Assalamualaikum.!! perghhhh
lama gila kot tak hapdate my blog kesayangan ni ! hahaha
tau kenapa ?? biar aku jawab sendiri. sebab aku melanjutkan pelajaran dimana aku tak bawapun bersama aku punya lappy. boleh je aku hapdate guna fon cumanyaaku sayang data aku. kakakakaka !!
so now aku cuti sem senanye ! and aku tetiba pikirlak nak isi masa aku memanjakan blog aku ni. so mungkin aku akan tulis se se se cerita pendek.... tapi tapi tapi aku cam tak berniat nak sambung Cinta Pada Angin Lalu. sebab senanye aku pon dah lupa jalan ceritanya. kahkahkah. so kat sini terbukalah, sesiapa yang rasa dia rajin nak tolong sambungkan aku punye cerita tu bolehlah contact aku, kita akan deal lah. hahaha
so... eh lupa !! korang sihat ?? aku sihat ! parents aku sihat !
Alhamdulillah ! winkwink ! em em tu je kot.
oh oh oh lupa, aku nak cakap thanks kat semua readers blog aku ni sebab ade gak ah yang sudi baca coretat aku yang tak indah uh hahaa. aku terkejut jugak ah sebab cinta pada angin lalu tu dapat sambutan sepanjang ketiadaan aku.
okay tu je la.
pss : aku terpikir nak cover lagu memori berkasih by sitinordiana yang tengah panas sekarang ! teringat zaman kanak2 aku dulu. minat giler sampai sekarang ! bye
my guest
Tuesday, 10 November 2015
Sunday, 22 February 2015
Bila Rindu : Bila Saya Rindu Awak
Assalamualaikum...
Bukankah rindu itu lahir daripada perasaan KASIH SAYANG ?
Allah turunkan separuh rasa kasih sayang untuk hamba-NYA.
Dengan kasih sayang itu kita menyayangi dan merindui ibu bapa, adik beradik, sahabat, pasangan dan lainnya
yang pernah atau telah hadir memberi rasa pada hati.
Rindu itu nikmat Allah.
Tidak mudah untuk kita merindu dan menyayangi seseorang yang tiada pertalian dengan kita.
Namun, pernahkah kau rasa ?
Kadang-kala rindu itu sangat sakit...pedih dan menyiksakan.
Kau tahu ?
Ada ketika aku bermohon,
Ya Allah,
Buangkanlah rindu ini jauh-jauh... Ia amat sakit dan perit yang Ya Allah.. :(
Malah kadang-kala,
Tuhanku.... rindu ini... ia melalaikan aku.
Tapi... acap kali tangan ini aku angkat, terulang doaku.
Ya Allah, bisikkanlah rindu ini padanya yang sedang aku rindu.
Agar dia tahu betapa aku sakit menantikannya.
Ya Allah, anugerahkan aku kekuatan dan ketabahan andai
insan yang amat kurindui, tak pernah merindukan aku. :'(
p/s : andai aku yang pergi dulu, jagalah diri. Simpanlah kenangan aku dalam HATIMU, agar nama ku tak pernah luput dari INGATANMU.
Sunday, 1 February 2015
Tina Jittaleela datang Malaysia and Singapore ?!
Assalamualaikum.! Good Morning.
OMG ! Tengok tajuk atas tu, Tina Jittaleela pelakon Yes or No datang Malaysia weh !
Aku godek-godek fb aku jumpa lak 1 post ni. Cer tengok gambaq bawah ni sat.
Ha apa cita ?? :D
OMG ! Tengok tajuk atas tu, Tina Jittaleela pelakon Yes or No datang Malaysia weh !
Aku godek-godek fb aku jumpa lak 1 post ni. Cer tengok gambaq bawah ni sat.
Ha apa cita ?? :D
Tuesday, 27 January 2015
Andai Hatiku Bersuara Lyric - Chomel
Oh Tuhan
Berikanlah aku kekuatan
Menempuhi dugaan-Mu
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima
Andainya hatiku bersuara
Pastinya ia akan berkata
'Cukuplah sayang..
Aku tidak berdaya
Mengharungi segala sengsara'
Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia disisinya
Tidak ku mengerti
Tidak ku fahami
(korus)
Seperti insan biasa
Aku ingin bahagia
Mencintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih...
(ulang korus)
Oh Tuhan berikanlah aku kekuatan
Menempuhi dugaan-Mu
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima
Lagu : Rya Rahman
Lirik : Rya Rahman
Hati Tetap Setia Lyric - SanoTri ( Chomel Cover)
Indahnya waktu bersamamu
Tak pernah kurasa begitu
Senyuman mu menghias kalbu
Tertarik ku dibuai rindu
Harapan ku untuk bersama
Tak mungkin kan dapatku capai
Kerana kau ada pilihan
Ku hanya berserah pada Tuhan
(Korus)
Inginku menjadi, kekasih hatimu...
Ku benar-benar cintakan dirimu
Ingin ku jadikan kau permaisuriku
Bila merenungkan wajah
Kau pancarkan cahaya indah
Dan tak inginnya
Ku terpisah dan berjauhan darimu
Walaupun pilihanmu bukan diriku
Takkan ku rasa hampa
Ku hanya ingin melihat
Kau bahagia dan tersenyum
Ulang Korus
Seandainya engkau diluka
Biarku menjadi sandaranmu
Walaupun engkau bukan milikku
Aku tetap mencintaimu
Biarpun musim berubah
Tapi hatiku tetap setia.
Monday, 26 January 2015
Cerpen/Novel Les : Cinta Pada Angin Lalu 13
Part 13 : Penjelasan dan Dendam
Naz melangkah perlahan memasuki bilik itu sambil memegang tali beg yang tersandar rapi dibelakangnya. Anak matanya ligat memerhati sekeliling. Suasana yang cukup tenang dan dilengkapi pelbagai fasilitet. Seperti dirinya, Emi, Riana dan Aulea cukup senang dan gembira dengan bilik tersebut. Ruang yang besar, dilengkapi dua katil saiz permaisuri, pendingin hawa, kamar mandi yang bersih dan elegant serta tv dan sofa yang besar dan menarik.
