my guest

Monday, 27 May 2013

Allah telah tunjukkan yang mana baik dan tidak

Assalamualaikum dan hai semua ! ^_^ Sihat ke tak ni ? Dah makan ? Dah mandi ? Kalau dah ALHAMDULILLAH.

Okey aku nak ceritakan pengalaman aku ikut pak cik aku balik kampung semalam. Nak dipendekkan cerita semalam aku ikut pakcik aku balik kampung then pak cik aku berhenti dekat pasar tani sebab nenek aku kirim beli lauk mentah ( ikan, daging, sotong ). Aku tunggu dalam kereta sahaja sebab malas nak turun sebab aku pakai seluar pendek je. Haha

Then bila pakcik aku dah selesai membeli dia pun masuklah kereta. Dia start enjin tapi enjin merengek pula. Bateri weak katanya. Then dah beberapa lama tunggu and cuba start, tak juga boleh. Dia call kawan-kawan dia tapi tak berangkat and ada yang kerja pula.

So ikhtiar terakhir terpaksa lah tolak kan ? Okay, aku sorang je tolak, dia control stereng, NGAM ! ouchh

Then bila dah keluar dari parking, tak juga hidup. Kereta pakcik aku ni menghalang pula kereta yang parking sebelah tadi nak keluar. Orang sebelah tu datang dan.......

''Kenapo dongan keto ( kereta ) kau ni ? '' kata orang sebelah.

Pakcik aku jawab '' Bateri eh weak bang haa. Maaplah yo, buleh tak tolong tolak an ?'' 

Orang sebelah tadi tanpa berkata apa-apa terus kebelakang kereta dan tolak. Aku pun tolak. Selepas melepasi keretanya, dia pun terus blaa tanpa berkata apa-apa. Enjin masih belum hidup.

''Timo ( terima )  kasih bang !! '' pakcik aku jerit cakap kat orang sebelah tu sebab dia dah masuk kereta. entah dengar ke tak.

Then ada seorang lelaki datang dengan kaki yang tenjot. Dia macam kurang keupayaan. Mungkin eksiden, aku tak tahu. 

''Enjin tak hidup ko bang ? '' tanya lelaki itu kepada pakcik aku.

''Aah lah dik. Bateri weak ha. Tibo-tibo buek (buat) hal.'' kata pakcik aku.

''Tak po lah eseyy (saya) tolong tolak an. '' lelaki tadi offer diri.

Aku pun tolaklah dengan lelaki tadi. Akhirnya hidup juga enjin itu. Dan baterinya tidak pernah weak lagi dalam hari itu. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu. Dalam hati aku, Ya Allah, bezanya cara orang nak tolong orang lain ni. Orang yang sempurna fizikal belum tentu ada hati yang sempurna. 

Bila aku fikir balik, aku macam pernah jumpa orang yang tolong pakcik aku mula-mula tu. Dia tu anak seorang imam di suatu kampung dekat Pelangai. Dia tu sombong. Maaflah kalau aku cakap kau sombong ye pakcik, tapi memang betul.

And aku doakan lelaki yang tolong pakcik aku sampai enjin boleh start tu dirahmati Allah. Walaupun dia tak sempurna fizikal, tapi dia masih ada hati yang ikhlas nak tolong orang sampai berjaya. 

So guys, the moral of the story is, janganlah menilai seseorang dari luarannya kerana belum tentu orang yang cantik luar akan cantik dalamnya. And aku doakan juga orang yang sombong tu akan berubah. Amin.

Oh jangan lupa jimat tenaga elektrik dan air ya ? Bekalan dunia semakin berkurangan, tq.

Terima kasih, 
~~FY_O8~~


Friday, 24 May 2013

Bahagiamu , Deritaku

Assalamualaikum guys ! Sihat ke semua ? ^_^

Okay, aku tak nak cakap apa-apa pun hari ini. Just aku nak cakap semalam ex aku bagi lagu Bahagiamu, Deritaku nyanyian Hafiz. Dulu aku anggap lagu tu lagu biasa je yang selalu orang dengar tapi bila aku dengar time ex aku bagi, lagu tu, melodinya, liriknya....menyentap jiwa aku. So bawah ni aku letakkan liriknya. 

