mereka, terasa lapar menyerang mereka berdua. Mereka berhenti makan di R&R. ''Hubby, jom lah turun. Lapar ni. :( '' rengek Ina. '' Boleh tapi sayang kena bagi cium dulu. hmm macam mana ? hehe '' Asya memberi syarat sambil mengangkat-angkat keningnya.

''Muah !'' satu ciuman melekat pada bibir Asya serta-merta. Lama begitu, Ina sedikit menggigit bibir seksi Asya. '' Aww ! Ish nakalnya sayang ni ye? '' Asya memprotes seperti anak kecil. ''Eleh, sikit je, pon nak marah. hmm dah lah. Lepas ni  tak payah minta cium lagi ! '' rajuk Ina. ''Alalalala.. baby kecik ni dah merajuk pula dia. Jangan lah ngajuk, nanti tak comel. Hubby minta maaf okay ? Hubby gurau je . hehe '' pujuk Asya dengan lembut sambil mengusik-gusik hidung Ina. '' hmm okay. Dah jom g makan. Lapar ni.'' Ina yang selalu cair dengan pujukan Asya terus setuju dan kembali mengajak Asya pergi makan.

Mereka pergi ke restoran-restoran di situ. Terdapat juga restoran makanan segera seperti KFC dan A&W. Ina terasa hendak makan makanan tempatan. Mereka pergi ke satu gerai makan dan membuat pesanan. Ina memesan laksa dan teh limau ais manakala Asya memesan makanan kegemarannya iaitu nasi goreng panas dan jus kiwi. 

Mereka berbual-bual sambil menunggu makanan. Asya menelefon Aunty G memberitahu mereka akan pulang hari ini. Aunty G sangat gembira mendengar berita itu. Tidak lama kemudian pesanan mereka pun sampai. Mereka makan sambil berbual-bual. Adakalanya, Ina menyuap laksanya kepada Asya dan sebaliknya. 

Selesai makan, mereka berehat sebentar dan meneruskan perjalanan mereka. Ina tertidur di dalam kereta hingga sampai ke destinasi mereka. Kedatangan mereka disambut baik oleh Aunty G dan Uncle Razak. Ina yang masih tidur didalam kereta dibiarkan sebentar sambil Asya menurunkan barang-barang mereka. Setelah itu barulah Asya mengejutkan Ina.

Malam itu, selepas makan mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu dan berbual tentang perniagaan Uncle Razak yang semakin maju dan bagaimana perkembangan Asya dan Ina di universiti. Pelajaran mereka baik-baik saja cuma adakalanya mereka terlalu penat dengan tugasan universiti. 

Jam hampir menunjukkan pukul 2 pagi. Papa dan mama Asya sudah lena dibuai mimpi. Begitu juga Ina. Tetapi Asya masih duduk diruang tamu menonton tv.Ina terjaga dan mendapati Asya tiada disebelahnya. Ina turun ke bawah dan melihat Asya diruang tamu. '' B,  kenapa tak tidur lagi ?  Lama sayang tunggu. '' peluk Ina dari belakang dan mencium pipi Asya. Asya yang sedikit terkejut kerana tidak menyedari kehadiran Ina. ''hmm tak ngantuk lagi.'' jawab Asya selamba. ''okay, sayang nak minum air dulu. B nak tak ? '' tanya Ina lagi. ''Tak''  jawab Asya.

Ina menuang air putih ke dalam  gelas dan meneguk sedikit demi sedikit. Terasa segar tekaknya yang kering itu. Ina kembali ke ruang tamu dan mengajak Asya tidur. ''B.... jomlah teman sayang. Sayang takutlah lagipun sejuk. Tak ada siapa nak peluk'' pujuk Ina. ''Kalau b taknak, sayang nak buat apa ?'' ''Sayang taknak tidur dengan b lagi'' jawab Ina lalu terus naik ke bilik. 

Asya mematikan tv dan naik ke bilik. Dilihat Ina sudah baring di katil. Asya melabuhkan badannya sebelah Ina dan memeluk tubuh Ina dari belakang. ''Hubby minta maaf sayang. I love you. Goodnight sweetheart. Sweet dream. '' kata Asya.


5 comments:

  1. hehehe...
    best2.. tp tgh sonok2 teruja bce, habis dah??heheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh tgh teruja tibe2 stop ? tu mkne nye nak suruh tunggu lagi lah tu ... hahaha terima kasih kerana sudi baca ;)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. alahai potong stim laa .. citer bru nak sweet2 .. bru je mood rindu2 ex lama nk dtg ttbe dah hbis . ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha maaf yer.. waktu tu tak sempat sebab ada urusan... apa pun thanks sebab baca. :) nantikan part seterusnya okay ? :D

      Delete

Note: only a member of this blog may post a comment.