31 Ogos, setiap tahun sejak 1957, rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang diperjuangkan oleh mereka-mereka yang terdahulu menuntut bela atas Tanah Melayu. Sejarah tingkatan 3 ada serba sedikit ceritanya. Itulah pentingnya sejarah.
Sedang kita berseronok menyambut ulang tahun kemerdekaan kita, adakah sedikit masa kita berfikir.? Kita semua sudah merdeka kah ? Dengan cara apa merdeka anak Malaysia kini.
Dasawarsa ini, banyak kes-kes melibatkan 'kenduri malam merdeka'. Sedar atau tidak kes ini semakin berleluasa dalam kalangan anak-anak muda. Inikah pemuda pemudi tanah air ? Fikirkan.
Sudahkah kita merdeka sedangkan kita masih di takuk lama. Baik dari segi apa pun, ia tetap sama. Mungkin penjajah Tanah Melayu telah lama pergi dari negara ini, tapi adakah cara mereka juga pergi ? Baik dari segi fesyen, percakapan, tingkah laku dan sebagainya. Inikah ertinya merdeka pada kita ?
Apa makna merdeka pula pada saudara-saudara kita yang bermatian menegakkan agama Islam di Tanah Arab sana.? Berapa nyawa harus terkorban untuk membuka mata kita.? Kembalikan kesedaran kita ? Seperti insan biasa, seperti kita semua, mereka juga ingin merdeka, bebas dari ancaman. Mereka ingin hidup harmoni.
Apakah makna merdeka bila kita asyik khayal mengejar duniawi sedang akhirat sana adalah penamatnya ? Mengapa kita sering lupa mencari redanya.? Hidayah tidak akan datang kalau kita tidak mencarinya. Merdekanya seorang muslim apabila dia mengikut perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Bagi afiy sendiri, itulah yang sebaiknya.
Mungkin Afiy tidak sebaik kalian, setidaknya afiy sedang mencuba, mencuba mendekatkan diri kepada Allah. Mungkin suatu hari nanti ada ruang untuk Afiy kembali seperti dahulu ? InsyaAllah, semua orang ada ruang kembali. Afiy ingin merdeka yang sebenarnya.
Tuntasnya, masyarakat haruslah bersama-sama mengambil bahagian dalam menyatukan umat, teguhkan ummah, agar kita sama-sama mencapai kemerdekaan didunia dan akhirat. InsyaAllah.
sekian,
fy_o8

.jpg)
.jpg)