''Aku patut panggil ni hotel ke apa ?'' Aulea mula bersuara, seolah-olah rumah penginapan mereka ini bertaraf hotel.
''Apa-apa pun boleh.'' jawab Emi acuh tak acuh. Sememangnya dia kurang senang dengan kehadiran Aulea, namun tiada apa yang dapat dia lakukan, sudah ajak abang dan naik pula keretanya, tak kan mahu melarang adik perempuannya ikut.
Naz melabuhkan punggung ke atas katil dan melepaskan beg yang sedari tadi melekat dibelakangnya. Tubuhnya dilempar ke atas katil, penat terasa dengan tekak yang kering. Mana taknya, sepanjang perjalanan kemari dia menyanyi atas permintaan adik empunya kereta, Aulea. Apa boleh buat.
Dia merenung siling, kosong. Fikirannya berbaur. Memikirkan Emi yang acuh tak acuh melayannya, memikirkan kurang lebih seminggu sahaja dia di sini, di Malaysia. Sedang dia mengelamun, tidak sedar akan kehadiran Riana yang turut berbaring disebelahnya. Mindanya benar-benar melayang.
''Awak fikir apa?'' Riana menyentak lamunan dengan menarik hidungnya. Naz menoleh, menyambut senyuman Riana dengan tampang terkejut.
''Err, tak..tak fikir apa-apa. Saya mandi dulu.'' jawab Naz lantas mencapai begnya dan mengeluarkan pakaian dan mandian. Mahu menjauhkan diri daripada Riana. Emi yang melihat hanya berdiam.
Setelah Naz berlalu, Emi pula melabuhkan tubuhnya sebelah Riana. Minyak wangi Naz yang mungkin terlekat dikatil itu, menusuk hidungnya. Harum dan menenangkan. Dia terbuai sebentar sebelum dia kembali sedar bila Riana membuka bicara.
''Dia dari tadi macam tak ada mood dengan aku. Dia masih marah ke ek ?'' tanya Riana yang kebingungan.
''Haih... '' keluh Emi. '' Entahlah.. Cubalah kau tanya dia. Yang kau ni tak habis-habis dengan dia. Tak penat ?''
''Aku tak pernah penat...''
''Tak pernah penat konon.. Pi gi da...''
''Suka hati kau lah. Aku nak mimpi kan dia kejap. Tak dapat dalam alam nyata, mimpi pon jadilah.'' lantas Riana memejamkan matanya.
Emi bangun, melangkah ke balkoni. Bayu menyapa tubuhnya. Aulea asyik dengan telefonnya di hujung balkoni. Emi memandang gadis itu, serta-merta hatinya sakit. Teringat akan perlakuan gadis itu yang memeluk tubuh Naz ketika membonceng motor kekasihnya. Memorinya juga jelas akan adegan Naz makan bersama Aulea. Dia melemparkan pandangannya ke laut. Tidak mahu hatinya terus dihambat kesakitan memandang wajah itu. Melihat laut hatinya tenang. Mahu sahaja terjun terus dari balkoni itu dan masuk ke dalam air.
Naz keluar dari kamar mandi, rambutnya masih basah. Dia lantas mencari gel rambut yang disimpan dalam begnya. Sedang dia mencari, pandangannya tidak sengaja terlempar kearah Emi. Rindu merasuki hatinya. Sudah dua minggu dia tidak menatap wajah itu seperti yang selalu dia lakukan. Entah dimana silapnya, Emi juga tidak mahu menjelaskan kepadanya, membiarkan dia tergapai-gapai dalam arus kerinduan.
Dia tersedar. Segera dia melupakan gadis itu dan ke kamar mandi semula mengeringkan rambutnya. Seusai dia menyiapkan diri, segera dia mengemas barang-barangnya masuk ke dalam almari. Kemudian menghampiri Emi.
''Awak... Jalan-jalan jom kat pantai ?'' tuturnya lembut sambil memandang wajah polos itu. Berharap gadis itu menerima ajakannya. Dia mahukan penjelasan.
Emi merenung tajam mata Naz hingga membuatkan Naz melempar pandangan ke laut lepas dihadapannya. ''Okay, jom.'' jawab Emi ringkas setelah beberapa saat membungkam.
''Ha ? Apa ?'' tanya Naz lagi, seakan tidak percaya.
''Ha apa ?? Jomlah. ''
''Ha oh okay. Jom jom.'' Naz mengiyakan lantas tersenyum.
''Jom kemana ? Nak ikut.. '' sampuk Aulea yang sedari tadi memerhati.
''Ikut ke neraka. Nak ?'' sinis perucapan Emi lantas menarik tangan Naz meninggalkan gadis yang sedikit lurus itu.\
''Neraka ?'' tutur Aulea sendiri yang masih tidak faham. Dia lalu memuncungkan bibirnya.
Melangkah sahaja keluar dari bilik itu, satu susuk tubuh telah pun berdiri dihadapan mereka. Susuk tubuh yang cukup dikenali, lelaki yang membawa mereka ke sini.
''Abang...buat apa kat sini ?'' ucap Emi yang sedikit kaget.
''Tak.. Abang ingat nak ajak korang pergi makan. Laparlah.'' balas Aqil sambil menggosok perutnya.
''Ha... adik awak dengan Riana ada kat dalam. Diorang memang lapar tu, malangnya kami berdua dah tiba-tiba kenyang jadi kami mahu jalan-jalan, bersiar-siar tengok pemandangan yang serba indah hasil ciptaan Tuhan ini. Jadi selamat bermakan. !'' Naz yang sedari tadi berdiam mula bersuara panjang lebar tanpa memberi peluang Aqil untuk memulakan bicara. Kini giliran dia yang menarik tangan Emi meninggalkan lelaki itu tercengang sendirian.
