my guest

Thursday, 2 October 2014

Kau Hilang...



SEPI bukan bererti HILANG
DIAM bukan bererti LUPA
JAUH bukan bererti PUTUS
TAK ACUH bukan bereti BENCI
kerana di antara KITA ada IKATAN
yang tak pernah mudah DILUPAKAN
iaitu... ERTI PERSAHABATAN.

Aku tahu dan cukup lama tahu apa terjadi di antara kita. Pernah aku cuba selindungkan, tetapi semakin jelas... ketara kelihatan dari anak mata seorang perjuang dalam medan ilmu. Lama aku menjangkakan perpisahan ini. Namun jangkaanku bukanlah keinginan hati ini. Aku sebolehnya cuba pertahan. Namun mereka kata ini semua kerana egoku. Ego ? Egokah aku ? 

Ketika aku cuba berhijrah, pernah kau ada ? Atau kau sibuk dengan halmu ? Pernah kau tanya sama ada aku perlu ? Pernah kau simpati kala aku bersedih ? Kau ada semua jawapan. Aku pernah menunggu namun tak kunjung sinar kesetiaanmu, Aku hanya bermakna hanya bila kau perlu. Tapi kau acuh bila aku mula terjatuh. Kawan, kau bukanlah lawanku. Dan kau tahu itu. Aku tidak menjadikanmu musuh aku melainkan mengajakmu mengharungi bersama badai dunia yang sarat pancaroba.

Meski kau tiiada disisi, namamu tak lekang dalam doa. Meski hati kian lama bersedih, namun ingatanku tetap bersama kenangan yang tak pernah padam. Yang tak pernah luput, Yang tak pernah hilang ditelan masa. Selayaknya kita ada, namun kau memilih jalan mu sendiri. :)