my guest

Tuesday, 30 April 2013

Risau Kekasih Jauh

Assalamualaikum awak-awak sekalian. *nak cakap awek-awek sebenarnya. Ok nampak macam dah bersarang je blog ni kan ? Tak apalah. =P bukan orang nak tengok.
Hahaha

Hari ini, aku nak berkongsi satu perkara yang mungkin biasa bagi sesetengah pihak dan mungkin juga tidak bagi sesetengah lainnya. Mesti ramaikan yang pernah alami CINTA JARAK JAUH. eleh jangan tipulah cakap tak pernah. haha whatever.   =P








Cinta jarak jauh ni dah banyak pun berlaku dalam masyarakat kita sebenarnya. Okay, apa cinta  jarak jauh ni? Bagi aku cinta jarak jauh ni adalah suatu hubungan di antara lelaki dan perempuan, perempuan dan perempuan, dan juga lelaki dan lelaki. Tak kisah lah antara sesiapa tapi lainnya hubungan ini bila pasangan itu berjauhan tak kira disebabkan apa. Yang biasa berlaku, berjauhan kerana kerja, belajar, atau mungkin jauh tempat kediaman yang menyebabkan mereka jarang dan sukar untuk berjumpa. Namun, jaga-jaga kepada yang sedang bercinta jarak jauh ni, jaga batas pergaulan juga. hihi (^_^)


Cinta jarak jauh ni banyak sebenarnya. Izinkan aku beri sedikit contoh.  ^_~



  • ada yang sudah berkahwin dan hubungan mereka kekal hingga akhir hayat.
  • ada yang putus ditengah jalan. Ada yang disebabkan :- 
  1. orang ketiga
  2. cinta beralih arah
  3. cemburu buta
  4. tiada kesefahaman/masing-masing dok pikiaq hal depa
Untuk pengetahuan semua, cinta jarak jauh ni mestilah berlandaskan kepercayaan yang tinggi dan kesetiaan supaya hubungan itu dapat bertahan dengan izin-Nya. Tapi jangan silap,  tidak mudah ye nak mewujudkan sifat kepercayaan yang tinggi dan kesetiaan yang utuh dalam jiwa seseorang. Kepercayaan itu penting untuk mengelakkan isu cemburu apabila pasangan korang rapat dengan orang lain walaupun orang tu kawan sahaja.

DAN.... kalau korang sedang bercinta jarak jauh, dan tahu pasangan korang tu kuat cemburu janganlah korang terlampau ramah dengan orang disekeliling korang. Jagalah pergaulan dengan kawan-kawan korang supaya tidak berlaku perkara-perkara yang boleh mengundang penceraian atau pergaduhan. Nanti bila dah runtuh satu-satu hubungan tu, menangis pun tiada guna. Bak kata pepatah, sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Eh kena tak ek peribahasa tu ?  =D

Walau bagaimana pun ye, jarak bukanlah penghalang untuk korang berhubungan. Cuma korang haruslah banyak bersabar, saling memahami, percaya, setia, dan yang paling penting jadikanlah Pencipta kita sebagai pengikat cinta. Komited lah pada sesuatu hubungan yang korang jalani ya. InsyaAllah, dengan izin-Nya. (^_^)

Okay sekian sahaja. Kalau sudi membaca, sudi jugalah kiranya tuan hamba meninggalkan komen. haha taknak pun tak apa. Tak paksa :) 

sayang semua,
~~FYo8~~

Thursday, 25 April 2013

Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 bab 3


Jawapan Kertas 3: Tingkatan 4 Bab 3
Cadangan Jawapan Kertas 1249/3

Soalan:
Huraikan sejarah kerajaan awal di Asia Tenggara dan menghubungkaitkannya dengan kegemilangan negara kita pada hari ini.

