my guest

Sunday, 2 June 2013

Cara Pikat Seseorang

Assalamualaikum. Hye guys.! Whats up ?? So korang sihat, aku sihat, hati senang. Hahaha okay, teruskan membaca jika ada rasa teruja, kalau tak jangan baca. HARAP MAKLUM ! hahaha ^_^

Bismillahirrahman'irahim. 
 Cara pikat seseorang based on my experienced. 

1. Tolong jaga penampilan.

  • okay, tolong, tolong, tolong jaga penampilan kau. Jangan jadi selekeh. Sebab walaupun kau baik, muka chinese look tapi kalau selekeh and serabai belum tentu orang nak dekat. Betul tak ? okay kalau aku salah, sila bagi pendapat.
2. Jaga kebersihan diri.
  • kalau dah kena jaga penampilan, tentunya kebersihan adalah perkara utama yang ada dalam senarai untuk jadi orang yang cantik dan berpenampilan segak ala-ala Zayn Malik ( eh siapa tu ?)  
  • part dekat body kau yang paling penting adalah tempat-tempat berbulu. Shut ! jangan pikir tempat yang bawah tu je, contoh lain ialah rambut dan errrr ketiak..... Ya Allah tolonglah buang bulu kat ketiak tu kalau ada, geli !!! Dan dan dan boleh keluarkan bau jika berpeluh. 
  • Okay, rambut. Tolong cuci betul-betul. Masa shampoo pastikan cuci pakai kuku korang. Tapi kuku tu jangan panjang sangat sebab kalau panjang sudah tentu tajam and nanti luka pula kulit kepala kau. Gosok dan garu rambut/ kepala kau then biarkan beberapa minit biar bau shampoo tu melekat. 
  • Aku guna shampoo sunsilk warna hijau, baunya sedap dan bersihkan kepala. okay diam ! hahaha :P
  • Kaki tu tolong basuh bersih-bersih jangan bagi ada segala kurap-kurap melekat. 
  • Bagi yang ada masalah kulit berminyak, tolong cuci muka korang galak-galak. Sebab bila kelenjar minyak banyak kat muka, susah kulit muka nak dapat oksigen so mudah nak dapat jerawat. 
  • Lagi satu jerawat dekat muka, bergantung pada kulit kepala. Kalau kulit kepala bersih, insyaAllah muka pun bersih dari jerawat.
3. Jangan pikat seseorang disebabkan nafsu.
  • kalau korang pikat seseorang hanya disebabkan nafsu korang, percayalah walaupun korang dapat awek tu, belum tentu akan lama and korang takkan dapat manfaat pun. Tolong ikhlas dengan perasaan.
4. Guna akal dan kata-kata.
  • untuk memikat seorang perempuan kadang-kadang boleh jadi susah, boleh jadi senang. Kalau korang pandai, sila tunjuk kepandaian korang. Jangan baru kenal dah ajak couple, tu namanya SANGAP dan TERDESAK.
  • Gunakan ayat yang baik-baik, jangan kasar sangat dan jangan terlalu lembut atau manja. Nanti meluat.
  • Kalau kau jenis yang suka bermadah, jangan ambil ayat copy paste, sebaliknya cuba cipta sendiri tulus dari hati korang. 
5. Bersikap baik dan jujur.
  • ada kalanya banyak perkara yang kita jujur, tapi disebaliknya kita menyimpan satu rahsia yang besar. Apa pun yang korang buat, jujurlah sebab dengan kejujuran akan menunjukkan sikap sebenar korang. Just be yourself, JANGAN jadi orang lain sementara kau harus berpura-pura.
6. Berterus terang atau tidak ?
  • berterus terang memang baik. Cukup cukup cukup baik, TETAPI jaga perlakuan bila nak berterus terang. Maksud aku jangan nak terkinja-kinja, mengada-ngada tunjuk kau dah memang jatuh hati dekat seseorang tu.
  • contoh situasi : '' awak, awak suka orang yang macam mana ek ?'' ''saya suka orang yang ____ , ____ , ____ , ____ , . kenapa awak tanya ?'' '' tak ada apa, saja nak tanya. hehe. '' 
  • cuba main tarik tali pelahan-lahan. then tanya, '' saya ada tak ciri-ciri yang awak minat, ? err just nak tahu je sebab nak tau juga sy ni baik ke tak dimata awak. haha''  buatlah macam lawak-lawak sikit masa kau tanya sebab nak tutup tujuan sebenar kau.. okay kalau dia bagi respon positif, baguslah tapi jangan suka sangat sebab mana tau dia suka sebagai kawan je kan, ?
  • kalau respon dia kurang menarik, then jangan cuba tanya lagi. Buatlah dia seperti kawan baik kau, sebab kalau cinta tak semestinya memiliki, cuma yang boleh kau buat adalah berharap satu hari dia akan nampak yang kau sukakan dia.
  • kalau dia pun macam suka kat kau masa kau tanya tu, terus je tembak, err maksud aku terus je usya dia sebab itulah satu-satunya peluang paling baik.
7. Minta maaf.
  • korang kenalah gentle kan ? Janganikutkan ego, kalau gaduh, silalah mengalah dan minta maaf sebab kalau satu tak mengalah, sampai bila-bila pun tetap gaduh. Kalau marah jangan sampai benci sebab dia adalah orang yang pernah kita suka.
Bila dah dapat,...................................
----------->>> tolong tolong tolong jaga hati dia, kalau dah bosan dengan dia, jangan biarkan dia tunggu kau macam orang bodoh sebab dia pun ada hak untuk bahagia, bukan dapat kesakitan dari orang yang dia sayang. 

Kadang-kadang, kita tak tahu bila kita mainkan perasaan seseorang, mungkin orang itu akan menyimpan dendam pada kita, seterusnya bila kita dah betul-betul bahagia, dia datang dan hancurkan. Masa tu barulah kita ingat apa yang kita telah buat pada dia. Kita sakitkan perasaan dia, kita rendahkan dia, kita buat dia macam tunggul. So kalau tak mampu ada kekasih jangan simpan perasaan untuk berkasih, sebaliknya tunggu sahaja jodoh yang telah ditetapkan untuk kau. ! Yes kau ! 

Bila dia buat salah, jangan salah tu kau letakkan atas bahu dia sorang, kau pun kena main peranan selesaikan masalah. Kalau tak, jangan jadi KEKASIH dia. Bila dia mengadu, maknanya dia mahukan kau bagi dia ruang dan perhatian. Sentiasa ada dengan dia bila susah sebab kalau korang buat macam tu, dia tak akan rasa kehilangan korang  dan cari lain.


Aku bercerita berdasarkan pengalaman dan cara aku untuk pikat awek ni. Dan aku belum pernah gagal melakukan cara aku. Hahaha bukan nak bangga. :P   Setiap orang pasti ada cara tersendiri. Tapi pastikan KEBERSIHAN  dan PENAMPILAN BERGAYA, itu adalah basic ! Walaupun muka huduh, kalau kau bersih dan kelasssss lahhhh, mesti kau akan ada ramai kawan, dan mungkin jugaaaaaaaa seorang PEMINAT RAHSIA. !!! hahaha 

Sekian
~~FYo8~~