Assalamualaikum...
hye semua... korang sihat ? aku sihat.. kita sama-sama sihat kan ? jadi apa kata kita senyum dan ucap Alhamdulillah... =)
hari ni...sejak aku bergelar blogger, walaupun belum matang...aku,, banyak tahu apa yang sebelum ini terlepas dari pandangan ku...hari ini,, aku menerima satu kejutan besar pada diri aku...aku,, aku tak tahu kenapa... mungkin satu hari nanti aku akan jadi seperti dia juga... aku akan menemui pencipta aku... =)
siapa dia ? dia adalah arwah Yasmin J Hunwick... arwah juga adalah seorang blogger seperti yang ramai sedia maklum... dan berbalik kepada tajuk entri ini,, aku sendiri tak faham kenapa, bila aku baca kisah arwah, aku menangis... sedangkan sebelum ini aku tidak pernah mengenalinya... walaupun dengar nama nya...
hari ini, 27/2/2013 aku menangis untuk orang yang tidak pernah ku kenali.. mungkin pengajarannya, walaupun kita tidak kenal seseorang itu, tetapi jika dia mempunyai seribu rahsia, pasti kita cuba mengetahui siapa dia...
selepas baca tentang arwah, aku semakin sedar kematian semakin dekat dengan diri ini...lumrah kehidupan, semua yang hidup akan mati... bila mengenang dosa-dosa yang telah aku buat selama aku hidup... aku nak sangat mencari cahaya dalam dunia gelap ni... tapi terlalu payah untuk mencari itu...
dan setiap kali aku terbayangkan hari terakhirku nanti, air mata ku pasti mengalir bak hujan yang tiba-tiba datang waktu tengah hari...dan aku cukup tahu persediaan aku untuk menghadapi itu belum kukuh... mmm dan aku masih mencari dan menanti cahaya itu tiba...
~aku bukan cuba membangkitkan kisah lama, cuma aku mengingatkan diri sendiri dan berkongsi cerita dengan korang...sebab hanya alam maya ini tempat aku meluahkan segalanya... sekian Assalamualaikum, sayang semua <3
Better bertaubatlaa kan?
ReplyDelete