Kawan-kawan, pernah tak korang ada sahabat baik ? Pernah tak korang rasa hidup korang macam tak lengkap kalau sahabat korang tu tak ikut sama pergi ke tempat yang selalu korang pergi bersama ? Pernah tak ? Aku pernah. Tapi.... dia bukan sahabat aku. Dia cuma kawan biasa.
kawan akan selalu buat kita ketawa.
Kenapa aku cakap macam tu ? Sebab dulu aku pernah kecewa dengan seorang sahabat. Sejak itu aku tak pernah percaya, opps pembetulan aku tak pernah dan tak akan pernah lagi percaya hubungan sahabat sejati. Hingga kini aku masih mencari apa erti sahabat. Doakan aku jumpa erti sahabat itu satu hari nanti ok ? (^_^)
Ok, apapun di sini aku nak kongsi tentang Friendship atau Persahabatan. Mengikut pembacaan aku ye, sahabat ni nilainya tiada bandingan. Seseorang sahabat tu diibaratkan sebagai berlian yang berkilau di antara lumpur-lumpur hitam. Sahabat sejati juga bertanggungjawab, jujur, dan yang paling penting sangat menjunjung erti setiakawan. Wah hebatkan kalau ada sahabat macam tu ? ヽ(^o^)ノ
Kalau korang ada sahabat, dan dia menegur perbuatan salah korang walaupun akan membuat korang tersinggung, terimalah. Kerana tu tandanya sahabat korang tu sayangkan korang. Dia mungkin tak nak korang terus hanyut dalam melakukan perkara yang salah. Korang janganlah melenting dulu. Dengar dulu apa yang sahabat korang tu cakapkan.
Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda : '' Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih daripada kamu mengasihi diri sendiri”. Menurut Imam Ghazali pula, sahabat tu haruslah berlandaskan hati yang bersih. Wah nampak tak kebesaran bersahabat ? Kalau kita kawan dengan orang yang baik, baiklah kita. Dan maaf ye kalau aku cakap, kalau kita kawan dengan orang yang hatinya jahat, maka jahatlah kita. Maaf lagi sekali kalau aku lancang, ye aku pun sedar kadang-kadang dalam memilih kawan, aku juga lalai. Jadi aku mengingatkan diri aku sendiri dan kawan-kawan yang lain. ◉‿◉
Senang je kalau korang nak gembirakan sahabat korang :
- salah satu caranya ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya. Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
- memaafkan kesalahan yang sahabat kita tu pernah lakukan. Pernah dengar tak, memberi maaf tu perkara yang mulia ? Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan sahabat mu”
- korang pun boleh mendoakan sahabat korang. Ustazah aku pernah cakap, lagi baik jika korang doakan sahabat korang tu tanpa mereka ketahui. Tu lah doa paling mujarab kerana malaikat turut mendoakan korang.
So tu lah apa yang aku dapat kongsi dengan korang hari ini. Aku harap korang akan dapat sahabat yang baik. Dan insyaAllah, dengan izinnya, aku pun akan dapat sahabat baik macam tu. hihi (✌◠▽◠)
Sekian saja untuk kali ini,
~~FYo8~~

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.