Untuk pengetahuan semua aku di sini bukan mencari populariti tapi cukup sekadar untuk di ingati. Aku tidak meminta lebih dari yang Allah beri tapi cukup untuk penghibur diri. Di sini aku berdiri, menanti dan terus menanti. Bukanlah sekadar cerita ingin aku sampaikan, tapi juga pendapat aku perlukan.
Mungkin aku tidak mempunyai ramai pembaca, tapi peduli apa. Sekali lagi aku tekankan, aku disini bukan mencari populariti, tapi cukup untuk di ingati. Dalam sedar atau tidak, hari berganti hari. Begitu banyak perkara aku lewati, bermacam ragam aku temui. Memang ya aku begitu sibuk dengan hal dunia ini, tapi tidak pernah ku lupa pada penciptaku. Pada dia tempat aku bermohon.
Aku tidak punya ramai sahabat. Aku bukan seorang yang mudah percaya dan ramah. Kadang aku juga tidak tahu siapa aku, yang aku tahu dalam diri dan hati aku, aku mencari sesuatu yang hilang sejak tiga tahun lalu. Wajah itu masih segar dalam ingatan ku. She the reason why I be like this ! Oh no ! Aku tidak akan pernah dapat mengaitkan sesiapa dan kerana apa aku menjadi begini.
Hari berganti hari lagi, masih aku tidak lupa akan wajah itu. Tidak sama sekali ! Masih aku duduk terpaku mengenang kisah lama. Kisah yang mungkin telah lama terkubur dalam hatinya. Tidak buat aku, bagi aku sejarah harus di ingati agar kita tidak melakukan kesalahan sama.
Masih aku duduk terpaku, menanti dirinya pulang ke pangkuan aku. Tak mudah merelakan hati yang terluka. Sedar tak sedar, kini aku tahu, aku menyayanginya. Dalam kekalutan aku mencari siapa dia pada aku, lahirlah satu rasa. Rasa yang aku anggap biasa pada semua. She is my best friend ! Oh tak eh ? Okay , she was my best best best friend. !
Dia perbetulkan di saat salah, selalu ada di saat susah. Tapi tidak sekarang. Aduh ! Sudah tiga tahun berlalu. Masihkah aku duduk terpaku ? Aku hanyut dibuai sejarah. Aku lena diulit masa silam. Sehingga membuat aku terlupa masa depan aku masih telah jauh aku singkirkan. Inikah masanya aku bangun dari kekakuan ini ?
Pendapat aku pinta, ku harap engkau sudi. Setitik dakwat pena ku hargai ibarat segunung budi. Andai aku tidak sempat membalas budimu, izinkan aku ucapkan terima kasih. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.