my guest

Wednesday, 16 October 2013

Cerpen Lesbian : Cinta Pada Angin Lalu





Riana dan Emilia berjalan dikoridor sekolah sambil berbual tentang kerja rumah yang diberi cikgu. Semalam Riana tidak hadir ke sekolah kerana terlewat bangun. Mereka bagaikan belangkas, dimana ada Riana pasti ada Emilia. Memang menjadi tugasan masing-masing memberitahu apa yang terjadi disekolah jika salah seorang tidak hadir. 

''Emilia, itulah budak yang aku ceritakan itu. Comelkan ?'' kata Riana sambil menuding jari ke arah Nazirah atau lebih dikenali sebagai Naz.


''Ha? Dia? Dialah budak baru kelas kita yang aku cakap semalam. Tak pasal-pasal aku kena duduk sebelah dia. Huh!'' Emilia melahirkan rasa tidak puas hatinya apabila teringat kejadian semalam.


**************

''Oh my God ! Hey awak tak ada mata ke nak langgar-langgar orang ? Sekarang saya nak awak minta maaf.'' kata Naz sedikit marah.

''Apa? Kenapa pula saya yang harus minta maaf. Awak tu  yang jalan tak pandang-pandang. Lagipun sekarang buku-buku saya yang jatuh bukan buku awak ! Tengok, habis bertabur ! '' protes Emilia lalu mengutip buku-bukunya.


''Eh, dah salah tu mengaku jelah. Marah orang balik kenapa ?! Ish !'' kata Naz dan terus berlalu tanpa menolong Emilia mengutip buku-buku itu.


''Ish ! Bodoh punya budak ! Sombong ! '' bentaknya dalam hati.


***************


Didalam kelas 4 Cemerlang, mata Riana tertumpu hanya pada Naz. Tanpa mempedulikan Cikgu Azmah yang mengajar didepan, Riana tersengih-sengih mengingatkan kejadian kelmarin. 


Riana mengenali Naz dua hari sebelum Naz masuk ke sekolah itu. Mereka berkenalan di 7eleven. Pada waktu itu, Riana ingin mengambil sesuatu barang tetapi terlalu tinggi, dan Naz yang menolongnya. Riana seorang remaja yang mempunyai naluri songsang. Naz yang kasar dan berwatakkan pengkid, dirasakan sesuai dengan dirinya.


''Riana. Tolong bacakan muka surat 64.'' arah Cikgu Azmah yang menyedari anak muridnya itu sedang  berkhayal, sengaja dia menyuruh Riana membaca buku teks biologi itu. Setelah tiada respon daripada Riana, Cikgu Azmah menghampiri Riana dan menghempaskan buku pengajarannya ke atas meja Riana.


Serta merta Riana terjaga dari lamunannya. Semua mata tertumpu pada Riana. Cikgu Azmah menyuruh Riana berdiri diluar makmal sehingga kelas Biologi tamat. Dia berasa malu apabila mata-mata murid yang lalu lalang didepan makmal itu melihatnya. Selesai waktu Biologi, Riana segera menemui Cikgu Azmah dan meminta maaf. Riana ditegur dan dimaafkan tetapi dia herus berjanji tidak akan mengulanginya lagi.


Pada waktu rehat, seperti biasa Riana dan Emilia akan pergi ke kantin. Setelah membeli makanan, mereka mencari tempat duduk. Semua tempat penuh. Tiba-tiba Naz memanggil Riana dan mengajaknya duduk semeja dengannya. Riana terus menarik tangan Emilia dan duduk didepan Naz. Mereka makan sambil berbual sementara Emilia hanya diam membisu.


''Awak dulu sekolah dimana ?'' tanya Riana.


''Sekolah di Sarawak.'' jawab Naz ringkas. Menyedari Riana yang dari tadi tersengih-sengih kepadanya, Naz melihat-lihat baju dan dirinya. Apa yang tak kena dengan aku ? Detik hatinya. 


Emilia hanya fokus pada makanannya. Dalam diam-diam Jimmy memerhati Emilia dari jauh. Jimmy adalah bekas sahabat Emilia, mereka bersahabat sejak berumur 8 tahun lagi. Hubungan mereka bergolak dek sikap Jimmy yang mahu perhubungannya dengan Emilia lebih daripada seorang kawan.


''Hai Emi. Buat apa tu ?'' tegur Jimmy yang datang dari belakang. 


''Huh ? Ish tak reti bagi salam ke ha ? Suka kan buat orang terkejut ? Nak aku sakit jantung ?.'' marah Emilia apabila dia disergah begitu. Faham benar dia fiil lelaki itu. Suka menyakatnya.


''Sorry lah adik manis. Janganlah marah nanti tak cantik.'' Jimmy sengaja menduga gadis itu. Adakah dia termakan pujinya. Kalau termakan maka dapatlah peluangnya mendampingi gadis itu.


''Aku tak makan pujilah cik abang.! Dah cepatlah buka buku, kata tadi nak aku ajarkan addmath.'' Emilia tidak sedikit pun terganggu dengan kata-kata manis lelaki itu, dia tahu lelaki itu menaruh minat terhadapnya.