*Jujur, saya pun sayangkan awak. Tapi kita kena putus jugak, sebab saya takut bila saya pergi, awak akan kecewa lebih dari ini. Maafkan saya.!

Bahagiamu, Deritaku - Hafiz

Ku dengar kau cinta sangat padanya , Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan jadi teman sehidup dan semati, Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa , Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta , Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu , Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku perlahan-lahan kuterima , Semakinku sakit semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah , Sungguhku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu


Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta , Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu , Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku perlahan-lahan kuterima , Semakinku sakit semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah , Sungguhku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu , bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah , Sungguhku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu ... oooouuuu

Okay dah habis. Aku doakan dia happy dengan pengganti aku tu. Kalau ada jodoh tak kemana. Tapi jodoh apa pula kan kalau hubungan pun terlarang. Haiyhh aku sedar. 

Sekian.

Thursday, 23 May 2013

Apakah makna kerinduan ini ?

Assalamualaikum, hye kawan-kawan. Apa khabar ? Sihat ? ^_^ 

Okay, hari ini aku rindu kan seseorang yang dah pergi dari hidup aku 2 hari lalu. Kini aku kembali single. Ini atas kehendak aku sebab aku memang tak serasi dengan dia. Dah berkali aku mencuba membaiki hubungan itu, tapi hasilnya sama. Berbaik dan bergaduh, bergaduh dan berbaik. Tapi walaupun macam tu, bila dia pergi dan jumpa pengganti aku, aku rindukan dia. 



Apa itu rindu ?

Rindu adalah satu perasaan ingin bertemu dengan kekasih atau orang yang disayang. Rindu lahir dari sebuah perhubungan, perasaan dan cinta. Biasanya, bila seseorang sedang merindu, mereka cenderung mengungkapkan kata-kata romantik sebagai ungkapan perasaannya.

 KERINDUAN- Puisi Rindu

Adakah engkau disana sepertiku, 
Memasuki dunia hayalanku yang mencaci,
Aku berhayal berduaan denganmu,
Dimana aku dapat tertawa denganmu, menggenggam tanganmu.

Wahai cintaku disana,
Mengapa kau tak mengenaliku,
Kau tak tahu apa yang ada dihatiku,
Kau tak tahu jika aku memandangi wajah indahmu.

Adakah engkau disana sepertiku,
Yang tidak sedarkan diri akan cinta yang bersemi,
Yang tak mampu mengucapkan kedalaman rindu,
Saat berhadapan denganmu.

Aku yang terkurung di ruang cinta dan kerinduanku,
Tak dapat berucap padamu, bahkan walau telah menyentuhmu,
Setiap menatap matamu terasa menusuk jantungku,
Engkau cintaku, cinta terpendamku,
Engkau rinduku, rindu tak bertuan ku.

          Mungkin ini yang terbaik, untuk aku, engkau dan dia. Apapun yang terjadi, aku dan kau takkan pernah bersama. Dan kau juga telah dimiliki, dia yang mampu mencuri hatimu. 

Tuesday, 21 May 2013

Real Friends


ASSALAMUALAIKUM. Hello hello guys. Today I would like to share a post about REAL FRIENDS. Actually, this is my english oral test. Not originally mine. [ er sorry kalau english aku berterabur . ah malu tapi nak jugak =P ]          
                                                          
NAME : AFIY Walalawei        
CLASS : 4 K                                      
TITLE : REAL FRIENDS                        
                                                                                                                                                                  
          People today, in all this new world technology and thinking, have lost sight of what is a real friendship is. Here, there are the explaination about what real friends are. Friends don’t have to be exactly the same. Friends have their similarities but they also have their differences. The key to have real friends is not only to expand on similarities but to accept each other’s faults, because you cannot ever judge your friend.                                                 
                                                                                                                                                          
          Real friends have a special place in their hearts for each other and will defend and protect each other. Moreover, they will laugh "with" you and not laugh "at you" when you make a fool of yourself. The most important about real friends is they are never jealous of each other.
                                                                                                                                                                 
