Riana dan Emilia berjalan dikoridor sekolah sambil berbual tentang kerja rumah yang diberi cikgu. Semalam Riana tidak hadir ke sekolah kerana terlewat bangun. Mereka bagaikan belangkas, dimana ada Riana pasti ada Emilia. Memang menjadi tugasan masing-masing memberitahu apa yang terjadi disekolah jika salah seorang tidak hadir.
''Emilia, itulah budak yang aku ceritakan itu. Comelkan ?'' kata Riana sambil menuding jari ke arah Nazirah atau lebih dikenali sebagai Naz.
''Ha? Dia? Dialah budak baru kelas kita yang aku cakap semalam. Tak pasal-pasal aku kena duduk sebelah dia. Huh!'' Emilia melahirkan rasa tidak puas hatinya apabila teringat kejadian semalam.
**************
''Oh my God ! Hey awak tak ada mata ke nak langgar-langgar orang ? Sekarang saya nak awak minta maaf.'' kata Naz sedikit marah.
''Apa? Kenapa pula saya yang harus minta maaf. Awak tu yang jalan tak pandang-pandang. Lagipun sekarang buku-buku saya yang jatuh bukan buku awak ! Tengok, habis bertabur ! '' protes Emilia lalu mengutip buku-bukunya.
''Eh, dah salah tu mengaku jelah. Marah orang balik kenapa ?! Ish !'' kata Naz dan terus berlalu tanpa menolong Emilia mengutip buku-buku itu.
''Ish ! Bodoh punya budak ! Sombong ! '' bentaknya dalam hati.
***************
Didalam kelas 4 Cemerlang, mata Riana tertumpu hanya pada Naz. Tanpa mempedulikan Cikgu Azmah yang mengajar didepan, Riana tersengih-sengih mengingatkan kejadian kelmarin.
Riana mengenali Naz dua hari sebelum Naz masuk ke sekolah itu. Mereka berkenalan di 7eleven. Pada waktu itu, Riana ingin mengambil sesuatu barang tetapi terlalu tinggi, dan Naz yang menolongnya. Riana seorang remaja yang mempunyai naluri songsang. Naz yang kasar dan berwatakkan pengkid, dirasakan sesuai dengan dirinya.
''Riana. Tolong bacakan muka surat 64.'' arah Cikgu Azmah yang menyedari anak muridnya itu sedang berkhayal, sengaja dia menyuruh Riana membaca buku teks biologi itu. Setelah tiada respon daripada Riana, Cikgu Azmah menghampiri Riana dan menghempaskan buku pengajarannya ke atas meja Riana.
Serta merta Riana terjaga dari lamunannya. Semua mata tertumpu pada Riana. Cikgu Azmah menyuruh Riana berdiri diluar makmal sehingga kelas Biologi tamat. Dia berasa malu apabila mata-mata murid yang lalu lalang didepan makmal itu melihatnya. Selesai waktu Biologi, Riana segera menemui Cikgu Azmah dan meminta maaf. Riana ditegur dan dimaafkan tetapi dia herus berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Pada waktu rehat, seperti biasa Riana dan Emilia akan pergi ke kantin. Setelah membeli makanan, mereka mencari tempat duduk. Semua tempat penuh. Tiba-tiba Naz memanggil Riana dan mengajaknya duduk semeja dengannya. Riana terus menarik tangan Emilia dan duduk didepan Naz. Mereka makan sambil berbual sementara Emilia hanya diam membisu.
''Awak dulu sekolah dimana ?'' tanya Riana.
''Sekolah di Sarawak.'' jawab Naz ringkas. Menyedari Riana yang dari tadi tersengih-sengih kepadanya, Naz melihat-lihat baju dan dirinya. Apa yang tak kena dengan aku ? Detik hatinya.
Emilia hanya fokus pada makanannya. Dalam diam-diam Jimmy memerhati Emilia dari jauh. Jimmy adalah bekas sahabat Emilia, mereka bersahabat sejak berumur 8 tahun lagi. Hubungan mereka bergolak dek sikap Jimmy yang mahu perhubungannya dengan Emilia lebih daripada seorang kawan.
''Hai Emi. Buat apa tu ?'' tegur Jimmy yang datang dari belakang.
''Huh ? Ish tak reti bagi salam ke ha ? Suka kan buat orang terkejut ? Nak aku sakit jantung ?.'' marah Emilia apabila dia disergah begitu. Faham benar dia fiil lelaki itu. Suka menyakatnya.
''Sorry lah adik manis. Janganlah marah nanti tak cantik.'' Jimmy sengaja menduga gadis itu. Adakah dia termakan pujinya. Kalau termakan maka dapatlah peluangnya mendampingi gadis itu.
''Aku tak makan pujilah cik abang.! Dah cepatlah buka buku, kata tadi nak aku ajarkan addmath.'' Emilia tidak sedikit pun terganggu dengan kata-kata manis lelaki itu, dia tahu lelaki itu menaruh minat terhadapnya.
''Kau tak terfikir ke nak ada boyfriend macam gadis lain.? Atau jangan-jangan engkau macam Riana? Les...'' belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Emilia cepat-cepat memintas.
''Engkau cakap baik sikit ye. Aku tak akan terjebak ke dalam dunia sebegitu. Aku, Emilia Arsyad tidak akan berubah pendirian.'' tegasnya dengan penuh yakin.
''So ada peluanglah aku?'' katanya sedikit tersekat tetapi sedikit menekan.
''Jangan mulalah. Sudah berkali aku cakap. Aku mahu fokus pada pelajaran aku. Aku bukan seperti perempuan lain yang hanya memikirkan kesenangan sementara.'' tegas Emilia.
Jimmy masih mengingati kata-kata itu. Sejak itu, Emilia menjauhinya dan menegaskan dia mahu belajar dan tidak mahu diganggu dengan gangguan Jimmy yang selalu mewujudkan suasana yang mendatangkan ketidaksenangan terhadap Emilia, seperti meluahkan perasaannya.
''Apa yang kau menungkan tu, Mie? '' tegur seorang rakan Jimmy. Waktu rehat sudah habis, jadi mereka perlu segara pulang ke kelas.
''Hah ? Tidak ada apa. Jom lah balik kelas.'' sedarnya dari lamunan, Emilia sudah tiada di tempat makannya, barangkali sudah balik ke kelas.
**************
bersambung. time to study. exam is around the conner. sorry guys. i gotta go. originally : afi > blog saya , fb saya , twitter saya . tu saja yang saya ada. youtube tu boleh tengok google acct saya. hehe

.jpg)
.jpg)
.jpg)



.jpg)
.jpg)