''Kau tak terfikir ke nak ada boyfriend macam gadis lain.? Atau jangan-jangan engkau macam Riana? Les...'' belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Emilia cepat-cepat memintas.


''Engkau cakap baik sikit ye. Aku tak akan terjebak ke dalam dunia sebegitu. Aku, Emilia Arsyad tidak akan berubah pendirian.'' tegasnya dengan penuh yakin. 


''So ada peluanglah aku?'' katanya sedikit tersekat tetapi sedikit menekan.


''Jangan mulalah. Sudah berkali aku cakap. Aku mahu fokus pada pelajaran aku. Aku bukan seperti perempuan lain yang hanya memikirkan kesenangan sementara.'' tegas Emilia.


Jimmy masih mengingati kata-kata itu. Sejak itu, Emilia menjauhinya dan menegaskan dia mahu belajar dan tidak mahu diganggu dengan gangguan Jimmy yang selalu mewujudkan suasana yang mendatangkan ketidaksenangan terhadap Emilia, seperti meluahkan perasaannya.


''Apa yang kau menungkan tu, Mie? '' tegur seorang rakan Jimmy. Waktu rehat sudah habis, jadi mereka perlu segara pulang ke kelas. 


''Hah ? Tidak ada apa. Jom lah balik kelas.'' sedarnya dari lamunan, Emilia sudah tiada di tempat makannya, barangkali sudah balik ke kelas.


**************


bersambung. time to study. exam is around the conner. sorry guys. i gotta go. originally : afi > blog saya ,  fb saya , twitter saya . tu saja yang saya ada. youtube tu boleh tengok google acct saya. hehe 


Facebook without LIKE and COMMENT ? New ?

Assalamualaikum all. hehe so macam mana raya haji korang ? Banyak korban ? hehe so happy sikit meh, smile always ^_^

So hari ini, since aku pon tengah bosan, aku rasa nak update lah kan. Aku dapat idea nak update pon bila aku tengok telatah rakan-rakan facebook aku ni. Yelah, ada yang batak like, budak hot mengalahkan api membakar rumah, budak yang rendah diri pon ada, budak lagak comel dan hensem pon ada. Aiseyh, tak tahu nak cakap apo dah. haha

so depa dok tanya2 kat friends depa, awat tak like depa punya status. amboi kadang2 jadi bahan lawak ceq pulak... ahaha polu bona ko nak mintak2 like bagai hai.? macam monagih simpati yo den nengok an. tak malu ko dik oi. 

lagi satu, kalau tak like, comment dimintak eh. adoi jang..jang... apo lah nak jadi. ado baiklah ekau poie nolong2 omak ko abah kau tu. ado paedah eh pado ekau dok yo dopan laptop tu. 

kadang2 ada gambar2 yang menunjukkan benda yang tak sepatutnya. rambut tu biasalah kan. tapi tudung tu memanglah wajibkan tapi kalau dah nasihat, tak jugak reti. maka terlepaslah kewajiban kita untuk menegur. tapi ape yang tak patut afiy nak cakap kat sini ialah, gambar yang sampai menunjukkan lurah2 dada atau  sonang eh tetek ! opps sorry adik2 :)

apa boleh buatkan.? masing2 ada masalah sendiri. lantak ekau la hai. haha 

apa pon, aku nak minta jasa baik korang semua, kepada reader [cehh ade ke kan] dan hater [pasti ada lah kan] isnin depan, aku exam. final exam. kalau aku fail 1 subjek, aku kena drop subjek tu. betapa kejamnya pengetua aku. hehe apa pun samada korang doakan atau tak, thanks ^_^ wink2.  

aku doa kan sesiapa saja yang masuk blog aku ni, aku doakan kesejahteraan dia, amin !  semoga kita jumpa jalan yang dimuliakan Allah. :D 

sekian ~
fy_o8 do add my fb accnt jika ada sebarang ketidakpuasatian. tapi, inbox lah fb afiy sebab kadang2 afiy tak kenal so afiy tak app. hehe bye !

Sunday, 6 October 2013

Cara musnahkan sel KANSER !

Assalamualaikum. hye2 selamat petang. ! :) so harap semua sihat. Afiy ada satu tajuk nak kongsi. Afiy baca ni pon dekat fb, so untuk kongsian semua, Afiy buat lah entri ini. Semoga bermanfaat. ! ^_^

Okay macam yang semua tahu, setiap orang ada sel kanser dalam badannya, yang bezanya, sel tu aktif atau tak. Bagi yang tak tahu, afiy bagitahu. Okay, selain perubatan kanser cara moden iaitu ubat-ubatan dan terapi yang membunuh bukan saja sel kanser tapi juga sel-sel lain dalam badan sebenarnya. Ada juga cara pengubatan Islam yang boleh  diamalkan. Berjaya atau tidak, semua itu kerja Allah. Okay lets start. !


Ada lapan surah. Ia diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.

2. Salawat Nabi 10x.

3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).

2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).

3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).

4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).

5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).

6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).

7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).

8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan sel KANSER.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Nabi s.a.w bersabda:

“Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)”

Insyallah.