my guest

Friday, 12 December 2014

Penyakit Kanser dan Sunnah Rasulullah tentang makanan

Assalamualaikum. hye hye hye .!! nampak ter happy pulok haha. korang sihat.? aku sihat so korang insyaAllah sihat kan. ? okay bagus. pada petang jumaat 12/12/14 yang indah lagi murni ini, aku nak kongsi sesuatu tentang kanser ( cancer ) erpp teringat lagu MCR haha okay. 

satu perkongsian. sejak kebelakangan ini diperhatikan banyak berlaku kematian akibat kanser dkalangan umat islam di Malaysia ni kan ?? so aku kongsikan apa yang aku terjumpa dalam pesbuk .. baca okay.?? ini benda penting bukan untuk diri sendiri je.
-->  kami pernah ddatangi oleh bekas pelajr MRSM,seorng doktor pakr pemakann dan selalu keluar di astro oasis dlm rncngan agen Halal..sape kenal dgn doktor mohd redza benjamin..beliau pengidap kanser tahap 3..tp dberi ksmpatan oleh Allah utk hdup d dunia ini.beliau bnyk beri prkongsian tntg pengalamn beliau sbg pengidap kanser. saya akn cerita sedkit demi sdkit nnt

Dr Reza ni pernah berpesan ketika sakitnya itu pada ibunya jangan benarkan doktor cabut talian hayat nya (bntuan oksgn) selagi beliau belum benar2 disahkan mati. pada ketika dia koma, dr Reza mohon pada Allah atas segala kebaikan yang dia pernah lakukan sebelum ini supaya diberi peluang kedua untuk hidup dan dapat dia perbetulkan kesilapan yang telah beliau lakukan.
kesilpn beliau adalah beliau selalu mmberi ceramah kesihatn kpd org ramai supaya mengamalkn pemaknn mengikut sunnah nabi tp malangnya beliau sndri mengambil ubat-ubatn kimia utk dirinyer..jd beliau telah berlaku hipokrit pd org ramai.dan sejak beliau sedar dr koma,beliau ubah cara pemaknn beliau dan mengesyorkn kita umat islm ikut sunnah nabi
Sedikit perkongsian lg:
1- makan lah sayur2 atau buah2an dahulu sblm ambil mknn lain
2- makan mknn yg Halal & Thoiyyib(suci)
3- Jgn mkn berlebih lebihn (surah Al-A'raf ayat 31)..bhnti sblm knyng
4- Perhatikn mknn kamu Surah Abasa ayat 24
-INI PERKONGSIAN DARI Dr Reza YG ALLAH DAH LAME BGTAU KITA,CUME RAMAI DR KITA YG TAK TAHU ATAU BUAT2 TAK TAHU...
- cuba perhatkn lobak merah kalau dipotong,apakah bentuknyer ?spt mata kan? so dlm kajian sains pun mndapati lobak sbnrnye bagus utk keshtn mata
-then, perhatikn tomato-mengadungi licopin-utk merawat jantung.cube belah tomato,lihat ada 4 cabang dlm tu,ibarat 4 injap dlm jntng kita. yer sbnrnya tomato mmg bagus utk jntung
-cuba perhatikn anggur..bentuk asalnya jika kita ambil setangkai anggur adalah spt bntuk jantung kita kan? kajian sains pun mengatakn ia bgus utk jntng
-then perhatikan kacang walnut..kulitnyer keras susah nk dipecahk
n dan isi dlmnya jika dilihat spt otak manusia..ia mmg bagus utk otak..pd ibu2 sila beri anak anda mkn walnut supaya otak cerdas dan mudah menghafal esspecially anak yg masuk tahfiz
-cuba perhatikn kidney bean@ kacang merah..bentuk buah pinggang kita kan..ia mmg bagus utk rwtn buah pinggang
-batang saderi, bentuknye spt tulang manusia..mmg ia bgus utk tulang
-buah avocado-perhatikn buahnya dan mcm mana bntuk isinya..ia spt rahim perempuan dan ia mmg bagus utk hormon wanita,bukannya utk rawatan rambut shj...
-buah Thin..cuba perhatikn buah Thin ini.kaum adam cube perhatikn buah Thin ini dan lihat  sndri ia brbntuk spt apa. kajian sains mendapati ia bagus utk kesuburan kaum lelaki.
Yahudi dah banyak tipu kita..dia kata daging kmbing kalau mkn kena darah tinggi.itu semua satu pembohongan..DAGING KAMBING ADALAH PALING RENDAH KANDUNGAN KOLESTROL,    yg kena darah tinggi tu sebab cara masakkan kita,contohnya masak kambing dgn santan yg brlebihan dan sebagainya...ape yg Allah jadikan semuanya baik.    cuma kita manusia, yg salah guna betul tak? so perbetulkn cara pemikiran dan pemakanan kita dan keluarga lepas ni..bnyk lagi tips dr Dr. Reza ni...
INI tips lagig utk siapa yang mnghadapi masalah usus yg penuh dgn selaput @ lapisan sisa makanan yg tersangkut di saluran usus anda ,anda boleh mengamalkan cara ini secara berterusan yg disyorkan oleh Dr. Reza ni..kosnya sangat murah dan anda tidak perlu habiskan puluhan ribu ringgat untuk kos rawatan usus ni.     (kalau nk mmbazir jugak baik bg kat aku.. hihihi sory gurau ckit)..
Ok caranya mudah saje..
  • anda cume perlu beli kelapa laut atau Nata de Coco tu, buang airnya.... oppss sory.. buang air manisan nata de coco tu dan ganti dengan air putih..
  • kemudian anda beli 'YAKULT'..ok ini menyelit sikit beli yakult dan jangan beli vitagen kerana yakult ni mengandungi 90% bakteria baik yang hidup berbanding dengan vitagen yang hanya mengandungi 80% bakteria mati..
  • Then ambil lebih kurang 12-15 kiub nata de coco tadi dan  campurkn dengan sebotol Yakult..


