my guest

Thursday, 11 December 2014

Cinta Pada Angin Lalu 4

Part 4 : Ciuman 

Semasa Naz sedang mandi, Emi dan Riana yang keletihan, berbaring di atas katil Naz yang bersaiz queen. Lama kelamaan mereka terlena. Apabila Naz keluar daripada bilik mandi, dia dapati Emi dan Riana sudah nyenyak tidur jadi dia mengambil keputusan untuk memakai pakaian disitu sahaja. Walaupon tubuhnya dibaluti dengan tuala, masih nampak keseksiannya sebagai seorang perempuan. Emi yang terjaga ternampak Naz dalam keadaan itu, dia hanya diam dan mengintai Naz. 

' Emm comelnye dia ni.. ! ' kata Emi dalam hati.


Sesudah Naz selesai memakai pakaian, telefonnya berdering, panggilan dari neneknya yang menyatakan dia tidak pulang malam ini, sebaliknya dia pulang malam esok kerana ada hal yang masih perlu dilakukan bersama makcik-makciknya. Neneknya berpesan untuk mengunci pintu dan tingkap dan jika perlu, Naz boleh mengajak kawan-kawannya tidur dirumah.


Naz terfikir untuk meminta Riana dan Emi menemaninya memandangkan esok cuti. Naz segera mendapatkan mereka. Naz masuk ke bilik dan duduk di tepi katil, membelai rambut Riana. Riana terjaga.

'' Emm, aby dah mandi ? Kat luar hujan lagi ke ? '' tanya Riana yang dalam keadaan mamai, Emi masih pura-pura tidur tetapi tetap mengintai Riana dan Naz.


''Ye baru je siap. Aah hujan lagi. Sedap tidur ? hehe '' sindir Naz.

''Aby ni.... '' rajuk Riana sambil mengerut dan memuncungkan muka.


''Ala ala. muah'' ciuman Naz hinggap di dahi Riana. '' Sayang teman aby boleh malam ni? Nenek tak baliklah malam ni. Sayang ngan Emi tidur sini eh ? '' pinta Naz.

''Tidur sini? Emm sayang ok je, tapi kena minta izin mama ngan papa. Kalau diorang bagi bolehlah.'' kata Riana.


''Sayang call lah diorang. Nah pakai fon aby.''


Riana menelefon papanya dan meminta izin tetapi papanya tidak mengizinkan kerana papanya mahu membawa Riana ikutnya sekali pulang ke kampung untuk menjenguk opahnya. Naz agak kecewa kerana kekasihnya tidak dapat menemaninya.


''Sorry aby... Papa tak bagi. Kena balik kampung.. '' ucap Riana dengan nada sedih. '' Emi je lah teman aby.. Nanti aby sensorang plak. Sian aby..''


Riana mengejutkan Emi dan menanyakan samada dia mahu temankan Naz. 


'' Kalau kau ada bolehlah, ni kau pon nak balik kampung. Takkan aku sensorang. Apalah.. '' Emi kurang bersetuju kerana agak sedikit malu. 


''Ala please.. Kesian kawan kita ni sorang-sorang. Kau temanlah. Sehari je. Please.. '' pujuk Riana. 


''Emm aku fikir dulu... ......... okay bolehlah tapi kena tanya parents aku dulu.


''Yes okay. hehe thank you kawan. sayang kau '' Riana gembira kerana Naz tidak akan tinggal dirumah seorang diri. Dia agak risau jika sesuatu terjadi jika dia seorang saja dirumah. 



Emi menelefon ibunya dan meminta izin, ibunya memberi keizinan kerana ibunya kenal benar dengan nenek Naz dan mengetahui keluarga mereka orang yang baik-baik. 


Naz kurang kuatir apabila ada orang menemaninya. Maklum sahaja Naz nampak sahaja berani dan ganas tetapi dia paling takut apabila hujan lebat dan keadaan yang gelap, apa lagi kalau seorang diri.


Papa Riana akan menjemputnya dirumah Naz. Naz sempat meminta tolong papa Riana untuk membelikan nasi bungkus untuk dia dan Emi untuk makan malam. 


Sebelum papa Riana sampai, Riana menarik tangan Naz masuk ke bilik mandi, mereka berciuman di bibir dan Riana menyatakan rasa sayangnya terhadap Naz dan memberi amaran agar Naz setia kepadanya, Naz hanya mengangguk kerana masih terbuai dengan ciuman Riana tadi. Melihat reaksi Naz, Riana menciumnya kembali tetapi dengan lebih lama dan ghairah. Mereka terhenti bila Emi memberitahu bahawa papanya, Encik Khalid sudah sampai. Riana dan Naz keluar dan menemui papa dan keluarga Riana. Naz mengucapkan terima kasih dan memberikan duit untuk makanannya tetapi Encik Khalid menolaknya dengan baik.


''Kamu buat saja belanja sekolah ya.? Pakcik belanja ni. Maaflah Riana tak dapat teman kamu, pakcik mahu bawa dia balik ke kampung. Nenek kamu balik bila.?'' baiknya Encik Khalid.


''Terima kasih pakcik. Tak apalah pakcik, Emi sudah ada teman saya. Nenek balik esok malam kalau tak ada aral.'' jawab Naz.


''Oh yelah. okaylah kami jalan dulu ya. hati hati dirumah.'' pesan Encik Khalid. Riana melambai Naz dan Emi dari dalam kereta.


Naz dan Emi masuk ke dalam rumah dan meletakkan makanan itu didapur. Mereka duduk menonton televisyen. Naz yang keletihan terus tertidur disofa tersebut. Emi yang melihatnya tidur sambil duduk, membaringkannya diatas ribanya dengan perlahan kerana tidak mahu Naz terjaga. 