''Hey...! Sakitlah. Lepaslah..'' bentak Emi setelah jauh Naz menarik tangannya dari bilik sampailah ditepi pantai ini. Suasana mulai senja.
''Naz.! Sakitlah !'' bentak Emi lagi setelah protesnya tadi tidak diendahkan.
''Oh sakit ??? Hati saya sakit tak fikir ?'' protes Naz setelah melepaskan pergelangan tangan Emi.
Emi pantas mengusap perlahan pergelangan tangannya. Air mata bertakung di kelopak mata. Dia memang sensitif. Kulitnya yang putih dan sensitif mulai kemerahan dan berbekas. Naz yang melihat hal itu, terbit kasihan dihatinya.
''Saya... saya minta maaf.'' sambil cuba memegang tangan gadis itu.
''Jangan sentuh !'' keras perucapan Emi.
''Saya tak sengaja, saya teremosi.'' keluh Naz dan menunduk.
''Emosi ? Awak fikir awak punya emosi sampai saya yang jadi mangsa ? '' tutur Emi, ada nada marah dan geram.
''Maaf...''
Emi melempar pandang. Malas mahu menatap wajah sedih itu. Dia tidak mahu kalah kali ini. Jari jemarinya pantas menyeka air mata yang mula menuruni pipi. Hati kerasnya masih dihambat rasa cemburu. Cemburu dengan orang sekelilingnya yang mahukan Naz.
''Kenapa awak jauhi saya sejak kebelakangan ni ?'' tutur Naz sedih sambil memandang Emi, mengharapkan jawapan yang jelas.
Emi mengeluh panjang tidak tahu apa yang harus dia katakan. Tak kan mahu berterus terang. Sudah hampir seminggu dia memikirkan jawapan kepada pertanyaan Naz, namun tak juga dia mampu memikirkan jawapan yang wajar. Dia sepatutnya percaya akan Naz namun dek terlalu ikutkan perasaan dan ego, dia kini terlanjur perbuatan. Mahu undur sudah terlambat.
''Tak ada apa-apa.'' itu sahaja yang mampu terhambur dari mulut Emi.
Mendengar jawapan itu membuatkan semangat Naz kian luntur. Namun demi pertahankan hubungan mereka, dia cuba mengukir senyuman dan bersabar. ''Kalau saya ada salah kat awak, cakaplah terus terang dengan saya. Saya tak sanggup kita berdiam saja macam kelmarin.'' ucap Naz lembut, memujuk hati Emi dan hatinya sendiri.
''Awak cakap je apa perlu saya buat untuk kita macam dulu. Happy. Cuma... please jangan minta saya lupakan awak atau apa-apa sahaja yang boleh buat hubungan kita terputus.'' jelas Naz lagi. Sedaya upaya dia mahu pertahankan kesetiaannya pada Emi.
Emi memandang Naz. Mendongakkan wajah Naz yang mulai menunduk. Air mata mula bertakung di kelopak mata pengkid itu. Sayu hati Emi, kalah dengan egonya melihat gadis tomboy didepannya, gadis yang disangka semua orang kuat dan tegas kini menangis demi dia. Lantas Emi memeluk tubuh Naz, rapat serapatnya.
Naz hanyut. Terbuai indah dalam pelukan penghuni hatinya. Naz membalas pelukan Emi sambil jari-jemarinya lembut mengusap rambut ikal milik Emi. Terasa dekat benar dia dengan gadis itu. Rindunya terluah kini. Angin senja menambahkan lagi suasana bahagia.
''Naz.. saya minta maaf kerana cemburukan awak dan Aulea. Hati saya menangis, sakit bila awak rapat dengan dia.'' Emi mula membisik dalam pelukan itu.
''Cemburu ? Aulea ?'' Naz agak terkejut mendengar perucapan Emi. Apa yang dia buat sampai perlu Emi cemburu. Otaknya masih memproses akan hal itu.
''Ya.. saya tak suka awak rapat sangat dengan perempuan lain. Please... Saya tau awak setia tapi.. hati manusia berubahkan ?'' tambah Emi lagi, air mata kini terbit dari matanya, melunjur laju dipipi.
Naz memeluk tubuh Emi semakin rapat, mahu memberi keyakinan dengan kata-katanya, '' Percayakan saya, saya setia dengan awak seorang. Saya dan Aulea hanya kawan. Awak pun tahu dia classmate kita and dia juga team sukan saya. Tapi cuma sekadar tu. Tak lebih. Saya tak rapat dengan orang lain pun. Kalau awak tengok saya berkawan, saya cuma kawan. Yang istimewa, tetap awak seorang.'' tutur Naz panjang lebar.
''Kenapa awak biar dia peluk awak ? Kenapa tinggalkan saya dan pergi kat dia malam tu ?''
''Peluk ? Bila ?'' otak Naz cuba memproses laju. '' Masa ambil result ? Kan saya dah jelaskan, saya tak expect dia akan peluk saya. Lagi pula saya tengah bawa motor, takkan saya nak tepis-tepis tangan dia, motor saya tu berat, yang ada nanti saya accident. Awak nak ? Ha lagi satu , maksud awak saya tinggalkan awak dan pergi kat dia ?'' jelas Naz namun masih binggung.
''Hm... malam kat rumah nenek awak...''
''Oh... hmm...saya cakap awak jangan tersinggung. Sebenarnya, waktu saya jemput diorang makan, dia ajak saya makan dengan dia, tapi saya tolak. Saya dah cakap saya makan dengan awak, tapi...bila saya tengok awak, Aqil, abang kesayangan awak dah ada ganti tempat saya, so takkan saya nak pergi kat dia suruh dia bangun, dia tetamu saya. Lagi pula... saya fikir awak dah lama tak jumpa dia, mungkin banyak perkara yang awak nak bualkan. Saya tahu saya patut perjelaskan lebih awal, tapi dengan keadaan Aulea yang memaksa, apa saya nak fikir lagi ? Hm.. Mungkin awak fikir saya mengarang cerita tapi itulah yang saya rasa, walaupun saya juga cemburu tengok awak mesra dengan Aqil, saya fikir balik, awak dah janji setia dengan saya. Saya percaya awak. tup tup awak berdiam diri. hm...'' Naz mengeluh panjang setelah merasakan ucapannya cukup jelas untuk Emi memahami.