Amalkn setiap pagi waktu baru bangun tido SEBELUM ambil makanan lain@ kalau nak lebih bkesan buat dua kali sehari sebelum tido malam..  biar berterusan.   insyaAllah kesannya najis kita akn lembut dan kotoran yang tersangkut pada usus akan disingkirkan secara perlahan2..kalau anda tengok najis anda berwarna hitam,itu tandanya ada tindak balas yang baik dari amalan tadi ( persoalannya anda tengok ka najis anda) ..penyingkiran toksid telah berlaku tapi benda ni tidak diwar-warkan kepada orang ramai..
Ada lg dan kwn2 kalau nk tahu ini bkn untuk kondem mane2 produk..
cume Dr. Reza bagitau kenapa kita mudah kena cancer tulang, kenape kita disyorkan  ambil calcium kononnya untuk kuatkan tulang?
sbnrnya tubuh bdn kita dah ada calcium.so bila kita ambil calcium berlebihn maka ia akan berlebihan dan akan menyebabkan terjadinya kanser tulang.. prosesnya terjadi aku tak dapat  terangkan sebab aku tak habis ngaji bio..cuba tanya pada yang pakar..cume saranan Dr. Reza adalah ......
.kita cume amalkan ambil 5 helai pucuk DAUN KARI di buat ulam,kerana daun kari mengandungi calcium yang sangat tinggi
5 helai daun kari bersamaan dgn Dua Gelas Susu Anlene. logik akal kita lihat lah kenapa org india suka masak atau makanan berasas daun kari dan tulang mereka kuat blh buat kerja berat2..gigi mereka pun putih dan daya tahan lame..hihihi ini tngok gigi masing2 umur baru 37 gigi banyak dah yang lompong.betul tak? jgn mrh ye berkongsi ilmu smbil bergurau...
Ok lg satu kawan2 jangan amalkan minum air soya dan bagi anak mnum air soya selalu krn ia penggalak sel kanser dan boleh melemahkan otak..ini semua penipuan dari yahudi, dia suruh org islam minum soya tapi dia org minum susu kambing..
dia nk musnhkn org islam secara halus dan melalui perang saraf..tolong control anak2 dari banyak berintenet dan lihat rancangan tv berbeentuk hiburan sbab itu melalaikan kita dari mengingati Allah dan kesan sampingannya kita lihat saja sekarang..saya cuma mmperingtkn diri saya sndri dan yg lain2.yg baik adalah dr Allah dan yg x baik dtg dr saya sndri..insya Allah ada kelapaangan lg saya share maklumat lg yer..

