my guest

Wednesday, 20 August 2014

Cerpen Lesbian : Cinta Pada Angin Lalu 2

Assalamualaikum....... 
Part 2 : Terus terang


Loceng berbunyi. kringgg !

''Emi, jom balik kelas.'' ajak Riana. ''Naz dah habis makan ? Jomlah masuk kelas sama-sama, nanti lambat cikgu marah pula.''

''Tak apa, awak pergilah dulu, saya mahu ke koop dulu.'' balas Naz.


''Okay.'' Riana dan Emilia berlalu.


*****************

Semasa berjalan pulang ke rumah, Emilia seperti biasa digangu oleh budak-budak lelaki yang nakal termasuklah Jimmy dan rakan-rakannya. Naz yang menaiki motor dapat melihat dari belakang perlakuan lelaki itu, dia menghampiri Emilia. 

''Ada apa-apa tak kena ? '' tegurnya. 

''Biasalah budak-budak yang tak ada kerja ni, suka ganggu orang.'' jawab Emilia.
''Nak tumpang ?'' tanya Naz.
''okay, boleh.'' Emilia menaiki motor Naz atas keterpaksaan antara egonya dan tidak mahu diganggu Jimmy, dia melupakan egonya demi melarikan diri daripada gangguan tersebut. 

Di atas motor, mereka mendiamkan diri, serba salah Emilia kerana sebelum ini hanya bersikap acuh tak acuh saja terhadap Naz. Sampai di rumah Emi, dia mengucapkan terima kasih dan maaf.


''Thanks. Erm, sorry sebab masa mula kita kenal, aku ada marah-marah.'' 


''Tak apa, bukan salah kau, aku yang salah sebab tak hati-hati. Okaylah aku balik dulu. '' Naz berlalu.


Sudah lebih sebulan Nazirah berada disekolah itu. Pelbagai komen didengari tentang dirinya. Dia dicap sebagai budak sombong, budak bandar, perempuan 'ganas', tomboy dan juga pendiam. Menang semenjak dia disitu, dia menjadi seorang yang pendiam. Tiada sesiapa yang mahu berkawan dengannya, mungkin sebab melihat dirinya yang selalu bersendiri, kawan-kawan kelasnya takut untuk mendekatinya kecuali Riana. 


Disekolah lamanya dibandar, Naz seorang yang ceria, peramah dan banyak mulut. Dia mempunyai ramai kawan. Dia berpindah ke sini kerana permintaan ibunya yang memintanya menemani nenek. Almaklumlah, datuknya sudah lama meninggal, jadi dia sebagai satu-satunya cucu haruslah menemani neneknya. Sejak kehilangan suami, nenek kehilangan tempat bergantung dan teman hidup. Bila Naz ada dapatlah anak muda itu menceriakannya sedikit sebanyak. Sikapnya dirumah nenek dan disekolah bagai langit dan bumi. 


Hari cuti banyak dihabiskan Naz untuk berlatih menghadapi hari sukan negeri. Dia mewakili sekolah dalam acara larian. Memang dia seorang atlet disekolah lamanya. Kini Naz dan Riana semakin rapat. Jika Naz ada latihan pasti Riana turut hadir menemani. Selepas itu, sudah menjadi kebiasaan mereka jalan-jalan sekeliling kampung menaiki motor. Pernah juga timbul gosip 'pasangan lesbian' antara mereka. 


''Naz penat ? tanya Riana selepas latihan Naz habis petang itu. Dia menghulurkan air mineral kepada Naz.


''Boleh tahan.'' jawabnya ringkas. Naz mengibas-ngibas bajunya kerana panas. Riana yang melihat lantas mengambil towel kecilnya dan mengelapkan peluh-peluh disekeliling muka Naz.


Naz cuba mengelak dan ambil sapu tangan itu. Dia tidak mahu orang sekelilingnya salah faham akan hubungan dia dengan Riana. 


''Emm kenapa awak nak kawan dengan saya.? Awak tahu tak, kat sini saya tak ada kawan pun. Awak je kawan dengan saya. Kenapa.?'' tanya Naz agak pelik.


''Err yeke awak tak ada kawan.? Budak-budak sukan ni bukan kawan awak ke ? balas Riana.


'' Memanglah kawan tapi bila training je, kat sekolah pagi tak pun. Awak tak jawab lagi. Kenapa nak kawan dengan saya.?'' 


''Sebab saya suka kawan dengan awak, hehe awak ok je, cool. ! '' jawab Riana sambil menggosok kepala Naz hingga kusut rambutnya. 


Naz hanya diam dan membetulkan rambutnya dengan muka berkerut. 


''Alalala kesiannyeeee.! Meh saya betulkan balik. Sorry awak yang comel. Hehehe.'' pujuk Riana.

''Tak apalah, mari balik. Dah nak maghrib.'' ajak Naz.


Sebelum balik, Naz ke bilik salinan untuk tukar baju kerana dia memang tidak suka memakai baju yang berpeluh walaupun ketika mahu pulang kerumah, alasannya rimas dan berbau. Dia memang seorang yang kemas dan sentiasa menjaga penampilan agar sentiasa confident.


Riana tunggu di bangku lokar sambil mendengar lagu-lagu dalam telefon Naz sambil melihat-lihat gambar. Banyak gambar yang menggeletek hati Riana kerana gaya-gaya Naz. Riana melihat gambar Naz dengan seorang gadis yang boleh dikatagorikan cantik. Dia tertanya siapa gadis itu. 


Naz yang sedari tadi mengintai, bersuara. ''Itu Chacha. Ex Naz. ''


Riana terkejut, '' Naz ni, terkejut saya. Hmm ex ? A girl ? Are u......''

''Yes I'm les. '' Naz mengakui. ''Sorry, kalau awak tak nak kawan dengan saya lagi saya faham.'' 


Riana hanya berdiam diri. ''Jomlah saya hantar awak balik. Nanti parents awak marah.'' Naz mula berjalan keluar.


Riana menarik tangan Naz dan memeluknya. ''Habis kenapa awak persoalkan bila kita rapat.? Kenapa awak tak suka rapat dengan saya ? Saya nampak cara awak, cuma saya buat tak tahu sebab saya nak rapat dengan awak. Awak tahu tak since awak datang sini, saya suka awak ?


Naz diam sejenak kemudian bersuara. ''Bukan saya tak mahu rapat cuma, saya sedang cuba melupakan kisah dulu dan saya cuba berubah. Tapi saya tak boleh. Saya happy bila awak care pasal saya. Saya minta maaf kalau awak terasa. Jomlah balik, saya tak nak burukkan lagi keadaan.''


Mereka balik bersama. Di atas motor Riana memeluk Naz erat. Malam itu, Naz menelefon Riana dan berbual panjang. 


''Awak jom couple, 3 hari. hahaha.'' ajak Naz cuma dia buat-buat seperti bergurau.


''Jom, tapi 3 hari je ? kenapa ?'' Riana serius.

''Er try je dulu. Tak nak ?''
''Nak. Jomlah. hehe'' Balas Riana.
''Sayang esok pergi sekolah pukul berapa.? hehe'' Naz memulakan hubungan singkat itu dengan panggilan mesra.

''7.05 maybe, kenapa.? Aby nak jemput ? hehe'' balas Riana.

''Yelah, nanti aby jemput okay.? k lah, good night sayang. Tidur baik-baik ya. muahh bye.''

***bersambung***