''Awak.... Laju betul awak cakap... Awak, awak cemburukan saya dengan Aqil ? Hmm, cemburu tanda sayang. Awak memang sayang saya kan ? Hehe'' terukir juga senyuman di wajah polos Emi, dia tahu Naz tak kan menipunya.

********
''Okay, malam ni kena pilih partner dengan katil. Hehehe.'' ucap Riana. Dia sudah merancang awal-awal mahu sekatil dengan Naz.
''I dengan Naz.'' ucap Aulea selamba.
''Eh kenapa kau plak dengan Naz ?'' protes Riana kurang setuju.
''Eh biarlah. I yang pilih dulu. ''
''Aku yang bagi cadangan lah !'' tutur Riana sedikit menekan.
''Sudah-sudah. Yang bergaduh sebab aku ni kenapa ?'' tutur Naz lembut, cuba meredakan keadaan. ''Aku satu katil dengan Emi. Fair kan ?'' ucap Naz lantas mencapai gitar dan bernyanyi selamba.
''So maksud you, I kena satu katil dengan dia ?'' tanya Aulea yang memang sudah tahu jawapannya. Dia menjeling ke arah Riana. '' Huh.! Gedik!''
''Sapa gedik ?? Kau yang gedik ! Sapa suruh ikut ?! '' geram Riana dengan sikap Aulea.
Emi lantas menenangkan Riana. Naz yang baru sahaja mahu memetik gitar kesayangannya, terhenti dek perbalahan kecil itu. ''Korang ni macam budak-budak. Perangai macam ni nak ajak aku tidur sekali ?'' sindir Naz keras perucapannya. Dia melangkah ke balkoni, melayan perasaannya sendiri.
Telefon Emi berdering. Nama Aqil jelas terpapar di skrin. Tanpa berfikir dia menjawab sahaja panggilan itu. ''Hello?''
''Assalamualaikum..''
''Err waalaikumussalam.'' jawab Emi. Malu sendiri.
''Apa yang bising-bising tadi ? Sampai sebelah dengar.'' tanya Aqil agak risau sesuatu terjadi.
''Tak ada apa-apa. Bunyi tv kot. Terpasang kuat tadi.'' Emi sekadar memberi alasan. Malas mahu menceritakan soal itu. Dia memandang Riana sambil menjongket bahu apabila Riana mempamerkan riak tidak percaya rakannya itu berbohong kepada Aqil.
''Oh okay lah. Adik tidur baik-baik ya ? Jangan nakal-nakal. Hehehe.''
''Err okay. Ada apa-apa pesanan untuk Aulea ?''
''Er.. cakap 'goodnight' kat dia... Adik plak jangan lupa pakai selimut, nanti sejuk sakit pula.''
Eh dia ni. Aku adik kandung dia ke Aulea, pesal lah pesan kat aku. Emi berdialog dalam hati. ''Oh okay, assalamualaikum'' cepat-cepat panggilan dimatikan.
Naz yang duduk sendirian diluar sekadar mendengar sahaja. Dia lantas mengendahkan hal tersebut dan bermain gitar. Aulea menghampiri lalu melabuhkan punggung di kerusi rotan sebelahnya. Naz membiarkan sahaja dan meneruskan nyanyiannya.
Emi yang melihat Aulea sebagai lawannya, tidak membiarkan perlakuan Aulea. Tidak mahu kekasihnya di 'ngorat'. Emi lantas menarik tangan Riana dan duduk sekali dengan Naz dan Aulea. Lampu dinding dengan cahaya samar-samar menerangi wajah Naz. Cair hatinya melihat Naz dengan suara yang merdu menyanyikan lagu kenangan mereka. Kenangan terindah.
Sesekali mata Emi dan Naz berselisihan, namun cepat-cepat dilarikan oleh Emi, takut-takut Riana perasan akan tatapan mata itu.
''Darimu, ku temukan hidupku...Bagiku...kaulah cinta sejati..huuuu'' merdu suara Naz mengalunkan lirik itu.
Dalam keasyikan itu, sepasang mata sedang memerhati dari jauh. Matanya tajam merenung Naz. Terbit rasa tidak puas hati terhadap pengkid itu. Pengkid itu yang telah menghancurkan hidupnya. Dendam yang selama ini tersimpan kini terbit kembali.
Usai Naz menyanyikan beberapa buah lagu, Emi mengajak Naz masuk dan meninggalkan Riana dan Aulea berdua. Mata Riana tepat kearah Aulea, malas hendak memulakan pertelingkahan, dia bingkas bangun dan masuk ke dalam. Emi dan Naz sudah kemas berada diatas katil mereka, cemburu pula terbit dalam hati Riana. Ini semua angkara Aulea, jika bukan sebab dia, pasti Naz setuju sekatil dengannya.
Malam semakin larut mengejar hari esok. Aulea masih diluar, membelek-belek telefon. Sedang memuat naik foto-foto dan rakaman video curi Naz sedang menyanyi ke laman blog, akaun youtube dan twitternya. Sebelum ini, video nyanyian Naz yang dimuat naik petang tadi mendapat sambutan dari rakan-rakan twitter dan pembaca blognya yang ramai. Budak hot, no wonder. Apa yang dimuat naik pasti menjadi perhatian.
Video dan gambar itu semuanya hasil editan dan tangkap curi. Memang itulah hobi Aulea, mengumpul apa sahaja tentang Naz. Terlalu obses dengan pengkid berwajah kacukan itu. Namun, dalam keasyikannya tiba-tiba seorang yang memakai nama Mr. AA memberi komen pada video yang dimuat naik ke blognya.