ha.... itulah saja aku nak kongsi. and aku cukup percaya banyak ilmu yang korang dapat tu pon kalau korang rajin bacalah. kan ? aku sampaikan sebab Nabi pernah pesan, sampaikanlah dariku walau sepotong ayat, ha... so walaupon aku tak berapa nak alim, aku cuba. at least kan ? :) terima kasih. assalamualaikum. see ya.

Thursday, 11 December 2014

Cinta Pada Angin Lalu 4

Part 4 : Ciuman 

Semasa Naz sedang mandi, Emi dan Riana yang keletihan, berbaring di atas katil Naz yang bersaiz queen. Lama kelamaan mereka terlena. Apabila Naz keluar daripada bilik mandi, dia dapati Emi dan Riana sudah nyenyak tidur jadi dia mengambil keputusan untuk memakai pakaian disitu sahaja. Walaupon tubuhnya dibaluti dengan tuala, masih nampak keseksiannya sebagai seorang perempuan. Emi yang terjaga ternampak Naz dalam keadaan itu, dia hanya diam dan mengintai Naz. 

' Emm comelnye dia ni.. ! ' kata Emi dalam hati.


Sesudah Naz selesai memakai pakaian, telefonnya berdering, panggilan dari neneknya yang menyatakan dia tidak pulang malam ini, sebaliknya dia pulang malam esok kerana ada hal yang masih perlu dilakukan bersama makcik-makciknya. Neneknya berpesan untuk mengunci pintu dan tingkap dan jika perlu, Naz boleh mengajak kawan-kawannya tidur dirumah.


Naz terfikir untuk meminta Riana dan Emi menemaninya memandangkan esok cuti. Naz segera mendapatkan mereka. Naz masuk ke bilik dan duduk di tepi katil, membelai rambut Riana. Riana terjaga.

'' Emm, aby dah mandi ? Kat luar hujan lagi ke ? '' tanya Riana yang dalam keadaan mamai, Emi masih pura-pura tidur tetapi tetap mengintai Riana dan Naz.


''Ye baru je siap. Aah hujan lagi. Sedap tidur ? hehe '' sindir Naz.

''Aby ni.... '' rajuk Riana sambil mengerut dan memuncungkan muka.


''Ala ala. muah'' ciuman Naz hinggap di dahi Riana. '' Sayang teman aby boleh malam ni? Nenek tak baliklah malam ni. Sayang ngan Emi tidur sini eh ? '' pinta Naz.

''Tidur sini? Emm sayang ok je, tapi kena minta izin mama ngan papa. Kalau diorang bagi bolehlah.'' kata Riana.


''Sayang call lah diorang. Nah pakai fon aby.''


Riana menelefon papanya dan meminta izin tetapi papanya tidak mengizinkan kerana papanya mahu membawa Riana ikutnya sekali pulang ke kampung untuk menjenguk opahnya. Naz agak kecewa kerana kekasihnya tidak dapat menemaninya.


''Sorry aby... Papa tak bagi. Kena balik kampung.. '' ucap Riana dengan nada sedih. '' Emi je lah teman aby.. Nanti aby sensorang plak. Sian aby..''


Riana mengejutkan Emi dan menanyakan samada dia mahu temankan Naz. 


'' Kalau kau ada bolehlah, ni kau pon nak balik kampung. Takkan aku sensorang. Apalah.. '' Emi kurang bersetuju kerana agak sedikit malu. 


''Ala please.. Kesian kawan kita ni sorang-sorang. Kau temanlah. Sehari je. Please.. '' pujuk Riana. 


''Emm aku fikir dulu... ......... okay bolehlah tapi kena tanya parents aku dulu.