Soalan
Isi dan Huraian
Markah

1

Pengenalan/ Latar Belakang Kerajaan Awal di Asia Tenggara

-Lokasi kewujudan
-Bentuk / Jenis
-Contoh Kerajaan Awal
-Bukti kewujudan
-Jangkamasa
-Maksud
-Proses pembentukan
-Peranan
                                                                          





5m

2




























Ciri-ciri Kerajaan Awal:

Agraria
a)  Lokasi:
-terletak di lembah / lembangan sungai
-Sungai Irrawady/ Menam/ Mekong/ Sg. Merah
-kawasan pedalaman
-lereng gunung berapi
-kawasan pertanian subur
-kawasan berbukit

b)   Kegiatan:
-penanaman padi huma/ sawah
-tanaman sampingan/ sayur/ buah-buahan/jagung/pisang
-penternakan
-memungut hasil sungai
-menghasilkan rempah ratus
-mengutip sarang burung
-perdagangan
-mengutip kulit kura-kura
-menangkap  ikan



c)   Teknologi:
-mahir membina sistem pengairan/ baray/ relung/ teres
-peranan sebagai pembekal

Faktor perkembangan kerajaan Agraria:
-tanah yang subur/ lanar/ mendap/ luas
-iklim yang sesuai / panas dan lembab sepanjang tahun
-berdekatan sumber air/ tasik/ sungai
-peranan pemerintah terlibat mengurus/ membina sistem pengairan
-kemajuan sistem pengairan/ baray/ relung
-kekayaan sumber alam/ hasil hutan/ sumber protein
-kemahiran penduduk/ tukang kayu/ tukang batu
-penduduk ramai
-hubungan luar dengan kerajaan maritime/ pembekal
-kestabilan politik/ keamanan/ pentadbiran
-beras sebagai dagangan utama
-bekalan makanan yang mencukupi





























15m














































 Maritim:

Lokasi
-pesisiran pantai/ kepulauan/ lembah sungai/ strategik

Kegiatan:
-berasaskan kelautan/ perdagangan
-menangkap ikan/ memungut hasil laut
-perlombongan / pengeluar bijih logam
-membekal hasil tempatan / logam

Membina:
-Membina / membaiki kapal
-belayar berpandukan bintang
-meneroka laut
-berbahasa/ menggunakan bahasa  Melayu sebagai bahasa Lingua Franca

Penduduk:
-orang tempatan/ pedagang luar

Pelabuhan:
Lengkap dengan kemudahan/ strategik








Faktor perkembangan Kerajaan Maritim
-kedudukan strategik / laluan perdagangan
-terlindung daripada angin monsun / selamat
-pelabuhan lengkap/ kemudahan / barang dagangan/ pembekal/ kerajaan/entreport
-kemahiran membina kapal/ baiki kapal/ semangat meneroka/ berpandukan bintang di langit
-mempunyai bala tentera, mengawal perairan
-bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
-mempunyai panduan semula jadi kepada pedagang
-mempunyai hubungan luar dengan India/ China/ Agraria
-berperanan sebagai pusat penyebaran Hindu-Budhha
-pemerintah cekap
-keamanan/ sikap terbuka
-kekayaan hasil hutan/ sumber ekonomi

















15m






 























3

Aspek Saling Bergantung:
-makanan/ beras
- membekalkan barang dagangan utama
-tukang kayu/ batu
-bahan mentah/ kayu/ buat kapal
-binatang kenderaan/ gajah
-barangan mewah diraja/ tekstil/  gelas/ manik
-hasil hutan/ kayu gaharu/ rotan/ damar/ hasil lain
-keamanan
- hubungan baik/ diplomatik
-kemajuan ekonomi
- hubungan perdagangan
-pasaran
- kemudahan pelabuhan
-Bahan galian/timah/ emas






 

15m

4

























Kedudukan Strategik Dimanfaatkan demi Kemajuan Negara
-menyediakan kemudahan pelabuhan
-pengurusan pelabuhan yang cekap
-menyediakan jalinan pengangkutan/ perhubungan
-sistem cukai yang berpatutan
-kawalan kawasan perairan
-memajukan industria perkapalan
-menubuhkan akademi pelaut/ maritim
-tenaga kerja mahir
-menggunakan teknologi moden
-menambahkan bilangan pelabuhan bertaraf antarabangsa
-pelbagaikan fungsi pelabuhan
-penambahbaikan infrastruktur
-memajukan kawasan persisir pantai
-pemuliharaan khazanak laut/ flora dan fauna
-menggalakkan pelaburan asing
-menjalin hubungan baik dengan semua negara
-menganggotai pertubuhan  antarabangsa
-menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau
-mengekalkan keamanan serantau
-mengekalkan perpaduan kaum
-kestabilan politik/ zon aman/ bebas/ berkecuali
-memajukan ekonomi
-memajukan hub halal