Mr. AA : Dasar pengkid lakhanat ! Aku hancur sebab kau ! Kau akan terima padahnya !
Komen tersebut benar-benar membuat Aulea marah. Jika benar pun Naz berurusan dengan si Mr.AA rasanya tidak perlu berkata seperti itu. Aulea lantas membalas.
Cik Aulea Shakira : Eh saudara, tak perlu rasanya mengeluarkan kata-kata kesat, saya upload video ni untuk tatapan umum bagi orang menilai suara bukan campur hal peribadi. Lagipula awak ni siapa dengan si dia ? Awak kenal ?? Saya tak rasa dia pernah buat perkara yang tak elok kepada sesiapa.! Saya cukup kenal dengan dia ! Assalamualaikum. !
Aulea yang mulai marah, cuba mententeramkan dirinya sendiri. Dia lantas bangun dari tempat duduknya dan melangkah masuk. Sejenak dia menatap wajah Naz, tidak berapa jelas kerana terhalang oleh rambut Emi. Naz memeluk Emi dari belakang. Sakit juga hatinya namun dia biarkan. Aulea masuk tidur.
Saturday, 24 January 2015
Cerpen/Novel Lesbian : Cinta Pada Angin Lalu 12
Part 12 : Bibit Gelora
Sudah seminggu hari itu berlalu. Seminggu juga Emi mendiamkan diri. Panggilan dan pesanan ringkas dari Naz tidak diendahkan sama sekali. Masih terluka dengan perlakuan Naz pada malam keraian Naz yang menjadi pelajar cemerlang dirumah neneknya. Masih segar dalam ingatan Emi bagaimana Naz membiarkan sahaja dirinya sedangkan Naz sibuk bersama Aulea! Gadis sombong dan gedik !
Ketika itu Naz, Emi dan Riana rancak berbual tentang kemana hala tuju mereka selepas ini. Ada ketika mata Naz dan Riana berselisihan. Emi mendiamkan diri, membuang jauh-jauh cemburunya kerana tidak mahu hal kecil seperti ini menggoyahkan percintaan dia dan Naz biarpun tiada sesiapa yang tahu. Kereta BMW 6 Series metallic white, kepunyaan abang Aulea memasuki perkarangan rumah nenek Naz.
Naz menjemput Aulea dan abangnya serta beberapa lagi kawan-kawan sukannya kerumah kerana terlalu banyak hidangan yang masih belum disentuh. Lebih baik menjamu teman-temannya makan daripada dibuang sahaja esoknya. Aulea dan abangnya bersalaman dengan keluarga Naz. Matanya liar mencari susuk tubuh pengkid itu. Melihat dua beradik itu, Naz bingkas bangun.
''Hi.. Datang pun, ingat tak datang tadi. Hehe. Eh silalah ambil makanan. Jangan segan-segan.'' sambut Naz dengan mesra dan mempelawa Aulea Shakira dan Mohamad Aqil menjamu selera.
''Ye, ye... Terima kasih.'' sambut Aqil.
''Awak.. kita makan sama-sama ya ? '' pinta Aulea lantas menarik tangan Naz setelah mengambil makanan.
Masa yang sama Aqil sudah melabuhkan punggung ditempat Naz. Meletakkan makanannya tanpa meminta izin. Segak sekali dia malam ini.
''Bolehkan abang duduk sini ?''
''Dah duduk baru minta izin ? Baik tahun depan je minta izin. '' sambut Riana dengan nada gurauan dan meledakkan ketawa kecil.
Aqil juga ketawa. Namun tidak Emi, pandangannya ligat memerhati Naz bersama Aulea yang masih berdiri dekat dengan meja buffet. Aulea menggenggam tangan Naz, mulutnya terkumat kamit berbiacara, seperti meminta sesuatu.
''Ehem. Emi...Hello...'' Aqil melambai tangannya depan mata Emi, cuba menarik perhatian gadis itu.
''Eh. Ha ? Ye kenapa ?'' Emi tersedar.
''Adik pandang apa ? Jauh je termenung. Pelik ke abang handsome sangat malam ni. Hahahaha.'' Aqil mula perasan walhal dia menghalang pandangan Emi ke arah Naz dan Aulea.
''Eh tak da maknalah. Perasan je abang ni. abang buat apa sekarang ? Kerja mana sekarang..?'' soal Emi, menutup perbuatannya yang asyik memerhati gerak laku kekasihnya. Mereka bertiga berbual-bual.
Dari sudut pandangan Naz, Emi sedang berbual mesra dengan abang angkatnya. Mungkin sudah lama tidak berjumpa. Walaupun ada sedikit rasa cemburu dan kurang senang, dia memberikan ruang. Dia tidak mahu dianggap sebagai kekasih yang mengongkong. Naz menerima ajakan Aulea agar menemaninya makan. Tidak mahu mengganggu kemesraan Emi.
''Kau menenungkan apa ?'' sapa Riana dari belakang mematikan memori Emi tentang kejadian malam itu.
Dimata Emi kini, Naz seolah-olah mengabaikannya dan menggatal dengan perempuan lain, Aulea. Dia kini malas mengambil tahu urusan Naz. Walaupun jauh dalam sudut hatinya dia merindukan Naz, namun egonya yang setinggi gunung menghalang Emi dari menerima panggilan dan segala pesanan dari Naz. Tidak termasuk Whatsapp, Wechat, Viber, Twitter dan macam-macam lagilah.
''Mana ada termenung. Eh jadi tak nak keluar ? Kalau jadi boleh kita ajak Aqil, tumpang sekakilah kereta dia.'' nafi Emi lentas memberi cadangan.
''Ha boleh juga. Kita ajak Naz and Aulea sekali, ramai-ramai baru syok. Rasanya muat kot lima orang.'' tambah Riana.