''Yes okay. hehe thank you kawan. sayang kau '' Riana gembira kerana Naz tidak akan tinggal dirumah seorang diri. Dia agak risau jika sesuatu terjadi jika dia seorang saja dirumah. 



Emi menelefon ibunya dan meminta izin, ibunya memberi keizinan kerana ibunya kenal benar dengan nenek Naz dan mengetahui keluarga mereka orang yang baik-baik. 


Naz kurang kuatir apabila ada orang menemaninya. Maklum sahaja Naz nampak sahaja berani dan ganas tetapi dia paling takut apabila hujan lebat dan keadaan yang gelap, apa lagi kalau seorang diri.


Papa Riana akan menjemputnya dirumah Naz. Naz sempat meminta tolong papa Riana untuk membelikan nasi bungkus untuk dia dan Emi untuk makan malam. 


Sebelum papa Riana sampai, Riana menarik tangan Naz masuk ke bilik mandi, mereka berciuman di bibir dan Riana menyatakan rasa sayangnya terhadap Naz dan memberi amaran agar Naz setia kepadanya, Naz hanya mengangguk kerana masih terbuai dengan ciuman Riana tadi. Melihat reaksi Naz, Riana menciumnya kembali tetapi dengan lebih lama dan ghairah. Mereka terhenti bila Emi memberitahu bahawa papanya, Encik Khalid sudah sampai. Riana dan Naz keluar dan menemui papa dan keluarga Riana. Naz mengucapkan terima kasih dan memberikan duit untuk makanannya tetapi Encik Khalid menolaknya dengan baik.


''Kamu buat saja belanja sekolah ya.? Pakcik belanja ni. Maaflah Riana tak dapat teman kamu, pakcik mahu bawa dia balik ke kampung. Nenek kamu balik bila.?'' baiknya Encik Khalid.


''Terima kasih pakcik. Tak apalah pakcik, Emi sudah ada teman saya. Nenek balik esok malam kalau tak ada aral.'' jawab Naz.


''Oh yelah. okaylah kami jalan dulu ya. hati hati dirumah.'' pesan Encik Khalid. Riana melambai Naz dan Emi dari dalam kereta.


Naz dan Emi masuk ke dalam rumah dan meletakkan makanan itu didapur. Mereka duduk menonton televisyen. Naz yang keletihan terus tertidur disofa tersebut. Emi yang melihatnya tidur sambil duduk, membaringkannya diatas ribanya dengan perlahan kerana tidak mahu Naz terjaga. 


Emi melihat saja muka Naz bila dia tidur, sesuatu dapat dirasakan Emi apabila bersentuhan dengan tangan Naz. 


''Tak mungkin aku sukakan kau. Aku masih waras. Ya Allah.! '' ucap Emi didalam hati. 


Tapi apa boleh buat, entah setan mana yang membisik di telinganya. Emi mengusap-usap  rambut Naz yang pendek itu. Jika dilihat dari jauh, bagaikan sepasang kekasih dimana si gadis membelai-belai si lelaki diatas ribanya. EH.... persoalannya. lelaki kah.? Lama kelamaan Emi juga berasa mengantuk lalu bersandar disofa dan tidur. Naz terjaga kerana terdengar azan maghrib. Naz terkejut apabila mendapati dirinya begitu dekat dengan Emi, dia segera bangun dan memikirkan apa terjadi, tetapi lama-kelamaan dia malas ambil tahu. 


Naz bangun dan mengejutkan Emi agar mandi dan siap2 untuk solat. 


''Awak boleh pakai baju saya..'' pelawa Naz. Emi menurut sahaja dan mandi. Kemudian mereka solat bersama-sama. 


Emi pelik dengan Naz, didikan agama Naz cukup sempurna tetapi kenapa dia seperti itu.? (tanda tanya)  Mereka kemudiannya makan dan belajar bersama sehinggalah jam 11.30 malam. Di luar hujan masih renyai.