           Real friends face problems together. They are a person who truly knows and loves you. Moreover, they are someone who sees the pain in your eyes while everyone else still believes the smile on your face.  Don’t look for someone who will solve all your problems but look for someone who will face them with you.                                                                                               
                                                                                                                                                                  
          Lastly, they keep their promises. Your word means everything.  If you say you’re going to do something, DO IT!  If you say you’re going to be somewhere, BE THERE!  If you say you feel something, MEAN IT!  If you can’t, won’t, and don’t, then DON’T LIE.  Real friends keep    promises and tell the truth upfront.                                                                                            
                                                                                                                                                        
          These are only a few of the basics. Just remember, friends are forever but if you keep it that way. Don’t dis your buds, love them instead and when they drive you nuts, love them much more for being just a little bit different and maybe just a little bit quirky.                         


Wednesday, 1 May 2013

Erti Sahabat

Assalamualaikum semua. Hye kawan-kawan alam maya. Korang sihat ? Aku harap sihatlah ye semua. =D
Kawan-kawan, pernah tak korang ada sahabat baik ? Pernah tak korang rasa hidup korang macam tak lengkap kalau sahabat korang tu tak ikut sama pergi ke tempat yang selalu korang pergi bersama ? Pernah tak ? Aku pernah. Tapi.... dia bukan sahabat aku. Dia cuma kawan biasa. 





kawan akan selalu buat kita ketawa.



Kenapa aku cakap macam tu ? Sebab dulu aku pernah kecewa dengan seorang sahabat. Sejak itu aku tak pernah percaya, opps pembetulan aku tak pernah dan tak akan pernah lagi percaya hubungan sahabat sejati. Hingga kini aku masih mencari apa erti sahabat. Doakan aku jumpa erti sahabat itu satu hari nanti ok ? (^_^)


Ok, apapun di sini aku nak kongsi tentang Friendship atau Persahabatan. Mengikut pembacaan aku ye, sahabat ni nilainya tiada bandingan. Seseorang sahabat tu diibaratkan sebagai berlian yang berkilau di antara lumpur-lumpur hitam. Sahabat sejati juga bertanggungjawab, jujur, dan yang paling penting sangat menjunjung erti setiakawan. Wah hebatkan kalau ada  sahabat macam tu ? ヽ(^o^)ノ


Kalau korang ada sahabat, dan dia menegur perbuatan salah korang walaupun akan membuat korang tersinggung, terimalah. Kerana tu tandanya sahabat korang tu sayangkan korang. Dia mungkin tak nak korang terus hanyut dalam melakukan perkara yang salah. Korang janganlah melenting dulu. Dengar dulu apa yang sahabat korang tu cakapkan. 



Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda : '' Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih daripada kamu mengasihi diri sendiri”.  Menurut Imam Ghazali pula, sahabat tu haruslah berlandaskan hati yang bersih. Wah nampak tak kebesaran bersahabat ? Kalau kita kawan dengan orang yang baik, baiklah kita. Dan maaf ye kalau aku cakap, kalau kita kawan dengan orang yang hatinya jahat, maka jahatlah kita. Maaf lagi sekali kalau aku lancang, ye aku pun sedar kadang-kadang dalam memilih kawan, aku juga lalai. Jadi aku mengingatkan diri aku sendiri dan kawan-kawan yang lain. ◉‿◉

Senang je kalau korang nak gembirakan sahabat korang :
  • salah satu caranya ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya. Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
  • memaafkan kesalahan yang sahabat kita tu pernah lakukan. Pernah dengar tak, memberi maaf tu perkara yang mulia ? Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan sahabat mu”
  • korang pun boleh mendoakan sahabat korang. Ustazah aku pernah cakap, lagi baik jika korang doakan sahabat korang tu tanpa mereka ketahui. Tu lah doa paling mujarab kerana malaikat turut mendoakan korang. 
So tu lah apa yang aku dapat kongsi dengan korang hari ini. Aku harap korang akan dapat sahabat yang baik. Dan insyaAllah, dengan izinnya, aku pun akan dapat sahabat baik macam tu. hihi (✌◠▽◠) 

Sekian saja untuk kali ini, 
~~FYo8~~