Emi melihat saja muka Naz bila dia tidur, sesuatu dapat dirasakan Emi apabila bersentuhan dengan tangan Naz. 


''Tak mungkin aku sukakan kau. Aku masih waras. Ya Allah.! '' ucap Emi didalam hati. 


Tapi apa boleh buat, entah setan mana yang membisik di telinganya. Emi mengusap-usap  rambut Naz yang pendek itu. Jika dilihat dari jauh, bagaikan sepasang kekasih dimana si gadis membelai-belai si lelaki diatas ribanya. EH.... persoalannya. lelaki kah.? Lama kelamaan Emi juga berasa mengantuk lalu bersandar disofa dan tidur. Naz terjaga kerana terdengar azan maghrib. Naz terkejut apabila mendapati dirinya begitu dekat dengan Emi, dia segera bangun dan memikirkan apa terjadi, tetapi lama-kelamaan dia malas ambil tahu. 


Naz bangun dan mengejutkan Emi agar mandi dan siap2 untuk solat. 


''Awak boleh pakai baju saya..'' pelawa Naz. Emi menurut sahaja dan mandi. Kemudian mereka solat bersama-sama. 


Emi pelik dengan Naz, didikan agama Naz cukup sempurna tetapi kenapa dia seperti itu.? (tanda tanya)  Mereka kemudiannya makan dan belajar bersama sehinggalah jam 11.30 malam. Di luar hujan masih renyai.


Mereka berhenti belajar dan menonton tv sementara menunggu mata mengantuk. Mereka duduk bersebelahan disofa. Naz dengan sepontan meletakkan kepalanya dibahu Emi, Emi agak terperanjat kerana tidak pernah diperlakukan seperti itu tetapi dia berlagak biasa dan membiarkannya. 


Telefon Emi berbunyi. Jimmy memberi whatsapp menyatakan dia suka pada Emi dan mahukan Emi. Emi sedikit marah atas gangguan Jimmy itu. Bukan pertama kali Jimmy berbuat begitu. Pernah sekali Jimmy entah apa mabuknya menelefon Emi dan mengajak Emi melakukan perkara sumbang, tetapi apabila disekolah Jimmy berlagak seperti orang baik baik dan seperti tiada apa yang berlaku. Semakin lama Emi bertambah meluat pula hingga bertukar menjadi benci.  


Naz mengintai apa yang ditulis oleh mereka. Emi membiarkan sahaja Naz membacanya. Emi menyumpah-nyumpah Jimmy dan apabila dia tidak dapat tahan kemarahannya terus dia mematikan telefon dan mengeluarkan muka bengisnya. Naz yang agak takut, cuba beranikan diri mendekati Emi semula. Naz memegang tangan Emi dengan tangannya sedikit ketar. Emi yang perasan tangan Naz sedikit menggigil, bersuara.


''Kenapa dengan awak ?'' tetap lembut suara Emi.


'' Err takut... awak garang.. '' Naz tunduk tetapi masih memegang tangan Emi. 


''Takut.? Hhahaha tak payah takutlah, saya mara Jimmy, bukan awak. '' Emi mentertawakan Naz. '' Saya marah pun kejap jelah, tak ada lah sampai nak marah semua orang.. Relax okay.'' ucap Emi sambil memegang tangan Naz kembali. 


Jam sudah pukul 12.15 pagi. Mereka masuk ke bilik dan berbaring diatas katil bersama. Emi bertanya tentang hubungan Naz dengan Riana. Dan Naz menceritakan apa yang Emi ingin tahu. 


''So awak  dengan Riana pernah kissing.? Rasa apa wak.? '' tanya Emi, dia mula tertarik dengan Naz sebenarnya.


''Rasa apa.? Rasa sedap wak.. hahaha'' jawab Naz selamba. Baginya tiada apa yang perlu ditutupi dengan Emi kerana Emi pernah berkata dia tidak kisah berkawan dengan Naz dan Riana. 


''Sedap.? '' terkedu Emi mendengarnya. Kini hatinya membuak-buak ingin merasakan apa itu ciuman dengan pasangan. 


''Kenapa awak tanya.? Awak tak pernah rasa.?'' pancing Naz. 


''hehehe...'' Emi hanya ketawa kecil. 


Naz merapatkan tubuhnya kepada Emi. Emi diam dan memandang Naz. Naz merapatkan muka kepada Emi. Emi merasakan degupan jantungnya semakin laju. Emi memejam matanya. Naz mencium bibir Emi tetapi sedikit sahaja kerana tersentak dek bunyi telefon Naz. Riana.


''Hello..'' jawab Naz sambil memandang Emi. Emi hanya diam dan tunduk malu.


''Hai aby.. tak tidur lagi ke ? Dah lewat ni. '' tanya Riana.


''Baru nak tidur, sayang dah call. Kitaorang baru lepas tengok tv ni. Sayang nape tak tidur.? ''alasan Naz.


''Sayang rindu  nak dengar suara aby... Sayang dah sampai kampung, penat sangat aby.. nak aby picit badan sayang.. emhh..'' suara manja Riana menerjah gegendang telinga Naz. 


Emi membelakangkan Naz dan buat-buat tidur. Naz bergayut dengan Riana hingga pukul 1 pagi. Sesudah bergayut dengan Riana, Naz merapatkan tubuhnya dengan Emi dan memeluk Emi dari belakang. Emi yang masih belum tidur, pusing mengadap Naz, dan mereka berciuman dan bermain lidah. Emi merasakan bagai mana ciuman yang digambarkan oleh Naz. Emi mengeluh saja menahan nikmat. Mereka berciuman hingga tertidur. 


****bersambung****





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.