Mereka berhenti belajar dan menonton tv sementara menunggu mata mengantuk. Mereka duduk bersebelahan disofa. Naz dengan sepontan meletakkan kepalanya dibahu Emi, Emi agak terperanjat kerana tidak pernah diperlakukan seperti itu tetapi dia berlagak biasa dan membiarkannya. 


Telefon Emi berbunyi. Jimmy memberi whatsapp menyatakan dia suka pada Emi dan mahukan Emi. Emi sedikit marah atas gangguan Jimmy itu. Bukan pertama kali Jimmy berbuat begitu. Pernah sekali Jimmy entah apa mabuknya menelefon Emi dan mengajak Emi melakukan perkara sumbang, tetapi apabila disekolah Jimmy berlagak seperti orang baik baik dan seperti tiada apa yang berlaku. Semakin lama Emi bertambah meluat pula hingga bertukar menjadi benci.  


Naz mengintai apa yang ditulis oleh mereka. Emi membiarkan sahaja Naz membacanya. Emi menyumpah-nyumpah Jimmy dan apabila dia tidak dapat tahan kemarahannya terus dia mematikan telefon dan mengeluarkan muka bengisnya. Naz yang agak takut, cuba beranikan diri mendekati Emi semula. Naz memegang tangan Emi dengan tangannya sedikit ketar. Emi yang perasan tangan Naz sedikit menggigil, bersuara.


''Kenapa dengan awak ?'' tetap lembut suara Emi.


'' Err takut... awak garang.. '' Naz tunduk tetapi masih memegang tangan Emi. 


''Takut.? Hhahaha tak payah takutlah, saya mara Jimmy, bukan awak. '' Emi mentertawakan Naz. '' Saya marah pun kejap jelah, tak ada lah sampai nak marah semua orang.. Relax okay.'' ucap Emi sambil memegang tangan Naz kembali. 


Jam sudah pukul 12.15 pagi. Mereka masuk ke bilik dan berbaring diatas katil bersama. Emi bertanya tentang hubungan Naz dengan Riana. Dan Naz menceritakan apa yang Emi ingin tahu. 


''So awak  dengan Riana pernah kissing.? Rasa apa wak.? '' tanya Emi, dia mula tertarik dengan Naz sebenarnya.


''Rasa apa.? Rasa sedap wak.. hahaha'' jawab Naz selamba. Baginya tiada apa yang perlu ditutupi dengan Emi kerana Emi pernah berkata dia tidak kisah berkawan dengan Naz dan Riana. 


''Sedap.? '' terkedu Emi mendengarnya. Kini hatinya membuak-buak ingin merasakan apa itu ciuman dengan pasangan. 


''Kenapa awak tanya.? Awak tak pernah rasa.?'' pancing Naz. 


''hehehe...'' Emi hanya ketawa kecil. 


Naz merapatkan tubuhnya kepada Emi. Emi diam dan memandang Naz. Naz merapatkan muka kepada Emi. Emi merasakan degupan jantungnya semakin laju. Emi memejam matanya. Naz mencium bibir Emi tetapi sedikit sahaja kerana tersentak dek bunyi telefon Naz. Riana.


''Hello..'' jawab Naz sambil memandang Emi. Emi hanya diam dan tunduk malu.


''Hai aby.. tak tidur lagi ke ? Dah lewat ni. '' tanya Riana.


''Baru nak tidur, sayang dah call. Kitaorang baru lepas tengok tv ni. Sayang nape tak tidur.? ''alasan Naz.


''Sayang rindu  nak dengar suara aby... Sayang dah sampai kampung, penat sangat aby.. nak aby picit badan sayang.. emhh..'' suara manja Riana menerjah gegendang telinga Naz. 


Emi membelakangkan Naz dan buat-buat tidur. Naz bergayut dengan Riana hingga pukul 1 pagi. Sesudah bergayut dengan Riana, Naz merapatkan tubuhnya dengan Emi dan memeluk Emi dari belakang. Emi yang masih belum tidur, pusing mengadap Naz, dan mereka berciuman dan bermain lidah. Emi merasakan bagai mana ciuman yang digambarkan oleh Naz. Emi mengeluh saja menahan nikmat. Mereka berciuman hingga tertidur. 


