my guest

Monday, 27 May 2013

Allah telah tunjukkan yang mana baik dan tidak

Assalamualaikum dan hai semua ! ^_^ Sihat ke tak ni ? Dah makan ? Dah mandi ? Kalau dah ALHAMDULILLAH.

Okey aku nak ceritakan pengalaman aku ikut pak cik aku balik kampung semalam. Nak dipendekkan cerita semalam aku ikut pakcik aku balik kampung then pak cik aku berhenti dekat pasar tani sebab nenek aku kirim beli lauk mentah ( ikan, daging, sotong ). Aku tunggu dalam kereta sahaja sebab malas nak turun sebab aku pakai seluar pendek je. Haha

Then bila pakcik aku dah selesai membeli dia pun masuklah kereta. Dia start enjin tapi enjin merengek pula. Bateri weak katanya. Then dah beberapa lama tunggu and cuba start, tak juga boleh. Dia call kawan-kawan dia tapi tak berangkat and ada yang kerja pula.

So ikhtiar terakhir terpaksa lah tolak kan ? Okay, aku sorang je tolak, dia control stereng, NGAM ! ouchh

Then bila dah keluar dari parking, tak juga hidup. Kereta pakcik aku ni menghalang pula kereta yang parking sebelah tadi nak keluar. Orang sebelah tu datang dan.......

''Kenapo dongan keto ( kereta ) kau ni ? '' kata orang sebelah.

Pakcik aku jawab '' Bateri eh weak bang haa. Maaplah yo, buleh tak tolong tolak an ?'' 

Orang sebelah tadi tanpa berkata apa-apa terus kebelakang kereta dan tolak. Aku pun tolak. Selepas melepasi keretanya, dia pun terus blaa tanpa berkata apa-apa. Enjin masih belum hidup.

''Timo ( terima )  kasih bang !! '' pakcik aku jerit cakap kat orang sebelah tu sebab dia dah masuk kereta. entah dengar ke tak.

Then ada seorang lelaki datang dengan kaki yang tenjot. Dia macam kurang keupayaan. Mungkin eksiden, aku tak tahu. 

''Enjin tak hidup ko bang ? '' tanya lelaki itu kepada pakcik aku.

''Aah lah dik. Bateri weak ha. Tibo-tibo buek (buat) hal.'' kata pakcik aku.

''Tak po lah eseyy (saya) tolong tolak an. '' lelaki tadi offer diri.

Aku pun tolaklah dengan lelaki tadi. Akhirnya hidup juga enjin itu. Dan baterinya tidak pernah weak lagi dalam hari itu. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu. Dalam hati aku, Ya Allah, bezanya cara orang nak tolong orang lain ni. Orang yang sempurna fizikal belum tentu ada hati yang sempurna. 

Bila aku fikir balik, aku macam pernah jumpa orang yang tolong pakcik aku mula-mula tu. Dia tu anak seorang imam di suatu kampung dekat Pelangai. Dia tu sombong. Maaflah kalau aku cakap kau sombong ye pakcik, tapi memang betul.

And aku doakan lelaki yang tolong pakcik aku sampai enjin boleh start tu dirahmati Allah. Walaupun dia tak sempurna fizikal, tapi dia masih ada hati yang ikhlas nak tolong orang sampai berjaya. 

So guys, the moral of the story is, janganlah menilai seseorang dari luarannya kerana belum tentu orang yang cantik luar akan cantik dalamnya. And aku doakan juga orang yang sombong tu akan berubah. Amin.

Oh jangan lupa jimat tenaga elektrik dan air ya ? Bekalan dunia semakin berkurangan, tq.

Terima kasih, 
~~FY_O8~~


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.