my guest

Tuesday, 30 April 2013

Risau Kekasih Jauh

Assalamualaikum awak-awak sekalian. *nak cakap awek-awek sebenarnya. Ok nampak macam dah bersarang je blog ni kan ? Tak apalah. =P bukan orang nak tengok.
Hahaha

Hari ini, aku nak berkongsi satu perkara yang mungkin biasa bagi sesetengah pihak dan mungkin juga tidak bagi sesetengah lainnya. Mesti ramaikan yang pernah alami CINTA JARAK JAUH. eleh jangan tipulah cakap tak pernah. haha whatever.   =P








Cinta jarak jauh ni dah banyak pun berlaku dalam masyarakat kita sebenarnya. Okay, apa cinta  jarak jauh ni? Bagi aku cinta jarak jauh ni adalah suatu hubungan di antara lelaki dan perempuan, perempuan dan perempuan, dan juga lelaki dan lelaki. Tak kisah lah antara sesiapa tapi lainnya hubungan ini bila pasangan itu berjauhan tak kira disebabkan apa. Yang biasa berlaku, berjauhan kerana kerja, belajar, atau mungkin jauh tempat kediaman yang menyebabkan mereka jarang dan sukar untuk berjumpa. Namun, jaga-jaga kepada yang sedang bercinta jarak jauh ni, jaga batas pergaulan juga. hihi (^_^)


Cinta jarak jauh ni banyak sebenarnya. Izinkan aku beri sedikit contoh.  ^_~



  • ada yang sudah berkahwin dan hubungan mereka kekal hingga akhir hayat.
  • ada yang putus ditengah jalan. Ada yang disebabkan :- 
  1. orang ketiga
  2. cinta beralih arah
  3. cemburu buta
  4. tiada kesefahaman/masing-masing dok pikiaq hal depa
Untuk pengetahuan semua, cinta jarak jauh ni mestilah berlandaskan kepercayaan yang tinggi dan kesetiaan supaya hubungan itu dapat bertahan dengan izin-Nya. Tapi jangan silap,  tidak mudah ye nak mewujudkan sifat kepercayaan yang tinggi dan kesetiaan yang utuh dalam jiwa seseorang. Kepercayaan itu penting untuk mengelakkan isu cemburu apabila pasangan korang rapat dengan orang lain walaupun orang tu kawan sahaja.

DAN.... kalau korang sedang bercinta jarak jauh, dan tahu pasangan korang tu kuat cemburu janganlah korang terlampau ramah dengan orang disekeliling korang. Jagalah pergaulan dengan kawan-kawan korang supaya tidak berlaku perkara-perkara yang boleh mengundang penceraian atau pergaduhan. Nanti bila dah runtuh satu-satu hubungan tu, menangis pun tiada guna. Bak kata pepatah, sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Eh kena tak ek peribahasa tu ?  =D

Walau bagaimana pun ye, jarak bukanlah penghalang untuk korang berhubungan. Cuma korang haruslah banyak bersabar, saling memahami, percaya, setia, dan yang paling penting jadikanlah Pencipta kita sebagai pengikat cinta. Komited lah pada sesuatu hubungan yang korang jalani ya. InsyaAllah, dengan izin-Nya. (^_^)

Okay sekian sahaja. Kalau sudi membaca, sudi jugalah kiranya tuan hamba meninggalkan komen. haha taknak pun tak apa. Tak paksa :) 

sayang semua,
~~FYo8~~

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.