****bersambung****





Monday, 1 December 2014

cerpen lesbian : Cinta Pada Angin Lalu 3

Part 3 : Perdamaian dan Kemaafan

Naz dan Riana ke sekolah bersama-sama. Mereka kini menjadi sangat rapat hingga berita tentang mereka menjalin hubungan sejenis tersebar entah dari mana datangnya. Rakan-rakan kini ramai yang memandang serong terhadap mereka. Ada juga guru yang menyindir mereka sewaktu mengajar. Mereka pernah dipanggil guru kaunseling untuk diberi nasihat tetapi mereka tetap tidak pedulikan semua itu dan terus dengan hubungan mereka.

Walau bagaimanapun, Emilia tetap dengan pendiriannya untuk berkawan dengan Riana, kerana baginya tidak salah berkawan dengan orang yang mempunyai nafsu songsang selagi dirinya tidak tergusur ke lembah tersebut. Hari berganti hari kini sudah 2 bulan Naz dan Riana bercinta (errr......). 


''Aby, boleh tak sayang nak ajak Emi sekali pergi tengok movie?'' pinta Riana.

''Kenapa nak ajak dia ? hmm suka hati sayanglah. '' balas Naz acuh tak acuh kerana sedang kusyuk bermain permainan video.
''Game, game, game. Tak habis-habis, sampai orang tanya pon jawab acuh tak acuh. Makan game tu.'' marah Riana terus memalingkan muka.

Perasan dengan sikap Riana, Naz berhenti bermain permainan tersebut lalu memujuk Riana. 

''Princess, okay-okay sorry. Tak buat lagi dah. Pandanglah sini. Aum aum.'' pujuk Naz kemudian mencuit hidung Riana, dalam masa yang sama, Emi muncul.


''Hi korang. Buat apa kat sini.? '' sapa Emi.

''Saja lepak je Emi, tapi kawan awak ni ha merajuk pula, susah saya nak pujuk.'' balas Naz.
''Yela mana aku tak merajuk, dia ni ha mengadap game je 24/7. '' protes Riana.
''Korang ni ada-ada saja. haha.'' lucu Emi melihat gelagat mereka. ''Boleh tak aku ikut ni.? Riana cakap korang nak pergi tengok movie.'' tambah Emi.
''Boleh saja. Jomlah. '' ajak Naz. 

Mereka pergi menaiki teksi. Sampai saja disana, mereka terus membeli tiket dan popcorn. Sementara menunggu waktu untuk masuk, Naz dan Riana sempat lagi bergambar. 


Masuk ke dalam panggung. Lampu masih lagi dipasang kerana cerita belum bermula. Mereka mencari tempat duduk seperti yang tertera dalam tiket. Naz duduk di tengah, di antara Riana dan Emi. 


Cerita bermula, cerita hantu Thailand. Pada awal, babak ceritanya seperti filem biasa-biasa saja, tiada yang menarik atau suspen. Naz berasa sangat bosan. Lain pula ceritanya dengan dua orang gadis di kiri dan kanannya. Sangat memberi tumpuan pada filem tersebut. 


Babak tersebut menunjukkan seorang budak lelaki berjalan dalam bangunan kosong, kononnya untuk membuktikan keberaniannya kepada rakan-rakannya. Tiba-tiba dia berhenti kerana kakinya seolah-olah dipegang. Kesan bunyi menambah keseraman didalam panggung. Dengan sekali sentap lelaki tersebut ditarik dan terheret di lantai dan kedengaranlah suaranya meminta tolong. 


Ramai penonton terkejut, apatah lagi dua gadis disebelah Naz, mereka berdua sama-sama berpaut pada tangan kanan dan kiri Naz. Naz membiarkan saja, terasa seronok pula didalam hatinya. Bagai menjadi rebutan. Argh! Lain pula fikiran si tomboy ini.