''Eh buat apa ajak diorang. Kita je dah lah. Lagi-lagi Aulea tu. Dah lah gedik.'' kutuk Emi, disulami rasa marah.
''Eh kau ni. Dah lah kau nak ajak abang dia, adik dia kau benci. Apa da...'' ujar Riana.
''Tak pun kita ajak Naz je, dah lama tak jumpa dia kan ? Rindu...'' tambah Riana lagi, riak wajahnya menjelaskan perasaannya.
Riana benar-benar rindu akan Naz, Emi perasan perubahan sikap Riana bila menyentuh soal Naz. Hati wanitanya sedikit bergoyah. Terbit sinar cemburu, namun dia cuba sembunyikan.
''Kau ni tak habis-habis Naz. Dia dah move on lah. Tu lah, dulu dah dapat, kau buat hal. Sekarang dah gila bayang. '' spontan perucapan Emi namun tidak sedikitpun membuat temannya itu tersinggung.
''Cepatlah, jadi ke tak ? '' tambah Emi lagi, mahukan kata putus temannya tentang cadangan bercuti ke Pulau Tioman dimana terletaknya chalet kepunyaan pakciknya.
''Jadi kalau ada Naz.'' ringkas jawapan Riana. Emi mengeluh, tak tahu apa lagi alasan mahu diberikan kepada sahabatnya itu.
Di rumah nenek, Naz tidak henti-henti memanggil Emi, namun Emi mematikan telefonnya. Dia sendiri tidak faham sebab mengapa Emi melakukan hal ini terhadapnya. Bukannya Naz tidak pernah ke rumah Emi minta penjelasan, namun setibanya dirumah, ibu Emi menyatakan Emi sudah keluar ke cafe. Bukannya dia tidak tahu dia dibohongi namun dia diamkan sahaja. Nak kata Emi masih bekerja, mereka berdua sudah berhenti kerana kontrak kerjanya dengan cafe itu hanya sampai mereka mendapat keputusan SPM sahaja.
Dia malas mahu menimbulkan kekecohan dirumah orang, dia berlalu pulang. Begitulah hari-hari berikut hingga semalam dia sudah penat. Kini hanya mengharap Emi menghidupkan telefonnya agar Naz dapat berbicara dengan Emi memohon penjelas. Tidak rela cinta mereka tergantung seperti ini.
Kenapa awak buat saya macam ni ? Apa salah saya ? Saya tak faham dengan sikap awak.. Apa lagi yang tak cukup ? - Naz meraup wajahnya perlahan. Tidak tahu apa lagi harus difikirkan untuk mengambil perhatian gadis kesayangannya itu. Pernah terlintas dalam mindanya bahawa Emi juga menduakannya seperti Riana dulu. Namun setelah bermacam-macam spekulasi bermain dimindanya, dia cuba buang jauh-jauh pemikiran negatif itu, dia sedar dia tak patut bermain dengan hati sendiri, dia harus mempercayai pasangannya.
Naz merebahkan tubuhnya ke atas katil. Kata-kata Encik Nazri iaitu ayah Naz masih terngiang di telinganya. Entah keputusan apa yang harus dia buat. Kerana hal inilah dia mahukan perbincangan dengan Emi namun segalanya tampak tak seperti dia harapkan.
''Ayah mahu adik melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pilih sahaja negara mana adik suka. Ayah tanggung semuanya. '' jelas Encik Nazri yang mahukan anaknya terus berjaya.
''Luar negara ??? Dalam Malaysia sudahlah ayah. Bukannya kos yang adik mahu tak ada disini.'' lantang Naz menyuarakan isi hati, tak mahu berjauhan dengan Emi dan kehidupannya disini.
''Adik sudah selesa disinilah ayah. Tak perlu pergi jauh-jauh.'' tambahnya lagi.
''Adik pun tahu betapa kami sayangkan adik. Kami cuma mahu yang terbaik untuk adik. Adik satu-satunya anak kami.'' sampuk Puan Julia pula.
Nenek Naz malas mahu mencampuri hal anak beranak itu. Nanti dia pula yang dileteri anak lelakinya itu, bukan dia tidak kenal Nazri yang keras kepala itu. Dia cukup arif dengan anak yang lahir dari rahimnya itu, degil dan tidak mahu beralah, tegas dan kata-katanya mesti dituruti.
''Tapi ibu.. adik belum tentu pandai bawa diri dinegara orang. Entah macam mana rupanya nanti.'' Naz memberi alasan lagi, berharap akan berjaya.
''Soal itu adik tak perlu risau, makcu Dina akan jaga adik disana. '' ujar Puan Julia dengan nada senang.
''Makcu ? Tapi kedai di Sarawak macam mana ?'' Naz kebingungan.
''Itu bukan urusan adik. Ibu dan ayah sudah selesaikan semuanya. Sekarang tinggal adik sahaja beri kata putus.'' jelas Puan Julia.
Naz tidak mampu lagi berkata apa-apa. Otaknya sarat dengan masalah. Macam-macam perkara bermain dalam fikirannya. Dia merenung siling lagi. Fikiran merewang entah kemana. Tirai matanya mulai layu, penat memikirkan itu dan ini akhirnya dia terlena.
*********
Dua hari berlalu, Naz berfikir untuk memberikan dirinya dan Emi ruang bersendiri. Jika benar ada masalah antara mereka, sudah tentu Emi akan berterus terang. Namun sudah seminggu Emi mengelak darinya. Mungkin Emi ada masalah lain dan tidak mahu diganggu. Naz akur.
Di sebuah rumah banglo yang terletak ditengah-tengah perkampungan maju itu, Aulea leka bermain dengan komputer ribanya. Aulea seperti biasa akan 'memantau' atau kata orang putih 'stalking' semua akaun sosial milik Naz, tidak kiralah facebook, twitter, ask.fm, blog dan sebagainya. Budak hot memang mempunyai pelbagai akaun sosial yang mampu mendedahkan diri mereka kepada bahaya.
