Hye guys.. korang sihat ? aku sihat alhamdulillah... kita sama-sama sihat so baguslah dan SENYUM ... ^_^
okay, First of all, aku nak minta maaf kalu entri kali ini agak melampau dan kurang ajar. Tapi korang kena tahu, apa yang bakal aku cakap adalah sebuah rasa dan benih fikiran aku yang tak dapat aku tahan lagi... ok cukup disitu...
seperti mana tajuk entri ini ''kenapa perempuan sanggup buat perkara itu ? '' soalan ni bermain di minda aku sejak sekian lamanya dan baru hari ini aku berpeluang untuk berkongsi dengan orang lain...yeah aku sedia maklum, bukan semua perempuan macam tu...opps sebelum tu, perkara apa ? maksud aku disini adalah, kenapa sesetengah perempuan atau lebih manisnya wanita sanggup lakukan apa saja untuk orang yang dia sayang walaupun pada hakikatnya, orang yang dia sayang dan cinta belum tentu menjadi miliknya...
okay, mari fikir sudut positif...
- hati mereka lembut - hati mereka lembut dan mereka tidak sanggup melihat atau mendengar kesusahan pasangan mereka.
- tidak mahu kehilangan - mungkin bagi mereka pasangan mereka sekaranglah yang akan menemaninya seumur hidup.
- tidak mahu dimadukan - selalu dengar benda ni kan ? siapa yang dah merasainya akan tahu sakitnya dimadu tanpa rela.mereka lakukan apa saja asal tidak dimadukan.
- cara tunjukkan sayang - aku tak tahu, ni cuma pendapat aku. mereka buat perkara yang menyenangkan pasangan mereka untuk tunjukkan sayang mereka.
- pertahankan cinta - mereka masih bertahan untuk mempertahankan hubungan mereka kerana mereka sayang hubungan itu.
apa yang aku nyatakan itu, semuanya mungkin terjadi atau mungkin tak... aku bukan sesiapa yang tahu lebih dalamnya hati perempuan... aku tak pandai mentafsir perasaan.....cuma apapun alasan perempuan atau wanita itu, wahai pencinta wanita, jika kamu pencinta sejati janganlah kiranya engkau menyakiti mereka, kerana mereka tidak mampu menahan airmata mereka walaupun kamu mengenalinya sebagai seorang yang gagah fizikalnya tapi belum tentu hatinya..
tolong fahamkan ayat yang di highlight kan tu... =)
daripada : seseorang yang hatinya tertaut terhadap seseorang yang bergelar perempuan atau wanita..
fy_08
.jpg)