15m













 

5

Kejayaan Negara Setelah Memanfaatkan kedudukan Strategik
-kemajuan ekonomi
-kegiatan maritim berkembang
-pemodenan pertanian
-perindustrian berkembang
-perkembangan teknologi
-pelaksanaan k-ekonomi
-tumpuan pelancong asing
-hubungan antarabangsa berkembang
-pusat kewangan pesisir pantai
-kemajuan sistem pengangkutan
-kemajuan sistem komunikasi
(mana-mana jawapan yg munasabah)







10m

6

Cabaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju:
-pencemaran
-tekanan daripada negara maju
-persaingan ekonomi dunia
-kenaikan harga barangan
-kekurangan tenaga mahir
-masalah perpaduan kaum
-teknologi rendah
-kadar pengangguran tinggi
-masalah kemiskinan
-gejala sosial
-globalisasi
(mana-mana jawapan yg muinasabah)


Langkah untuk mengatasi cabaran  tersebut:
-memperkukuh perpaduan rakyat
-meneroka teknologi baru
-meningkatkan R&D
-memastikan Wawasan 2020 tercapai
-Konsep 1 Malaysia
-meneruskan Dasar Ekonomi Baru
-meningkatkan mutu pendidikan
-memperkukuh peranan negara sebagai hub halal
-meneroka pasaran baru
-membentuk  minda rakyat kelas pertama
-menjadi pusat kecemerlangan ilmu
(mana-mana jawapan yg munasabah)










5m












5m

7

Nilai murni / Iktibar/ Unsur Patriotisme

-berdikari
-memanfaatkan kurnian tuhan
-tidak putus asa
-rajin berusaha
-mengekalkan tradisi
-berani menghadapi cabaran
-semangat meneroka
-bercita-cita tinggi / berwawasan
-bersifat inovatif  dan reaktif
-memiliki sikap bertoleransi
-sikap sedia menerima perubahan
-kepentingan memelihara perpaduan
-kepentingan ilmu pengetahuan
-mengekalkan keamanan
-bersifat kreatif
(mana-mana jawapan yg munasabah)










10m

8

Iktibar kepada diri, bangsa dan negara (I)/ Pengetahuan yg diperoleh (P)/ Harapan untuk masa depan negara (H)

- masyarakat Melayu merupakan ahli pelayaran yg hebat(P)
-Bangsa Melayu harus berani meneroka bidang berkaitan perdagangan   
  dan Kelautan (I)
-Malaysia mampu melahirkan ahli-ahli pelayaran yg hebat  (H)
-Kelahiran kerajaan awal adalah disebabkan oleh faktor perdagangan (P)
-Telah wujud persahabatan antara kerajaan awal dengan kuasa luar (P)
-Kepelbagaian budaya telah terbentuk di negara kita dari dahulu hingga  
  sekarang (P)
(mana-mana jawapan yg munasabah diterima)







5m



·         

Tuesday, 23 April 2013

Do You Know What I Know ?

Assalamulaikum semua dan hye ! =D  korng sihat ? aku sihat alhamdulillah ! kita sama2 sihat jadi kita sama2 happy kan ? health is wealth kan ? eh betul ka itu ? haha pape je lah.