Sebenarnya sudah lama Aulea menjadi stalker yang akan memerhati setiap gerak-geri dan aktiviti Naz. Sejak Naz masuk kesekolah itu sehingga menjadi atlet pujaan sekolah dan kini menjadi salah seorang pelajar terbaik sekolah. Aulea terlalu obses dengan Naz namun tidak berani berterus terang, takut dia ditolak. Dalam biliknya begitu banyak bingkai-bingkai gambar yang memaparkan gambar editan Aulea dan Naz. Dia akan marah jika ada sesiapa yang memasuki biliknya tanpa izin, termasuk papa dan mamanya.
Aulea adalah seorang pelajar IT yang mampu menggodam akaun sosial sesiapa sahaja namun dia tidak menggunakan anugerah itu sewenang-wenangnya. Walaupun dia berkelakuan gedik dan kurang menyenangkan, disebalik semua itu dia juga seorang yang ramah dan mesra serta gemar membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah.
Keasyikan Aulea dengan aktiviti stalkingnya membuat dia tidak sedar kehadiran Aqil, abangnya di permukaan pintu. Dia terlupa mengunci pintu bilik yang terbuka luas, cukup untuk menjelaskan apa yang sedang dilakukan olehnya.
''Kau ni lesbian ke, dik ? '' Aqil membuka bicara sambil berpeluk tubuh bersandar di jenang pintu.
Aulea terkejut dengan suara itu terus menutup komputer ribanya. Dia menoleh ke pintu. Malu mula menerpa dirinya. Tidak tahu apa yang harus dijelaskan demi menutupi fakta itu.
''Sejak bila abang dekat sini ? Kan adik cakap jangan masuk bilik adik.''
'' Lah.. bila aku masuk, aku berdiri je kan kat pintu ni ? Kau lesbian kan ? Kau jangan main-main dengan aku, dik. Aku hentak kau nanti.'' tegas Aqil, jelas terpapar sikap tanggungjawab seorang abang yang harus memastikan adiknya tidak tergusur ke lembah songsang.
Aqil membiarkan soalannya tergantung. Dia merasakan amaran yang dilontarkan kepada perempuan tunggalnya itu cukup untuk memberi peringatkan tentang kejadian dua tahun lepas dimana Mohamad Aamir, anak kedua keluarga itu telah dipukul dengan teruk kerana dilaporkan merokok dan berjudi di stor sukan sekolah. Nasib baik ketika itu Haji Abidin dan Hajah Maimunah ke luar negara.
Telefon bimbitnya yang sedari tadi berdering dari dalam bilik di capai. Nama Emi terpapar di skrin telefonnya. Segera dia menjawab panggilan daripada adik angkatnya itu.
''Assalamualaikum. Ye adik.'' salam dihulur sebagai pembuka bicara mereka.
''Waalaikumussalam abang. Abang sihat ?'' lembut sahaja pertuturan Emi.
''Sihat, Alhamdulillah. Adik ?''
''Sihat juga, abang, adik call ni nak ajak abang pergi cuti-cuti ngan kitaorang, abang nak ?'' Emi langsung menyatakan hajatnya.
''Cuti kemana ? Boleh juga, abang pun tak ada buat apa dirumah lepas habis belajar ni.'' sahut Aqil gembira.
''Riana ajak pergi Pulau Tioman, ke tempat pakciknya. Kalau abang ikut, boleh lah naik kereta abang. hihi.''
''Pulau Tioman ? Oh. Dekat je. Oh ajak abang ni sebab ade manfaat lah ye, kalau tak, nama abang pun tak ingat kan ? Okay boleh je. Bila nak pergi.?''
''Hehehe janganlah fikir macam tu. Minggu depan kita pergi.Nanti Emi inform abang lagi ye. Assalamualaikum.'' setelah salam disambut, panggilan dimatikan.
Kini Riana hanya perlu memikirkan cara agar Emi mengajak Naz. Dia ingin sekali bertemu Naz, menjalin kemesraan seperti dahulu. Dia mahu menebus kesalahannya terhadap Naz. Namun dia tidak mempunyai keberanian untuk mengajak Naz sendiri, takut menerima kenyataan Naz sudah move on dan tidak mahu menerimanya lagi walaupun sebagai seorang sahabat.
Setelah segala pujukan Riana, Emi akhirnya mengalah. Lagi pula dia juga terlalu rindukan Naz, mungkin peluang ini harus digunakan atas nama Riana. Emi memanggil Naz.
''Hello.. Naz.. '' Emi memulakan bicara setelah panggilannya dijawab.
''Hello..'' jawab Naz, kurang bermaya.
''Saya ganggu awak ?'' ucap Emi, berlakon didepan Riana seolah-olah mereka jarang berhubung.
''Tak. Saya yang takut saya ganggu awak selepas berpuluh call dan sms saya tak berbalas.'' Naz menyindir. Mujur Emi tidak loudspeaker, jika tidak habislah dia mahu menjawab semua pertanyaan Riana nanti.
''Maaf. Awak, saya nak tanya sesuatu sebenarnya.''
''Tanyalah. Hmm saya rindukan awak, Emi. Kenapa mengelak dari saya ?'' Naz pantas meminta penjelasan.
'' Err. Sebenarnya saya call sebab Riana. Dia ada disini. Dia mahu ajak awak join percutian ke Pulau Tioman. Awak mahu pergi ?'' Emi sebolehnya memberi hint. Mujur Naz mengerti.
''Pulau Tioman ? Bila ?''
''Kalau jadi, InsyaAllah minggu depan.''
Naz berdiam sejenak. Berfikir. Inilah peluang terakhir sebelum dia bertolak ke luar negara bulan hadapan untuk persediaan memasuki universiti disana. Dia bertolak awal kerana harus menyesuaikan cara hidup disana. Dia tidak mahu nanti mengalami kejutan budaya.
''Okay, boleh. '' Naz memberi kata putus.
