my guest

Monday, 1 December 2014

cerpen lesbian : Cinta Pada Angin Lalu 3

Part 3 : Perdamaian dan Kemaafan

Naz dan Riana ke sekolah bersama-sama. Mereka kini menjadi sangat rapat hingga berita tentang mereka menjalin hubungan sejenis tersebar entah dari mana datangnya. Rakan-rakan kini ramai yang memandang serong terhadap mereka. Ada juga guru yang menyindir mereka sewaktu mengajar. Mereka pernah dipanggil guru kaunseling untuk diberi nasihat tetapi mereka tetap tidak pedulikan semua itu dan terus dengan hubungan mereka.

Walau bagaimanapun, Emilia tetap dengan pendiriannya untuk berkawan dengan Riana, kerana baginya tidak salah berkawan dengan orang yang mempunyai nafsu songsang selagi dirinya tidak tergusur ke lembah tersebut. Hari berganti hari kini sudah 2 bulan Naz dan Riana bercinta (errr......). 


''Aby, boleh tak sayang nak ajak Emi sekali pergi tengok movie?'' pinta Riana.

''Kenapa nak ajak dia ? hmm suka hati sayanglah. '' balas Naz acuh tak acuh kerana sedang kusyuk bermain permainan video.
''Game, game, game. Tak habis-habis, sampai orang tanya pon jawab acuh tak acuh. Makan game tu.'' marah Riana terus memalingkan muka.

Perasan dengan sikap Riana, Naz berhenti bermain permainan tersebut lalu memujuk Riana. 

''Princess, okay-okay sorry. Tak buat lagi dah. Pandanglah sini. Aum aum.'' pujuk Naz kemudian mencuit hidung Riana, dalam masa yang sama, Emi muncul.


''Hi korang. Buat apa kat sini.? '' sapa Emi.

''Saja lepak je Emi, tapi kawan awak ni ha merajuk pula, susah saya nak pujuk.'' balas Naz.
''Yela mana aku tak merajuk, dia ni ha mengadap game je 24/7. '' protes Riana.
''Korang ni ada-ada saja. haha.'' lucu Emi melihat gelagat mereka. ''Boleh tak aku ikut ni.? Riana cakap korang nak pergi tengok movie.'' tambah Emi.
''Boleh saja. Jomlah. '' ajak Naz. 

Mereka pergi menaiki teksi. Sampai saja disana, mereka terus membeli tiket dan popcorn. Sementara menunggu waktu untuk masuk, Naz dan Riana sempat lagi bergambar. 


Masuk ke dalam panggung. Lampu masih lagi dipasang kerana cerita belum bermula. Mereka mencari tempat duduk seperti yang tertera dalam tiket. Naz duduk di tengah, di antara Riana dan Emi. 


Cerita bermula, cerita hantu Thailand. Pada awal, babak ceritanya seperti filem biasa-biasa saja, tiada yang menarik atau suspen. Naz berasa sangat bosan. Lain pula ceritanya dengan dua orang gadis di kiri dan kanannya. Sangat memberi tumpuan pada filem tersebut. 


Babak tersebut menunjukkan seorang budak lelaki berjalan dalam bangunan kosong, kononnya untuk membuktikan keberaniannya kepada rakan-rakannya. Tiba-tiba dia berhenti kerana kakinya seolah-olah dipegang. Kesan bunyi menambah keseraman didalam panggung. Dengan sekali sentap lelaki tersebut ditarik dan terheret di lantai dan kedengaranlah suaranya meminta tolong. 


Ramai penonton terkejut, apatah lagi dua gadis disebelah Naz, mereka berdua sama-sama berpaut pada tangan kanan dan kiri Naz. Naz membiarkan saja, terasa seronok pula didalam hatinya. Bagai menjadi rebutan. Argh! Lain pula fikiran si tomboy ini.


Setelah keadaan kembali reda, Riana menumpukan kembali perhatiannya terhadap filem tersebut tetapi Emi masih berpaut pada tangan Naz. Naz hanya memerhati gerak laku Emi, Emi menatap mata Naz. Mereka bertentangan mata. Terasa dekat sekali wajah mereka, dan lagi sekali babak menakutkan muncul, Emi tersedar dan melepaskan tangan Naz, dia menahan ketakutan sendiri dengan menutup matanya menggunakan tangan. 


Kini tangan Naz menjadi sasaran Riana yang ketakutan. Dipaut dan ditumbuk-tumbuknya.


''Aduh sakit...! '' kata Naz didalam hati.


Selepas cerita tamat, mereka keluar dengan keadaan lega. Perut terasa lapar jadi mereka bersetuju untuk makan. Mereka makan  di kopitiam dan memesan makanan mengikut cita rasa masing-masing. Naz duduk berhadapan dengan Emi manakala Riana disebelahnya. Sesekali Naz dapat perasan bahawa mata Emilia sesekali merenungnya. Mereka mendiamkan diri. 


''Seram gak kan cerita tadi.? Terkejut kot time hantu tu muncul, muka dia pergh...'' Riana memecah suasana.

''Yup. Lain kali aku taknak tengok cerita hantu macam ni lagi.'' balas Emi. 
''Eleh baru macam tu dah takut.. hahaha'' Naz mentertawakan mereka. Tiba-tiba Naz terasa sesuatu yang menggesel-gesel dikakinya. Semacam saja dirasa. Meow.! Mendengarkan suara itu, Naz dengan sepantas kilat melompat ke atas kerusi dan menjerit. 

''Tolong.!! Tolong.!! '' semua mata didalam kopitiam itu tertumpu kepadanya. Dia langsung tidak pedulikan pandangan orang dan terus menjerit. ''Kucing.!! Arghh.!!''


Riana dan Naz ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Naz, lalu menghalau kucing itu secara  baik. 


''Lagi baik takut hantu daripada takut kucing.! hahahahaha'' ketawa Emi dan disambut dengan ketawa Riana juga. Pengunjung restoran itu hanya ketawa kecil melihat adegan itu. 



****

Sesampainya mereka dirumah Naz, dia mempelawa Riana dan Emi masuk ke biliknya dan berehat dahulu sementara menunggu hujan reda untuk mereka balik ke rumah masing-masing. 

Nenek Naz tiada dirumah kerana pergi ke rumah emak saudaranya kerana ada kenduri kecil-kecilan. Naz tidak ikut kerana malas dan memberi alasan mahu belajar.


Telefon Riana berbunyi menandakan mesej masuk. Mesej tersebut dari bekasnya (pengkid) yang meminta maaf dan ingin getback dengannya. Riana tidak hiraukan mesej tersebut kerana baginya Azz adalah masa lalunya. 


''Siapa tu ?'' tanya Naz.


''Kawan lama.'' jawab Riana selamba dan mematikan fonnya. 


''Kalau korang nak tidur, tidurlah atas katil aku tu. Aku nak mandi kejap.'' pelawa Naz kepada Emi dan Riana.


Belum sempat Naz masuk ke bilik mandi, Riana tarik tangannya dan membisikkan i love you pada Naz. Naz hanya tersenyum. 


''Baringlah dulu okay.'' 


Sementara itu Emi memerhati bilik Naz, kemas dan tersusun. Diatas meja belajar dan rak barangan peribadinya terdapat banyak bingkai gambar keluarga dan gambar Naz bersama Riana. Satu perasaan aneh menerpa Emi. 


''cemburu.? buat apa nak cemburu.. '' kata Emi dalam hati...


*bersambung

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.