Setelah keadaan kembali reda, Riana menumpukan kembali perhatiannya terhadap filem tersebut tetapi Emi masih berpaut pada tangan Naz. Naz hanya memerhati gerak laku Emi, Emi menatap mata Naz. Mereka bertentangan mata. Terasa dekat sekali wajah mereka, dan lagi sekali babak menakutkan muncul, Emi tersedar dan melepaskan tangan Naz, dia menahan ketakutan sendiri dengan menutup matanya menggunakan tangan. 


Kini tangan Naz menjadi sasaran Riana yang ketakutan. Dipaut dan ditumbuk-tumbuknya.


''Aduh sakit...! '' kata Naz didalam hati.


Selepas cerita tamat, mereka keluar dengan keadaan lega. Perut terasa lapar jadi mereka bersetuju untuk makan. Mereka makan  di kopitiam dan memesan makanan mengikut cita rasa masing-masing. Naz duduk berhadapan dengan Emi manakala Riana disebelahnya. Sesekali Naz dapat perasan bahawa mata Emilia sesekali merenungnya. Mereka mendiamkan diri. 


''Seram gak kan cerita tadi.? Terkejut kot time hantu tu muncul, muka dia pergh...'' Riana memecah suasana.

''Yup. Lain kali aku taknak tengok cerita hantu macam ni lagi.'' balas Emi. 
''Eleh baru macam tu dah takut.. hahaha'' Naz mentertawakan mereka. Tiba-tiba Naz terasa sesuatu yang menggesel-gesel dikakinya. Semacam saja dirasa. Meow.! Mendengarkan suara itu, Naz dengan sepantas kilat melompat ke atas kerusi dan menjerit. 

''Tolong.!! Tolong.!! '' semua mata didalam kopitiam itu tertumpu kepadanya. Dia langsung tidak pedulikan pandangan orang dan terus menjerit. ''Kucing.!! Arghh.!!''


Riana dan Naz ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Naz, lalu menghalau kucing itu secara  baik. 


''Lagi baik takut hantu daripada takut kucing.! hahahahaha'' ketawa Emi dan disambut dengan ketawa Riana juga. Pengunjung restoran itu hanya ketawa kecil melihat adegan itu. 



****

Sesampainya mereka dirumah Naz, dia mempelawa Riana dan Emi masuk ke biliknya dan berehat dahulu sementara menunggu hujan reda untuk mereka balik ke rumah masing-masing. 

Nenek Naz tiada dirumah kerana pergi ke rumah emak saudaranya kerana ada kenduri kecil-kecilan. Naz tidak ikut kerana malas dan memberi alasan mahu belajar.


Telefon Riana berbunyi menandakan mesej masuk. Mesej tersebut dari bekasnya (pengkid) yang meminta maaf dan ingin getback dengannya. Riana tidak hiraukan mesej tersebut kerana baginya Azz adalah masa lalunya. 


''Siapa tu ?'' tanya Naz.


''Kawan lama.'' jawab Riana selamba dan mematikan fonnya. 


''Kalau korang nak tidur, tidurlah atas katil aku tu. Aku nak mandi kejap.'' pelawa Naz kepada Emi dan Riana.


Belum sempat Naz masuk ke bilik mandi, Riana tarik tangannya dan membisikkan i love you pada Naz. Naz hanya tersenyum. 


''Baringlah dulu okay.'' 


Sementara itu Emi memerhati bilik Naz, kemas dan tersusun. Diatas meja belajar dan rak barangan peribadinya terdapat banyak bingkai gambar keluarga dan gambar Naz bersama Riana. Satu perasaan aneh menerpa Emi. 


''cemburu.? buat apa nak cemburu.. '' kata Emi dalam hati...


*bersambung

SPM habis !!

sedeh pedeh !!! hahaha sangat !

Assalamualaikum kakak2 abang2... erpp ade ke abang2 masuk blog aku ? :/
Lantak depa.! semua sihat belaka ? lamo dah den tak buka blog den ni,!

Ni teman nak bagitau kome , teman udah bebas.!! Bebas penjara ... ?? ee idok ler.. masuk pon belum pernah. haha teman udah bebas SPM 2014. Ate ? alah.. saje ler teman nak kabo. :)

Teman menganggur aje ni, nak cari kogheje(kerja)... :D

ok bye.! haha