So, sebenarnya tak ada menda pon nak cerita. Oh lamakan aku cuti dari dunia blogging ni ? ok korang tak perasan *sedih :P 

Haha gurau je. Sebenarnya aku busy. Sangat busy dengan cekap tenaganya, nak ajar budak kawad, persediaan untuk menembak, sukan tara sekolah, artikel majalah sekolah lagi. haiy choral speaking pon nasib baik tak pergi temu duga hari tu, :P maaf teacher ! =D

Ok2 tak mau cakap panjang, macam tajuk kat atas, do you know what i know ? haha dah beberapa hari aku tak on blog ni, and bila tiba2 aku on, aku tengok view blog meningkat tak seperti sebelum ini. and yeah jujur aku tak terkejut. First aku fikir, account google aku kena hack. haha 

Bila aku check post ada orang komen di beberapa entry. and aku pergi survey siapakah orang itu. and ok aku jumpa dia ! and macam aku pernah nampak blog dia. tapi dimanakah ? Biar jelah ! :P 

Then aku stalk blog dia. And oh mai gatt ! :P dia sedang promote 1 blog . and blog itu blog inilah. * tak terkejut pon. haha 
Ok, tak hairan lah view blog naik :P wakakaka

Apapun thanks kepada pemilik blog INI .

and, rasa macam kenal. tapi tak kot. haha ok terima kasih ye kak,dik, abng ke ? err sory tak tahu nak panggil apa :D

and kepada sesiapa dah baca cerpen sakai2 kat blog aku ni, maaf andai  tidak memuaskan hati anda.

nak jadi terbaik depan semua mata yang melihat, aku memang tak boleh, cuma aku minta doa dan pndapat kalian ^_^

bye semua assalamualaikum. Sekian

Sunday, 14 April 2013

Cerpen Lesbian : Cinta Sepucuk Surat


''Awak, esok saya dah pindah. hmm'' Syazlin membuka bicara setelah beberapa minit mereka berdiam diri.

''Okay. '' jawab Zanirah tak ambil kesah sambil menyelak-nyelak majalah yang baru dibelinya itu. Sudah berkali-kali Syazlin memberitahunya.


Melihat Zanirah tidak memberi respon yang diinginkan, Syazlin memilih untuk berdiam diri. Dia lalu baring mengiring membelakangkan Zanirah. Tanpa disedar airmatanya jatuh. Hatinya sebak, terguris pilu kerana Syazlin berkehendak Zanirah setidak-tidaknya akan turut berasa sedih apabila akan berjauhan dengan dirinya tetapi sebaliknya pula yang dirasakan Zanirah. Zanirah seolah-olah tidak mempunyai perasaan sedih untuk berjauhan dengan Syazlin.


Zanirah dan Syazlin adalah rakan sekelas. Mereka menjadi akrab setelah Syazlin bertukar ke sekolah disini beberapa bulan yang lalu. Syazlin adalah seorang lesbian yang pandai menutupi perasaan terlarangnya itu. Ibu dan bapa Syazlin kini sudah bercerai kerana bapanya ditangkap khalwat bersama wanita sepejabatnya dan bapanya sudah pun mengaku yang mereka memang sukakan satu sama lain. Syazlin kini tinggal bersama ibunya. Sejak bapa dan ibunya bercerai, perasaan suka terhadap lelaki kian pudar dalam diri Syazlin dan dia menyedari dirinya lesbian adalah apabila dia bertemu Zanirah.


Zanirah seorang tomboy yang masih mempunyai perasaan sukakan lelaki. Kasar  Zanirah hanya luaran sahaja mungkin kerana dia sahaja anak perempuan dalam keluarganya. Ibu Zanirah telah lama meninggal dunia. Zanirah tinggal bersama ayah dan dua lagi orang abangnya. Zanirah tidak pernah menganggap Syazlin sebagai teman baiknya kerana dia  tidak suka mempunyai teman baik sebaliknya lebih senang berkawan biasa. Tetapi tidak tahu mengapa rakan-rakan kelasnya menganggap Zanirah dan Syazlin adalah teman baik dan ada juga rakan pernah menanyakan adakah mereka pasangan lesbian. Zanirah agak terkejut dengan pertanyaan itu dan menafikannya. Manakala Syazlin tidak berkata apa-apa. Sejak hal itu, Zanirah cuba menjauhkan diri dari Syazlin hingga sekarang. Kerana itulah Zanirah tidak berasa sedih kalau Syazlin pindah sekali pun.


Setelah lama membelek-belek majalah itu, Zanirah pun berasa mengantuk lalu tidur. Syazlin masih belum dapat melenakan dirinya. Syazlin bangun dan mengambil diarinya. Diluahkan perasaannya kepada diari itu. Waktu itu dirumah Syazlin, dia meminta Zanirah menemaninya kerana esok dia akan berpindah dan mungkin tidak dapat berjumpa lagi.


