my guest

Wednesday, 3 April 2013

Cinta Terlarang 6

         Ina yang disangka Asya sudah lena, tiba-tiba memusingkan badannya mengadap Asya. Mereka saling bertentangan. Mereka berdua dapat merasakan hangat hembusan nafas mereka. Ina memejamkan matanya dan mendekatkan tubuhnya dengan Asya. Apabila dia membuka kembali matanya, didapati bibir mereka berdua begitu dekat. Asya mengucup bibir Ina dengan penuh nafsu.  Tangan Asya mula merayap-rayap dalam baju Ina. Perbuatan Asya berlarutan sehingga mereka berdua benar-benar menikmati malam itu. 

Ina terjaga kerana matanya terasa bagai dipancarkan dengan cahaya yang sangat terang. Rupanya matahari sudah terbit tinggi  dan cahayanya menembusi kaca bilik itu. Dilihat Asya masih nyenyak dan kemas memeluk Ina. Ditenungnya wajah Asya. Dicuit- cuit hidung Asya berkali-kali. Akhirnya Asya terjaga. Asya mengosok matanya beberapa kali. Ina senyum melihat Asya yang seperti keanak-anakan. Dibelai rambut Asya dan dikucup dahinya. Asya senang dengan perlakuan Ina itu. Mereka saling berpelukan.

''Sayang..'' Asya memecah hening. ''Ya hubby. Ada apa ?'' Ina menanyakan takut-takut ada apa-apa yang tidak kena. ''Tak ada apa. Nak cakap thanks je. hehe'' jawab Asya sambil tersengih. ''Laa. Thanks untuk apa pula ni ?'' tanya Ina lagi inginkan kepastian. '' Err sebab bagi hubby fun malam tadi. hehe hubby sayang sangat kat sayang. Saya sayang sayang saya. haha muah. '' Asya menjawab pertanyaan Ina dengan lembut dan menghadiahkan satu ciuman pada dahi Ina.

Hari itu, mereka menjalani hari mereka dengan gembira sekali. Bermacam aktiviti mereka lakukan antaranya, berbasikal keliling kawasan tempat tinggal itu, menjenguk hasil tanaman mereka, bermain-main dan bergurau di ladang teh dan mereka juga pergi ke satu tempat seperti tasik dan menghabiskan waktu bersama. 

Ditasik berkenaan terdapat banyak rama-rama. Mereka berdua baring diatas jeti dan memandang langit. Mereka berdua membayangkan kehidupan mereka sebagai sepasang suami isteri. Bagaimana pun mereka sedar, apa yang mereka impikan itu tidak akan menjadi kenyataan. Mereka berdua malahan ketawa apabila membayangkannya. 

******

Hubungan Iwan dan Nadia semakin renggang akibat daripada pertelingkahan yang berlaku. Ada kalanya Iwan cemburu apabila Nadia terlalu rapat dengan kawan-kawan lelaki nya. Ada kalanya Nadia tidak puas hati kerana merasakan Iwan terlalu mengokongnya. Hati Iwan masih buta, masih tidak menyedari yang Nadia hanya ingin memanfaatkan duitnya sahaja. 

Apabila Iwan ke perjabatnya, dan Nadia tidak mempunyai kelas, ada saja lelaki yang akan dihubungi Nadia untuk menemaninya. Jadi tidak hairanlah Nadia dicop 'play girl' di tempat pengajiannya. Cuma Iwan masih menidakkan kenyataan. Mungkin mata dan hatinya telah tertutup dengan cinta palsu Nadia terhadapnya.

Sejak berteman dengan Nadia, Iwan sering tidak dapat memberikan perhatian terhadap kerjanya. Prestasinya semakin menurun. Manakan tidak, setiap malam Nadia mengajaknya keluar berfoya-foya. Walaupun telah beberapa kali ditegur oleh boss dan rakan-rakan sekerjanya, Iwan tidak pernah mengambil kesah. Nasihat rakan-rakannya ibarat mencurah air ke daun keladi. 

******

Aunty G keluar menaiki kereta kerana telah berjanji untuk bertemu dengan rakan-rakannya . Mereka melakukan aktiviti biasa. Pergi ke salun atau spa, shopping atau sekadar  duduk bersama dan berbual. Aunty G banyak menghabiskan masa bersama rakannya kerana Uncle Razak sering kali pulang lewat dan selalu outstation. 

Asya menyiarap di atas katil di biliknya sambil melayari internet. Asyik benar dia melayani laman sosial twitternya sambil mendengar lagu. Sekali-sekali memandang ke arah bilik air untuk memastikan Ina sudah siap mandi atau belum. Jadi dia menggunakan masa itu  untuk membaca cerita-cerita lucah lesbian. Bukannya apa, Ina memang baik melayan nafsunya cuma kadang-kadang Ina tidak suka bercakap tentang itu. Entah apa sebabnya.

Memang tidak banyak cerita lucah berkenaan lesbian di internet tetapi ada juga dua tiga yang tersedia. Apabila didapati Ina sudah selesai mandi, Asya segera menutup tab tentang web itu. Asya berlakon seperti tiada apa berlaku. Dia seolah-olah khusyuk melayan twitter dan facebooknya.

2 comments:

  1. seriously bce sambungan cite nie buat saya tringatkan my ex... And twos rindu die...
    :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. :( lah yeke ? maaflah buat awak ingat kisah lama. tak sengaja. jangan sedih. life must go on. :)
      tapi tak salah kita nak rindu, sebab dia pun pernah jadi pasangan kita. betul tak ? saya pun selalu rasa macam tu :)

      Delete

Note: only a member of this blog may post a comment.