''Okay nanti saya inform lagi.''
''Awak. Nanti. Balaslah sms saya. Beri saya penjelasan.'' rayu Naz.
''Oh yela. Bye Assalamualaikum.'' Emi mematikan panggilan, masih dengan ego.
Naz hampa. Tanpa sedar air mata mula bertakung dikelopak matanya. Rindu masih belum dapat dilepaskan. Dia melemparkan pandangan ke meja tulisnya. Gambarnya, Emi dan Riana, tersusun kemas. Dia membayangkan bagaimana sekiranya Emi menjadi seperti Riana yang pernah melukakannya.
Naz tidak mahu kehilangan lagi, tak mahu terluka lagi. Naz bertekad percutian itu nanti, dia akan meminta penjelasan Emi dan perbetulkan segalanya jika kesilapan berpunca darinya.
Air mata emosi tidak dapat dibendung dari membasahi pipi. Dia menangis sepuasnya. Hati kerasnya tidak dapat menahan fitrah seorang perempuan. Dengan menangis sahaja dia dapat menenangkan hatinya yang sugul. Tiada teman mahu dia luahkan semua masalahnya.
Labels:
awek,
cemburu,
cerita cinta lesbian sedih,
cerita lucah,
Cerpen Cinta Terlarang,
cerpen plu,
cinta pada angin lalu,
gelora,
hati remaja,
i love you,
LGBT,
rojak panas,
rojakdanafiy,
terlanjur
Friday, 23 January 2015
Catatan Remaja (Lembah Hina)
Assalamualaikum dunia,
Dewasa ini, meniti hari-hari yang kian terbelenggu oleh rasa dengki, khianat sesama insan, titis-titis darah membasahi tanah yang sekian lama kering tanpa balah, anak muda ini yang masih mentah mengharungi badai duniawi berfikir sejenak. Mengapa masih ada insan yang perlu menghadapi musuh, terseksa oleh kesalahan yang tidak berpunca dari mereka ? Mengapa masih ada insan berbalah sesama mereka, perjuangkan hak dan kuasa yang bukan dari harta mereka ? Mengapa ?
...
Aku mendongak kelangit, terasa kerdil memerangkap segenap ruang fikiran. Dikelilingi selautan manusia membuatkan aku terasa asing dalam dunia sendiri. Dunia yang aku cipta, yang tak pernah aku khabarkan pada mereka. Namun hari ini, setelah aku melepasi alam persekolahan, aku masih menanti saat dimana dan bila aku akan menjejakkan kaki ke dunia realiti, dunia nyata yang sarat pancaroba.
Aku seorang remaja.
Sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia, Remaja Berwawasan Aspirasi Negara. Indahnya slogan yang sering dilaungkan demi mengangkat semangat anak-anak belasan tahun agar bersungguh-sungguh menelusuri lereng pengajaran dan pembelajaran. Namun sejauh mana slogan itu mampu menghentikan deruman ekzos-ekzos yang memecah kesunyian malam ? Sejauh mana mampu menghentikan pertambahan wajah-wajah remaja di lorong-lorong hitam ? Sejauh mana mampu menghentikan pembuangan bayi yang terlahir dari rahim seorang gadis remaja ? Tepuk dada tanya hati.
Dalam alaf baru ini, tanggungjawab terletak pada setiap lapisan masyarakat. Aku tertanya...Kenapa remaja ? Kenapa tidak ibu bapa ? Kenapa tidak guru-guru? Kenapa tidak pemimpin yang sedia ada ? .....Kerana aku tahu, suatu hari nanti remaja masa kinilah yang meneraju pucuk pimpinan masa hadapan. Kerana aku tahu, remaja kinilah yang akan mengangkat nama negara ke persada dunia. Soalnya, sejauh mana cita-cita itu dapat direalisasikan jika aku tahu, aku lihat dengan mata sendiri, remaja itulah yang sedang tergusur ke lembah kehinaan.
Aku menepuk dada, aku bertanyakan hati. Wahai hati, sampai bila aku didunia ini ? Bagaimana aku harus berjuang memartabatkan agama, bangsa dan negara jika aku sendiri masih tidak mampu mendaki keluar dari lembah hina yang aku cipta sendiri.
afiy_08
Tutorial : Cara Mudah Download Video Youtube
Assalamualaikum.. Hi semua !
Cemana hari korang ? Good ? Okay bagus ! :D
Korang sihat ? Aku sihat, semua sihat. Alhamdulillah !
So today aku tak feel nak tulis pape kat blog dari pagi santak ke petang yang murni disulami kicauan burung mendamaikan hati-hati yang gundah.
Hahaha. Tapi bila aku merayap-rayap jadi silent reader blog-blog yang mempamerkan karya puitis mereka, sambil dengar lagu di youtube, suddenly aku terpandang satu komen, tanya pasal cara download dari youtube.
Then aku terfikir, why not aku buat tutorial pasal CARA DOWNLOAD VIDEO/LAGU DARI YOUTUBE.
aku nak bagi cara paling simple yang aku pernah jumpa. It's free. No need to register and tak perlu pon nak bazir duit korang.
Firstly, korang on google chrome. Then korang pergi dekat address bar and taip savefrom.net or korang boleh click je disini . Hahaha lagi mudah. [saja nak panjang2]
korang akan nampak ni
Secondly, korang kena buka youtube. And cari lagu yang korang nak download.
Korang perlu copy address video youtube tersebut.
contoh gambar.
Next step, paste link youtube yang korang copy tadi dan paste di savefrom.net tadi [rujuk gambar ]
Paste pada ruang anak panah tu. Kemudian click download dan pilihlah jenis format video yang korang nak pada sebelah tepi kanan.
Siap.!
Selamat mencuba. Tak faham boleh tanya. :D
Labels:
andai hatiku bersuara,
cara,
chomel,
download,
mudah,
savefrom.net,
video,
youtube
Subscribe to:
Comments (Atom)