Setelah habis isi hatinya dicurahkan kepada diari itu, dia pun menyimpan diari itu didalam laci meja. Dia merebahkan badannya bersebelahan dengan Zanirah. '' Kenapa awak tak paham yang saya suka kan awak? Kenapa awak tak pernah menyatakan perasaan awak pada saya? Apa kurangnya saya? Atau awak sudah ada yang punya?? Kenapa awak? Kenapa ? '' detik hati Syazlin. Persoalan demi persoalan bermain difikirannya. Akhirnya selepas penat memikirkan kisah cintanya, dia pun tertidur.

*****


''Syaz... Syaz... bangunlah, dah subuh. Syazlin. '' Zanirah menggoncang sedikit badan Syazlin agar Syazlin tersedar. 


'' Hmm.. Kenapa? '' Syazlin yang mesih mengantuk, bertanya mengapa Zanirah mengejutnya.


''Dah subuhlah cik adik. Bangunlah. Nanti mak awak bising awak tak subuh. Cepat bangun.'' pinta Zanirah yang sudah lali dengan kerja mengejut Syazlin.


'' Emm 5 minit.. hmm '' Syazlin menarik selimut dan berselubung.


Zanirah membiakan Syazlin tidur sekejap. Setelah 10 minit Zanirah mengejut Syazlin kembali. '' Awak cepat bangun, nanti terlambat pula subuh. Dah lebih 5 minit dah ni.'' 


''Hmm yela.'' Syazlin bangun dengan mata yang masih tertutup. Dia kemudiannya mengeliat sekuat hati. Kemudian Syazlin mandi dan mereka solat bersama mak Syazlin.


Jam menunjukkan pukul 3 petang. Syazlin dan maknya masih mempek barang-barang untuk pindah. Setelah selesai mereka berehat sebentar. Ramai juga jiran dan saudara terdekat yang datang membantu mengemas rumah. 


Syazlin mencari-cari sosok tubuh Zanirah yang sejak tengah hari tadi tidak kelihatan. Akhirnya Syazlin dapati Zanirah berada didalam bilik dan alangkah terkejutnya Syazlin melihat diarinya berada di tangan Zanirah. Zanirah menatap tepat anak mata Syazlin, dengan perasaan sedikit kecewa bercampur marah Zanirah menghentak buku itu diatas meja belajar itu dan berlalu keluar . Syazlin cuba menahan Zanirah tetapi tangannya ditepis kuat. Syazlin menangis dan menyesal membiarkan diarinya terdedah dalam laci yang tidak berkunci. 


Zanirah kini tahu bahawa Syazlin adalah seorang lesbian yang menaruh perasaan terhadapnya. Bila difikirkan kembali, Zanirah berasa geli dan jijik mengetahui selama ini dia berkawan dengan seorang lesbian yang mempunyai perasaan terhadapnya. Ya dia !


Waktunya telah tiba. Syazlin harus berangkat sekarang tetapi bayang-bayang Zanirah masih tidak kelihatan. Dia ingin meminta maaf. Nombor Zanirah didail berkali-kali tetapi tiada jawapan. Akhirnya Syazlin mengalah. Dia hanya mengirimkan surat kepada abang Zanirah untuk Zanirah dan Syazlin pun pergi.




****************************************************************************

Tiga tahun berlalu. Zanirah kini telah berubah. Dia menjadi seorang pengkid yang menantikan orang yang lama meninggalkannya. Mungkin inilah  karma kerana telalu benci akan orang yang bernafsu songsang. Surat Syazlin masih disimpan rapi. Dia kini tidak tahu dimana Syazlin. Rakan-rakan kelasnya juga tidak tahu dimana Syazlin. Ibu Syazlin juga tidak dapat dihubungi lagi. Mereka terus terputus hubungan sejak Syazlin berpindah ke Kedah. Apabila Zanirah merindukan Syazlin, pasti surat itu menjadi temannya.

Suatu hari, Zanirah bersembang di laman chatting yang biasa dikunjungi. Dia menggunakan nickname  Z Tomboyz. Tiba-tiba seorang chatter bernama Azlin menegurnya. Mereka rancak berbual dilaman tersebut sampai menjadi akrab dari sehari ke sehari. Setelah seminggu berchatting, Azlin mengajak Z berjumpa. Mereka sengaja tidak memberikan gambar mereka agar lebih berasa teruja.


Zanirah memakai baju t biru muda berserta jeans hitam dan mengenakan cap hitam. Penampilannya tak ubah seperti lelaki cuma dia tiada  halkum. Buah dadanya juga tidak menonjol kerana memakai bengkung.


Zanirah menunggu didalam cafe yang berdekatan dengan rumahnya itu. Sudah lebih kurang 15 minit dia menunggu, tiba-tiba seorang perempuan berkaca mata tidak bertudung menyapanya. 


'' Z ke ni ?'' tanya perempuan yang berkulit cerah itu.


'' Err ye saya. Awak.... Syazlin ?'' mata Zanirah tidak berkelip melihat perempuan dihadapannya. ''Mungkinkah Azlin tu Syazlin?'' detik hati Zanirah.


''Ha? Macam mana awak tahu nama penuh saya ? Awak kenal saya ke ? '' tanya Syazlin dengan perasaan hairan. Dia masih belum sedar bahawa Z adalah Zanirah. Mungkin kerana penampilan Zanirah yang terlalu berbeza dari dulu. Zanirah sedar dia sudah terlanjur kata. Dia tidak mahu Syazlin tahu Z adalah Zanirah.


'' Eh tak lah. Saya agak je. haha Eh duduklah dulu. '' pelawa Zanirah. '' Awak nak minum apa? '' tambahnya lagi.


''Hmm saya pun tak tahu sebab saya baru saja balik ke sini. Dulu cafe ni tak ada . hehe Awak rasa saya patut order apa ?'' Syazlin meminta pendapat Zanirah.


'' Saya rasa  better awak order Mama's Coco Shake sebab tu paling popoular di cafe ni. :) '' cadang Zanirah sambil melemparkan senyuman.


'' Oh yeke ? So tu je la. hehe.'' Syazlin menerima cadangan Zanirah yang sudah lama disini. Mereka membuat pesanan yang sama. '' So rumah awak dimana ?'' tanya Syazlin.


''Ha? Err dekat belakang tu je. Awak pula?'' 


''Saya dekat dengan super market tu. Dulu rumah saya dekat belakang cafe ni juga tapi rumah tu dah jual. Now bila balik sini terpaksalah sewa rumah lain sementara cari rumah tetap. hehe.'' jelas Syazlin.


Pesanan mereka pun sampai. Mereka berbual-bual lebih kurang 1 jam kemudian mereka pergi berjalan-jalan di taman. Malam menjelang Zanirah menghantar Syazlin pulang menaiki motor. 


''Awak, terima kasih tau sebab sudi temankan saya hari ini dan sudi hantar saya sampai rumah. hehe Saya happy sangat hari ini sebab dapat kawan baru.'' jelas Syazlin.


''Er sama-sama =D . Saya pun happy juga. Happy sangat,hehe. Er awak, nak nombor telefon boleh ? '' pinta Zanirah.


'' Nak buat apa ? Nanti boy saya marah macam mana. ? '' usik Syazlin.


''Ha? Awak dah ada boyfriend ke ? Oh tak pe lah. hehe maaf. '' Zanirah cuba tersenyum walaupun dalam hatinya sedikit kecewa kerana dia mengharapkan Syazlin masih seperti dulu. Tapi ada juga perasaan gembira kerana Syazlin telah berubah kearah kebaikan.


'' Hmm awak pula ada girlfriend dah ke ?'' tanya Syazlin.


''Belum lagi. Siapa lah nak kat saya, rupa pun tak ada. hehe'' jawab Zanirah. '' Ok lah awak, saya balik dahulu. bye'' Zanirah pun berlalu.


Sejak hari itu mereka menjadi sangat akrab. Sampailah satu masa Syazlin tahu Z adalah Zanirah apabila Syazlin dan maknya berkunjung ke rumah Zanirah. Akan tetapi Syazlin tidak berasa marah malah tetap ingin berkawan dengan Zanirah.


Sebulan berlalu...


''Syaz. Kenapa saya tengok awak tak pernah pun keluar dating dengan boyfriend awak ? ''  tanya Zanirah hairan.


''Nak dating macam mana boyfriend pon tak ada. haha'' jelas Syazlin.


''Eh awak cakap awak ada boyfriend?''


''Bila saya cakap ?'' 


''Masa first day kita jumpa balik. hmm'' jawab Zanirah.


''Oh . haha Awak ni percaya je kan ? Saya gurau je waktu tu. haha lawak lah awak ni.'' jawab Syazlin sambil mencubit pipi Zanirah. ''Dah lah jom. Tadi cakap nak shopping.''



Syazlin menarik tangan Zanirah dan memimpin tangannya seperti pasangan kekasih. Zanirah yang sedikit terkejut dengan perlakuan Syazlin membiarkan sahaja. Mereka kelihatan begitu mesra. Mereka masuk ke sebuah kedai kasut dan melihat kasut-kasut disitu. Tiba-tiba ada seorang pengkid menyapa mereka. 


''Dah lama ke couple bro ?'' tanya pengkid itu dengan mesra.


''Err  kami... '' belum sempat Zanirah menjawab, Syazlin menyampuk.


''Dah 2 bulan. Kan sayang ? :) '' jawab Syazlin. Zanirah memandang sahaja Syazlin.


'' Oh haha patut mesra ya amat. So bro nak beli kasut apa? Ada offer  sekarang ni. '' tanya pengkid itu lagi.


'' Kami tengok-tengok saja dulu. Err Syaz nak beli apa-apa tak ? '' tanya Zanirah.


'' Nak. Nak beli kasut yang paling cantik. Nanti nak pergi dinner dengan awak boleh pakai. Hihihi. '' usik Syazlin tetapi dia memang maksudkan nya.


'' Err ok....... err pilihlah dulu. Saya tunggu luar.'' Zanirah cuba mengelak daripada terus rapat dengan Syazlin.


'' Hepp ! Tak boleh pergi mana-mana. Tunggu saya. lalalala '' Syazlin memegang tangan Zanirah dan membawanya kemana saja.


Setelah selesai membeli kasut dan barang lain, mereka pun pergi makan. Mulalah adegan suap menyuap antara mereka. Mereka tidak perdulikan mata-mata yang melihat. Zanirah semakin terbiasa bermanja-manja dengan Syazlin.


Sejak hari itu hubungan mereka semakin akrab. Dan pada suatu hari Zanirah membawa Syazlin ke pantai menyertai geng-geng muzik Zanirah membuat parti meraikan ulang tahun salah seorang teman mereka dan di pantai itulah Zanirah melamar Syazlin. Di pantai itu, Syazlin menerima lamaran Zanirah. 


Dalam perjalanan pulang dari parti itu, mereka terlibat dalam kemalangan yang mengerikan. Motor yang dinaiki Zanirah dan Syazlin berlanggar dengan sebuah van dan hilang kawalan. Motor tersebut kemudian terlanggar tembok. Zanirah tercampak dari motor dan mengalami kecederaan teruk dibahagian perut kerana terkena bahagian besi penghadang jalan ketika tercampak manakala Syazlin mengalami luka kecil dibahagian kaki dan tangan dan tangan kanannya patah.


Zanirah meninggal dunia apabila sesampainya di hospital. Setelah seminggu Zanirah pergi, Syazlin pula pergi kerana dilanggar kereta ketika cuba lari dari hospital kerana sudah tidak tahan mengenangkan Zanirah pergi meninggalkannya di hospital itu. 



Tamat

maaf sebab jalan cerita yang tak sempurna dan endingnya yang agak sakai. hanya 4 jam untuk aku siapkan cerpen ini. maaf untuk cerpen yang amat teruk ini. aku dah tak tahu nak buat cerpen pasal apa. jadi aku bantai sahaja.  maafkan aku. :( 

originally created by afiy